Monday, August 24, 2026

Ziana Zain Dapat Gelaran Datuk

Assalamualaikum wrt...

Dengar kat radio tadi, penyanyi kesayangan SA..Ziana Zain dapat gelaran Datuk bersempena dengan Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka hari ini...



Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) sempena sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-77, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Anugerah berkenaan diterima Ziana, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini hari ini.

Ziana antara 189 penerima yang dikurniakan D.P.S.M. pada istiadat tersebut, yang turut menghimpunkan tokoh daripada pelbagai bidang termasuk perkhidmatan awam, politik, korporat dan seni.

Sepanjang kerjayanya dalam dunia seni, Ziana mencipta nama menerusi pelbagai lagu popular.

Tahniah Datuk Ziana Zain....

1 comment:

  1. Tahniah Datuk Ziana Zain. Setelah sekian lama akhirnya dapat juga pangkat Datuk.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah