Thursday, October 16, 2025

Wanita Dan Tudung Tak Dapat Dipisahkan

Assalamualaikum...

Ada sesuatu yang indah bila kita tengok wanita bertudung ni. Lembut, sopan dan tenang seolah-olah setiap helaian kain itu bercerita tentang keanggunan tersendiri. Mungkin sebab itu, tudung dan wanita memang tak dapat dipisahkan.

SA sendiri memang tak pernah jemu dengan koleksi tudung. Baru-baru ni, SA beli tiga helai tudung bawal dari jenama Shawlpublika. Entah kenapa, setiap kali SA cuba jenama lain, akhirnya SA tetap akan repeat Shawlpulika juga. Tudungnya lembut, senang bentuk dan paling penting, nampak kemas bila dipakai. Tak perlu ambil masa lama depan cermin pun dah boleh siap cantik!





Ni yang SA Pakai Isnin hari tu..


Yang ni pakai masa balik JB


Ni SA pakai masa training kat Putrajaya

Bila dah jumpa tudung yang ‘sempurna’, confirm asyik repeat order! 😍

Yang buat SA makin suka, harga dia pun berpatutan. Tak perlu berbelanja besar untuk nampak bergaya cukup dengan gaya yang kena dengan diri kita. Kadang-kadang, tudung yang simple pun boleh nampak manis bila hati kita pun sedang tenang. 

Kalau korang pun jenis suka tudung bawal macam SA, mungkin boleh cuba jenama ni. Tapi SA nak tahu juga… korang pula lebih suka tudung bawal, shawl, atau instant hijab

Kongsikan di ruang komen ya ..mana tahu kita kongsi cita rasa yang sama. 


8 comments:

  1. tudung dah sama banyak ngan baju,

    ReplyDelete
  2. byk koleksi shawl publika..kita pn suka shawl publika

    ReplyDelete
  3. perempuan dan tudung tak dapat dipisahkan

    ReplyDelete
  4. Kita suka aje bawal ke, shawl ke. Tapi skrg kerap pakai bawal la.

    ReplyDelete
  5. setakat sekarang linda masih setia dengan bawal...tak kisah la brand apa, janji mesra poket dan berkenan...kalau lotus ke, mana2 ke...dekat pakistan jual tudung tu pun beli kalau berkenan..hihihi..

    eh, nak cakap, yang kak SA ajarkan untuk tag(ada simbol google) masa draft entry tu...linda takde..mungkin siapa yang ada GA je kot..

    ReplyDelete
  6. Cantik warna dan pattern tudung bawal ni. Lembut je warnanya. Saya dua2 suka pakai, shawl & bawal. Tengok jenis kain baju jugak bila nak pilih tudung apa nak dipakai 😃

    ReplyDelete
  7. Alahaii cantikkknya tudung baru SA..pandai pilih colour soft cmni..eqin pun suka Kaler cmnii

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah