Wednesday, October 15, 2025

Seindah Sinar Pelangi, Serinya Menawan Hati...Eh..Ternyanyi Pulak...

Assalamualaikum....

Semalam masa dalam perjalanan balik kerja, cuaca nampak mendung dari jauh. Hujan turun rintik-rintik, tak lebat pun, cuma cukup buat suasana petang tu rasa tenang dan nyaman. Jalan atas highway agak lengang, radio pula pasang lagu yang menenangkan memang rasa chill betul.

Tengah leka pandang ke depan, tiba-tiba nampak pelangi melengkung cantik di langit!.Warna-warna dia terang walaupun matahari belum betul-betul keluar. Memang rasa teruja lama dah tak nampak pelangi depan mata. Rasa macam rezeki kecil selepas hari yang panjang di tempat kerja.



Jauh...x nampak sangat


ni pun masih samar sebab masih hujan kan


Ni dah nak sampai Seremban baru nampak


Cantik kan....


Sambil tengok pelangi tu, terus terfikir… macam mana sebenarnya pelangi boleh terbentuk ya? 

Sebenarnya, pelangi terhasil apabila cahaya matahari melalui titisan hujan di udara. Cahaya tu akan dibiaskan (dibelokkan) dan diuraikan kepada beberapa warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Setiap warna membengkok pada sudut yang berbeza, sebab tu kita nampak pelangi dengan susunan warna yang cantik tu.

Pendek kata, pelangi ni hasil gabungan cahaya dan hujan yang saling melengkapi  macam simbol kecil bahawa selepas hujan, pasti ada keindahan menanti. 

Kadang-kadang dalam hidup pun sama  masa kita rasa penat, serabut atau “mendung”, mungkin Tuhan tengah susun sesuatu yang indah untuk muncul pada waktu yang tepat. 

Kita cuma perlu sabar dan teruskan perjalanan, sebab siapa tahu, di hujung jalan nanti mungkin ada pelangi menunggu. 

Have a nice day korang.....


6 comments:

  1. Jarang nampak pelangi secantik ini kat Malaysia, selalunya berbalam2. Masya Allah.

    Kalau kat Aussie mmg tiap kali musim hujan, Allah hadiahkan pelangi, jelas dan terang, malah ada yg berbentuk lengkungan. Sama mcm yg SA ckp, hilang penat & stress melihat pelangi. Lg2 dulu masa PKP, itu je la ubat kesedihan jauh dari keluarga.

    ReplyDelete
  2. Dolu2 masa kecik tak boleh tunding pelangi nanti jari kontot. Lepas tu terfikir hujung pelangi tu pi mana. Dah besor ooooo rupanya biasan air lepas hujan bila kena matahari timbul lah warna.

    ReplyDelete
  3. Cantik..Dh lama x nmpk pelangi =D

    ReplyDelete
  4. pelangi petang, engkau tiba bagaikan pelangi..ehh ternyanyi juga...hihi...dah cantik ciptaan Allah swt, tapi golongan LGBT pi ambik buat depa punya simbolik....hampehh..

    ReplyDelete
  5. susah nak nampak pelangi dah sekarang...kalau tunjuk kat anak2 pun, dia jadi heran sekejap, ibarat kata abang Mu'az, jackpot

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah