Assalamualaikum wrt...
Salam Jumaat, jumpa lagi kita semua hari ini...bulan ni sibuk betul SA dengan hal office. Dengan training x sudah- sudah, dengan minggu KPI Setting, dengan Nominated to attend training lagi sekali which is takde kena mengena ngan KPI..beyond my expectation sebenarnya..training untuk manager level. Banyak x faham dari faham...sudahnya dengar aje la penerangan...
Semalam, SA sarapan sorang- sorang kat Pantry, beli sandwich macam biasa, kali ni SA sarapan sorang- sorang kat pantry office...masak air, buat telur setengah masak dan makan sandwich...sambil makan sambil tengok AI drama kat Tik Tok.
Tenang je kat pantry awal pagi...semalam pukul 7.20am SA dah ada kat office. sejak naik MRT Putrajaya ni SA sampai awal kat office...
Sarapan sambil menghayati pemandangan yang indah...berhadapan dengan Suasana Sentral Kondominium. Takde siapa pun yang kacau...pukul 8.00am SA dah duduk kat workstation dan buka email..selesaikan apa yang patut then baru masuk training kat Boardroom...
Hari ni Jumaat, SA sarapan Nasi Lemak Ayam...sabar aje la...hahahaha....pagi tadi timbang berat badan, tak naik atau turun pun..masih 69.3kg...aik..statik plak dia ye....sabar aje la...







Tenang nya sarapan kak SA. Tp saya pun lebih suka yg begitu kak. Tak ada orang, kita sendiri, menikmati sarapan. Bisa sambil lihat view pula.
ReplyDeletesemoga tenang2 saja utk SA. Abe Kie pun selalu beli nasi bungkus dlm perjalanan ke sek dan makan di dlm bilik guru kanan. Lauk kat kantin terhad, cepat habis dan mahal pulak tu.
ReplyDeleteSampai ofis awal boleh tenang-tenang.
ReplyDeleteAkak walau rumah dekat pun akan pastikan sampai awal. Biasa sebelum 7.30 sampai.
Bila tengok kak SA sarapan sandwich, teringin nak buat sendiri pula tapi malas nak keluar beli roti :)
ReplyDeleteBila tengok kondo Suasana Sentral ni, teringat kakak saya pernah menyewa kat sini sebelum beli rumah kondo jugak di Sentul. Masa tu dia jalan kaki je pergi ofis katanya (ofis dia yg logo kerang tu hehe).
ReplyDelete