Showing posts with label Menu berbuka puasa 2019. Show all posts
Showing posts with label Menu berbuka puasa 2019. Show all posts

Thursday, May 23, 2019

Idea Simple Menu Berbuka....

Hi korang...

Yeay hari ni Khamis dah...mati- mati rasa macam hari ni hari Isnin..nasib baik sedar..kalau tak sure kena gelak hari ni..apapun lemau tetap lemau masuk office hari ni...semalam golek- golek jer kat rumah..menu berbuka semalam pun malas nak amik gambar. Ntah kenapa semalam rasa macam tak terdaya. Masak plak semalam cuma abah SA jer yang masak..Kari Itik Salai dengan Lawar Jantung Pisang. Ingat memang nak amik gambar..tapi kemalasan melampau...Sudahnya hari ni takde entry baru nak up..

Korang ada idea nak masak untuk berbuka tak hari ni?

Kalau takde maybe bleh guna idea SA yang ni...


Sup Ikan Jenahak

Sambal Udang Petai..

Ok tak idea SA tu?

Sebenarnya lauk tu dah masak lama dah...simpan dalam draft sekali lupa nak up...kira boleh la share ngan korang hari  ni mana tau korang takde idea nak masak. SA hari ni berbuka kat Shah's Village Hotel.Nanti malam kang tengok la nak buat apa, maybe kena beli atau buat nasi goreng jer ke untuk sahur pagi esok. Lagipun Esok balik Seremban kan...minggu ni banyak betul cuti kan...bukan tak suka..tak tau nak buat apa cuti lama- lama..hahaha...nasib baik Selasa ari tu SA kerja..kalau tak..lagi lemau la..padahal persiapan raya mak abah dan Dania blom ada lagi ni...poning wey.....nasib esok gaji...


Tuesday, May 21, 2019

Menu berbuka 12 & 13 Ramadhan

Hi korang....

Alahaii..serba salah nak update ke tak menu berbuka..lately ni lebih banyak menu berbuka  dalam blog SA ni..bukan takde entey lain..ada..cuma blom deadline nak up dan SA masih draft lagi...ada product review jugak dan SA masih menanti barang sampai..draft dh buat sikit-sikit..so kita citer je la bab menu berbuka ni eh..ada 2 hari iaitu Jumaat dan Sabtu..Ahad x amik gambar sebab jadi baby sitter..hahaha..

Ada yang pelik kat rumah SA ni kalau berbuka memang jenis jasak banyak ke apa kan..ye la korang..adik badik hujung minggu memang balik berbuka kat rumah SA..Mak Abah SA kan tinggal sekali ngan SA..biasa masak banyak untuk sampai ke sahur..sebab tu korang nampak banyak SA masak...

Menu puasa ke 12


Kerang rebus


Ikan Belanak masak lemak cili api campur peria


Sayur bayam boreng


Sup ayam


Sambal Hitam Pahang


Kurma SA bawa dari office

Menu Berbuka puasa ke 13


Ayam panggang Ala Kenny Rogers


Ayam yg dah dipotong


Cucur Udang


Sago gula Melaka

Hari Ahad nyer menu kami masak Mee Sizzling, tapi SA x dapat amik gambar sebab pegang baby Tiara. Dak debab tu demam plak..dah habis makan baru teringat tak amim gambar untuk share ngan korang... berbuka hujung minggu memang seronok sebab ramai..hari ni SA balik Seremban lagi sebab esok cuti Nuzul Al-Quran..ingat nak balik rumah sewa..tapi mak plak x sihat kan...

Sunday, May 19, 2019

Ayam Panggang Kenny Rogers Hidangan Berbuka Semalam

Hi korang....

Last week SA beli Oven jenama Elba yang ada promosi sempena hari raya yang akan tiba..mulanya nak beli oven kecik je..tp abah bising kecik sangat..kang balik rumah kata menyesal beli beng kecik...harga asal oven ni RM700++ tp sebab promosi jadi RM489, yang kecik skit tu RM389. Lepas SA beli beli last week memang blom guna dan masih tersimpan dalam kotak..semalam petang baru rasmikan...

So semalam adik beradik ramai balik berbuka kat rumah makanya kami buat ayam panggang  ala Kenny Rogers..resepi google je...dan alhamdulillah cantik kejadiannya walau first time panggang dalam oven baru..cukup teruja dan cukup puas hati..bakar pada suhu 180°c api atas dan 180°c suhu bawah selama 1 1/2 jam..


Handsome x oven SA?


Ayam yang dah siap diperap


Masa dah masuk oven


kita kita zoom skit


Yeay dh masak...


Cantik kan kejadiannya


zoom lagi bagi nampak terliur..


Dah dipotong2..nampak juicy sangat..dan rasanya sangat sedap sama macam ayam panggang Kenny Rogers


Memang berebut-rebut makan sebab sedap sangat...habis 2 ekor ayam masa berbuka..ada ada balance sikit je untuk sahur..hahha...ayam tu nampak macam besar..tp takde la besar sangat pun..family SA besar..sebab tu panggang 2 ekor...kira macam makan besar plak kan..apapun cukup puas hati prestasi oven baru ni...nak guna pun senang je..nanti boleh la masak masakan panggang lain plak..nak buat kuih raya blom ada seru lagi...maybe buat kek la kot malam raya nanti ke..kan?


Friday, May 17, 2019

Menu Berbuka Puasa Hari Ke 9 & Sahur 10

Hi korang..

Masuk blog SA sure korang bengang kan..asyik update menu buka puasa je..hahaha..alaa..bukan selalu kan..setahun sekali je blog penuh dengan cerita makanan..at least SA bleh share idea ngan korang kan...so takde la pening korang nak fikir nak masak apa..boleh rujuk kat sini..mana tau bleh bg idea korang masak. Masalah mak-mak macam kita ni bila hari - hari nak masak tapi xde idea..buntu x tau nak masak apa kan..

Untuk entry kali ni SA share menu unuk hari ke 9 dan 10 kita kita puasa..eh cepat kan masa berlalu..jom la tengok gambar...

MENU PUASA KE 9


Kari kepala ikan kerapu


Masak Lemak Cili Api Sotong campur kacang buncis


Kobis panjang goreng


MENU SAHUR RAMADHAN 10


Ketam Masak C Lemak Api


Ayam Goreng Berlada

Ketam tu SA masak untuk berbuka hari Rabu. SA cuti kan sebab ada medical follow up kat KPJ Seremban..tapi tu la masak untuk sahur sebab Rabu SA buka puasa kat Bangi Golf Resort ngan mak abah dan dania..malas nak masak balik dari berbuka tu nanti sebab tu SA masak awal..gigih la sahur makan ketam..dah la leceh kan..sahur amik masa yang lama sebab nak kopek kulit ketam tu untuk Dania..anak dara tu suka makan ketam tapi x reti nak kopek kulit..mama ngan atuk  sudahnya makan lambat...sabar aje la..umur dah 15 tahun dh tahun ni tapi masih x pandai makan ketam. Dia jenis apa tau..makan yg perluka  usaha lebih ni dia x suka..udang pun dia kurang...aduhai anak..macam-macam..nasib baik sorang....


Tuesday, May 14, 2019

Menu Berbuka Hari Ke 6 & Hari Ke 7

Hi korang...

Jangan stress masuk blog SA ye..ni je la bahan buat masa ni..bukan apa dah bulan puasa setiap tahun memang menu berbuka je la tajuk utama kan..senang update kat blog, ada gak kenangan dan ada gak idea untuk bantu korang yang buntu tak tahu nak masak apa dah untuk berbuka dan sahur. SA biasa masak banyak untuk terus ke sahur. Kadang sahur goreng ikan masin atau goreng sayur je. Paling simple tambah telur dadar je...senang kan...

Hari ni SA share menu berbuka hari ke 6 dan ke 7. Tak sempat nak up sebab busy skit...kira aci la kan combine satu entry je...

Menu Hari Ke 6


Ayam pencen masak lemak cili api


Sayur kangkung goreng belacan


Ikan gerut & Ikan jenahak bakar


Sambal cicah ikan bakar

Menu Hari Ke 7


Kari kambing


Mee goreng basah


Sambal Udang


Sambal sardin request by Dania

Hari Sabtu ramai berbuka kat rumah...selera la skit bila ramai..Ahad tinggal kami berempat semula dan menu pun bleh tahan gak la..cuma tekak SA nak makan mee goreng basah. merata pi cari kerang..biasa SA buat mee goreng suka letak kerang untuk rencah...xde plak..sudahnya guna ayam je la..asalkan tercapai keinginan. 1/2 kg mee tu cukup untuk kami  berempat..

Hari ni x tau la berbuka makan apa...hari ni SA balik Seremban sebab esok SA ada check up kat KPJ Seremban..esok gak SA dah buat reservation kat BGR nak bawak mak abah SA dan anak dara tu pi berbuka. Sabtu nanti Dania tusyen..payah skit nak berbuka kat luar...

Saturday, May 11, 2019

Menu Buka Puasa Hari Ke 5

Hi korang....

Seronoknya semalam puasa hari ke 5 SA dapat berbuka kat rumah Seremban dengan parent dan adik beradik walau tak complete..ada anak-anak buah meriah..kakak Dania je takde dianpi berbuka ngan terawih kat sekolah. riuh rendah rumah..SA manage untuk sampai cepat kat Seremban  Gigih berjimpit2 dalam Komuter semata nak sampai cepat kat Seremban...letih weh berdiri lama lama dalam komuter..tapi berbaloi la...nasib sampai pukul 6.30 petang...


si tembam ni pun ada...geram betul dengan dia 


Sup tulang


Kuew teow goreng


Sambal tempoyak daun kayu


kicap cili untuk sup tulang

Alhamdulillah seronok berbuka ..seronok sebenarnya berbuka ramai-ramai..berselera makan kan...kalau berbuka kat rumah sewa memang x dapat la enjoy berbuka macam ni..sorry xde plak gambar semua orang..sibuk berbuka kan..SA makan sikit je..x tau kenapa takde selera plak..lebih nak minum air je...hari ni cadangnya nak masak ayam pencen masak lemak cili api..dan adik ipar nak buat ikan bakar...kita tengok kang apa apa yang jadi ye....

Tuesday, May 7, 2019

Simple Je Menu Berbuka SA Ramadhan Pertama

Hi korang...

Alhamdulillah...semalam SA berjaya mengharungi moment puasa pertama dengan jayanya...syukur ke hadrat allah s.w.t, sebak rasa rasa hati semalam sebab berjaya puasa. SA menjangkakan yang SA bakal kecundang sebab SA menghidap gastrik. Tapi alhamdulillah..SA tak rasa sakit pun semalam compare bukan bulan puasa. SA akan mengalami angin angin yang teruk sampai susah nak bernafas. Syukur.. kita tengok hari kedua macam mana plak.

Hari ni SA nak nak update menu berbuka semalam. Kebiasaan SA akan masak sendiri menu buka puasa dan dah bertahun tak pergi bazaar ramadhan. Lebih selesa masak sendiri. So semalam SA masak masak simple je..mak plak buat kuih kegemaran Abah..kuih "besopang". Kuih ni memang terkenal di NS especially area Kuala Pilah. Pesan kat mak semalam..kita 4 orang je kat rumah..jangan buat banyak nanti tak habis..


Sambal Sotong campur petai


Masak Lemak Cili Api Telur Itik campur pucuk ubi 


Kailan ikan masin


Kuih besopang

Semalam SA berbuka dengan family, hari ni n tau la nak cakap. Ikut hati nak berulang je Seremban -KL sepanjang bulan puasa ni..tapi takut tak larat plak..dah kira-kira SA masuk kerja pukul 8.30am dan balik 5pm, kalau balik Seremban sure lambat sampai dan dekat2 nak berbuka baru sampai..sama gak bila balik rumah sewa..silap hb kat rumah sewa SA kena berbuka dan sahur sensorang macam sebelum-sebelum ni...tengok la kang macam mana...tapi most likely kena balik rumah sewa jugak..apa menu la menu nak makan untuk berbuka hari ni...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah