Thursday, May 23, 2019

Idea Simple Menu Berbuka....

Hi korang...

Yeay hari ni Khamis dah...mati- mati rasa macam hari ni hari Isnin..nasib baik sedar..kalau tak sure kena gelak hari ni..apapun lemau tetap lemau masuk office hari ni...semalam golek- golek jer kat rumah..menu berbuka semalam pun malas nak amik gambar. Ntah kenapa semalam rasa macam tak terdaya. Masak plak semalam cuma abah SA jer yang masak..Kari Itik Salai dengan Lawar Jantung Pisang. Ingat memang nak amik gambar..tapi kemalasan melampau...Sudahnya hari ni takde entry baru nak up..

Korang ada idea nak masak untuk berbuka tak hari ni?

Kalau takde maybe bleh guna idea SA yang ni...


Sup Ikan Jenahak

Sambal Udang Petai..

Ok tak idea SA tu?

Sebenarnya lauk tu dah masak lama dah...simpan dalam draft sekali lupa nak up...kira boleh la share ngan korang hari  ni mana tau korang takde idea nak masak. SA hari ni berbuka kat Shah's Village Hotel.Nanti malam kang tengok la nak buat apa, maybe kena beli atau buat nasi goreng jer ke untuk sahur pagi esok. Lagipun Esok balik Seremban kan...minggu ni banyak betul cuti kan...bukan tak suka..tak tau nak buat apa cuti lama- lama..hahaha...nasib baik Selasa ari tu SA kerja..kalau tak..lagi lemau la..padahal persiapan raya mak abah dan Dania blom ada lagi ni...poning wey.....nasib esok gaji...


11 comments:

  1. Ya Allah terpandang petai tu...huhuhu sedapnyaa...bulan puasa ni Sis kemaruk makan petai, jadi bertambah selera..adeiii macam mana nak kurus ni hahaha

    ReplyDelete
  2. Sambal udang dengan petai tu memang idea menarik..

    ReplyDelete
  3. ya Allah..kak sedapnya sambal udang petai tu. Tapi kat kelantan xde petai sekarang. Kna buat sambal udang shaja je la..hehe

    ReplyDelete
  4. ni bukan kategori simple ni. dah kira sederhana jugak ni. hahaha ^_^

    ReplyDelete
  5. sedapnya dua-dua menu tu..tambah2 sambal petai tu.....

    ReplyDelete
  6. Hari2 kena fikir nak masak ape untuk berbuka puasa.
    WP cuma tinggal makan aje.

    ReplyDelete
  7. eh eh...sama menu dengan mamapipie yang sup ikan jenahak tu...hahahha

    ReplyDelete
  8. lapo kak, huhu btw saya pn kekeringan idea untuk tis wk punya menu

    ReplyDelete
  9. sambal udang fav..mil dh buat juga tp petai xmakan

    ReplyDelete
  10. Sup Ikan Jenahak akak nampak sedap sgt tu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah