Assalamualaikum wrt...
SA share satu post yang sangat terkesan pada diri SA, semuanya tentang Mak...hanya satu pesanan SA..yang masih Mak, Masih ada Ayah...tolonglah...simpanlah sebanyak mana pun kenangan korang dengan mereka..jaga dan berbaktilah sehabis boleh untuk Mak Ayah korang kerana bila salah seorang dah takde...korang rasa kehilangan...kehilangan yang tiada tolok bandingnya..korang akan rasa rindu..rindu yang tiada penawarnya....percaya lah...sebab apa? sebab SA sedang melaluinya...Rindu yang sangat menyakitkan...lebih sakit dari putus cinta...
Jom baca....
Setiap hari, mak akan mesej.
“Dah makan?”
Kadang-kadang waktu aku tengah kerja.
Kadang-kadang masa aku tengah sibuk.
Selalunya aku balas pendek.
“Dah.”
Ada masa aku cuma baca.
Esok, mak akan tanya lagi.
“Kerja okay?”
Aku jawab,
“Okay.”
Habis situ.
Dulu aku selalu tertanya juga…
Tak bosan ke mak tanya benda yang sama setiap hari?
Sampailah satu malam, mak mesej lagi.
“Dah makan?”
Entah kenapa malam tu aku balas panjang sikit.
“Dah mak. Hari ni penat sikit. Banyak kerja.”
Tak sampai seminit, mak reply.
“Oh… patutlah mak tengok kamu diam je hari ni.”
Aku pandang mesej tu lama.
Kemudian aku tanya,
“Mak kenapa hari-hari tanya aku dah makan?”
Lama mak tak balas.
Aku ingat dia dah tidur.
Tiba-tiba mesej masuk.
“Sebab mak tak tahu nak mula cerita dengan kamu macam mana.”
Aku terus diam.
Mak sambung lagi.
“Dulu masa kecil, balik sekolah kamu cerita macam-macam. Sekarang mak tanya satu soalan pun, jawapan kamu satu perkataan.”
Masa tu baru aku faham…
Selama ni mak bukan terlalu suka bertanya.
“Dah makan?”
Cuma itu ayat paling mudah yang dia tahu…
untuk cuba bercakap dengan anaknya yang semakin lama, semakin jauh.
Aku tengok semula semua chat mak yang dulu.
Berapa banyak yang aku cuma seen.
Berapa banyak yang aku balas,
“Nanti la..”
Dalam hati aku cuma berbisik,
“Ya Allah, jangan biarkan aku terlalu sibuk sampai satu hari nanti… aku rindu soalan daripada mak, tapi kini telefon aku dah tak berbunyi lagi.”
Rupanya selama ini, mak bukan nak tahu aku dah makan atau belum… mak cuma rindu nak dengar aku bercerita macam dulu.
ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Untuk SA pulak....
Sekarang dah lain...dah takde sesi borak- borak heart to heart...dah xde nak sapukan losyen kat seluruh badan mak, dah takde nak tukarkan pampers dan bersihkan badan mak...dah xde senyum tawa mak...semua tu jadi kenangan..kalau aku tau begini pengakhiran merindu...aku rakam video untuk semua momen tu...bukan xde video...ada..tapi aku tak kuat nak tengok semula..Aku tak kuat nak zahirkan semua kenangan tu dalam sebuah jalan penceritaan...Sakit sangat...sakit sebenar yang aku rasa setelah Mak yang aku sayang Tiada di dunia...
Ralat : Maaf penggunaan "aku", cuma nak menggambarkan perasaan ini..




No comments:
Post a Comment
Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......