Wednesday, July 8, 2026

Program Heart To Heart Oleh Kelab Sekretariat Rakan Muda UCAM

Assalamualaikum wrt...

Hai semua rakan blogger dan pembaca setia sekalian.

Hari ini SA nak kongsi satu perkara yang cukup dekat di hati SA. Sebenarnya, Dania bersama rakan-rakan dari Kelab Sekretariat Rakan Muda UCAM bakal menganjurkan sebuah program khidmat masyarakat yang sangat murni tidak lama lagi.

Sebagai ibu, sudah tentu SA rasa sangat bangga dan menyokong penuh usaha murni anak-anak muda ini untuk berbakti kepada masyarakat.

Program yang diberi nama HEART TO HEART ini membawakan tema "Sharing Love, Inspiring Hope". Ia bakal dilaksanakan di Lembaga Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM), Melaka.


Matlamat & Objektif Program

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyantuni anak-anak yatim di sana melalui pelbagai pengisian yang bermanfaat. 

Antara fokus utama mereka adalah:

  • Menyantuni anak-anak yatim melalui aktiviti yang menyeronokkan, bermanfaat dan bermakna. 
  • Mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa UCAM dengan penghuni PAYASUM. 
  • Memupuknilai kasih sayang, empati, kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta program. 
  • Menyalurkan sumbangan dan infak bagi berkongsi rezeki melalui sambutan hari jadi serta pelaksanaan aktiviti untuk penghuni PAYASUM. 
  • Memberikan pengalaman pembelajaran berasaskan khidmat masyarakat kepada mahasiswa melalui penglibatan secara langsung dalam program komuniti.

Melalui program sebegini, ia bukan sahaja memberi senyuman kepada anak-anak yatim tersebut, malah mendidik jiwa sukarelawan dan rasa empati yang tinggi dalam diri mahasiswa yang terlibat.





QR Code ni bukan QR bank ye...ini google form nak ke maklumat bank...



Seruan Sumbangan (Jom Infaq!)

Sesuatu program murni sebegini pastinya memerlukan sokongan kita semua untuk berjalan dengan lancar. Oleh itu, SA dengan rendah diri ingin mengetuk pintu hati rakan-rakan blogger dan para pembaca sekalian yang sudi untuk berkongsi sedikit rezeki.

Berapa pun nilai sumbangan anda, tiada paksaan ye, ikutlah pada kadar kemampuan masing-masing. Sedikit bagi kita, mungkin teramat besar dan bermakna buat anak-anak syurga di PAYASUM ini. Jom kita sama-sama bantu anak-anak muda kita menjayakan program ini dan dalam masa yang sama, kita menyemai saham akhirat kita.

Untuk memudahkan urusan sumbangan, Sumbangan boleh disalurkan melalui link ini https://forms.gle/PXq9JZgt8riuQibD7 atau scan QR code di poster yang disediakan.

Semoga setiap kebaikan dan senyuman yang kita ukirkan di wajah anak-anak yatim ini menjadi asbab keberkatan rezeki dan urusan kita di dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Bagi rakan-rakan yang belum berkemampuan dari segi kewangan, bantuan doa mahupun sekadar 'share' atau 'reblog' entri ini pun sudah amat besar maknanya bagi kami. Semoga usaha kecil kita ini diberkati.

Terima kasih daun keladi, moga Allah membalas budi baik anda semua berlipat kali ganda.

Alhamdulillah SA dan suami telah pun memberikan sedikit sumbangan untuk program ini dengan doa dan harapan agar matlamat dan objektif program ini terlaksana...


3 comments:

  1. Tak boleh pun nak scan kak, invalid la

    ReplyDelete
    Replies
    1. scan code to google form..bukan QR bank..jap akak update kat entry..

      Delete
  2. semoga sumbangan yg diterima dpt meringankan beban dan mempermudahkan urusan mereka aminnn

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah