Tuesday, May 7, 2019

Simple Je Menu Berbuka SA Ramadhan Pertama

Hi korang...

Alhamdulillah...semalam SA berjaya mengharungi moment puasa pertama dengan jayanya...syukur ke hadrat allah s.w.t, sebak rasa rasa hati semalam sebab berjaya puasa. SA menjangkakan yang SA bakal kecundang sebab SA menghidap gastrik. Tapi alhamdulillah..SA tak rasa sakit pun semalam compare bukan bulan puasa. SA akan mengalami angin angin yang teruk sampai susah nak bernafas. Syukur.. kita tengok hari kedua macam mana plak.

Hari ni SA nak nak update menu berbuka semalam. Kebiasaan SA akan masak sendiri menu buka puasa dan dah bertahun tak pergi bazaar ramadhan. Lebih selesa masak sendiri. So semalam SA masak masak simple je..mak plak buat kuih kegemaran Abah..kuih "besopang". Kuih ni memang terkenal di NS especially area Kuala Pilah. Pesan kat mak semalam..kita 4 orang je kat rumah..jangan buat banyak nanti tak habis..


Sambal Sotong campur petai


Masak Lemak Cili Api Telur Itik campur pucuk ubi 


Kailan ikan masin


Kuih besopang

Semalam SA berbuka dengan family, hari ni n tau la nak cakap. Ikut hati nak berulang je Seremban -KL sepanjang bulan puasa ni..tapi takut tak larat plak..dah kira-kira SA masuk kerja pukul 8.30am dan balik 5pm, kalau balik Seremban sure lambat sampai dan dekat2 nak berbuka baru sampai..sama gak bila balik rumah sewa..silap hb kat rumah sewa SA kena berbuka dan sahur sensorang macam sebelum-sebelum ni...tengok la kang macam mana...tapi most likely kena balik rumah sewa jugak..apa menu la menu nak makan untuk berbuka hari ni...

15 comments:

  1. wah..sedap tu..sambal sotong petai..gulai telur itik ti peberet cik nor..sedapnya..:)

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tak jatuh cinta tengok menu kak SA! Kalau larat balik la kak, tapi jaga diri jugak tau :)

    ReplyDelete
  3. Alaaa..ciannya bila berjauh dgn family,kak smlm penuh satu rumah semua blk cuma sorang jer xblk sbb duk seremban dgn mertua klu dtg mgkn sabtu/ahad

    ReplyDelete
  4. sambal sotong ngan gulai lemak itik tu dapnye hoiii

    ReplyDelete
  5. sedap2 menu akk. Pos satu set kak hehe. Alahai siannya buka sorang2..meh la singgah kg melayu subang

    ReplyDelete
  6. Simple pun nampak semuanya menyelerakan tau...
    nieyl pun smlm masak lemak kak..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah lauk semua sedap2 terliur tengok hehe

    ReplyDelete
  8. Semua menu mmg nampak sedap! Kak, share lah resipi kuih sopang tu

    ReplyDelete
  9. Tak pernah cuba buat Masak Lemak Cili Api Telur Itik. Teringin nak try. KKuih bersopang tu tak pernah dengar.

    ReplyDelete
  10. Adeh sedapnya lauk..sotong tu..
    Rindu nak masak..2 hari ni terpaksa makan lauk kedai. Masak nasi jelah.

    ReplyDelete
  11. Sambal kalau ade petai mmg fav! Sedap2 suma lauk kak. Ahamdulillah! :)

    ReplyDelete
  12. kuih besopang? first time dengar

    ReplyDelete
  13. First time tengok kuih bersopang tu.. Sha siap google.. hehehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah