Showing posts with label Novel Baru Lagi. Show all posts
Showing posts with label Novel Baru Lagi. Show all posts

Monday, August 29, 2022

Perfectly Halal!!

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hehehehe...tajuk agak2 buat korang terperanjat tak...hahahaha....sebenarnya nak update pasal novel baru yang SA beli semalam...belommmm...SA belom halal buat sesiapa ye..hahahaha...jangan ada specu-specu tau.....

Punc kita beli Novel ni sebab kita malas nak punggah novel dalam kotak..yang dalam lemari semua dah baca dan dijadikan koleksi..so yg dalam kotak menimbun tu nanti la kita baca...habiskan yang baru ni dulu..hahaha....nak tengok Netflix account kita tgh problem...sampai skrg nak subscribe baru pun x dapat lagi...so..petang2 naik train bleh la baca novel...perjalanan 1 jam kan...

Sebenarnya novel ni dah lalu lalang kat FB SA, sebab SA follow penulisnya Suri Ryana. so SA dah baca sinopsis terus rasa macam ala...best plak citer ni...tu yang beli novel ni semalam...bukan 1 ye...tapi terjebak 3 novel...2 novel lagi dari penulis kegemaran SA gak...Acik Lana. Dua novel tu episode 1 dan II. Tu nanti next SA citer la ye.....mula- mula baca memang best...so..tengah baca ni memang rasa bersemut...kita tengok nanti...SA kalau baca novel memang menghayati watak. Kadang- kadang sampai boleh menangis




Sinopsis

Menjadi seorang Fatihah Nabila bukan mudah. Dicurangi Ayden Aqashah benar-benar memberi tamparan hebat dalam meniti usia dewasanya. Namun, siapa sangka di kala dia mahu menjauhi lelaki itu, takdir seakan menolaknya rapat pada Aidid Aqashah, kembar seiras Ayden pula. Bekerja sebagai caretaker mama Aidid dan Ayden, Datin Mahani benar-benar membuatkan hidupnya seperti menaiki roller coaster. Tunggang-langgang!

Ayden sering merayu untuk kembali manakala Aidid sentiasa dingin dan mencari salahnya. Keadaan di vila bertambah kacau-bilau apabila Clown 13, badut pembunuh yang berbahaya kembali memburu Datin Mahani yang sedang terlantar sakit. Tanpa diduga ada rahsia yang tersimpan bersama dendam kesumat yang bergumpal kusut.

Satu kejadian hitam benar-benar memberi tamparan hebat dalam hidup Tia. Ketika jiwa gadis itu hampir mati, Aidid muncul membawa harapan.

“Aku akan bertanggung jawab ke atas kesalahan yang Ayden lakukan pada kau. Be my wife and I’ll protect you till my last breath, Tia...” -Aidid-

Siapa saja yang mampu menentang jodoh yang telah lama tertulis di lohmahfuz? Namun, berjayakah pernikahan ini tika keraguan menghuni fikir pabila Aidid mahu merahsiakannya untuk sementara waktu? Apatah lagi sayugia menyedari Maya Nysa, gadis pilihan keluarga Aidid masih terkejar-kejarkan lelaki itu.

“Hidden truths are unspoken lies, Tuan Aidid... no matter how careful we are, we will get caught.” -Aidid

“Don’t you trust me, Tia? Aku tak main-main dengan kau. Please... trust me. Ada sebab yang sangat besar kenapa aku sembunyikan pernikahan ni.” -Aidi

Cinta yang mengasyikkan itu tetap tersulam indah biarpun pelbagai rintangan yang menerjah. Tika leka diulit bahagia, sekelip alpa hampir memisahkan nyawa.

“Penantian ini sangat panjang Tia... abang hampir hilang Tia pada Ayden dan kali ini abang akan pastikan yang abang tak akan hilang Tia lagi. Untuk selama-lamanya.” -Aidid-

“Terima kasih sebab cintakan Tia. Honestly, I think I’ve fallen for you too...” -Tia-

Suratannya, rahsia demi rahsia terungkap dan identiti seorang demi seorang pengkhianat terbongkar.

Selama mana hubungan mereka dapat bertahan kerana menurut badut berbahaya itu, hutang nyawa bayarannya juga nyawa.


Baca sinopsis best kan...kita tengok la kesudahannya macam mana....suka perjalanan citer novel ni sebab ayat- ayat yang santai dan sempoi...terus kita rasa dan terbawa dalam jalan cerita...

jumpa lagi next entry...

Saturday, October 23, 2021

Kembali Membaca Novel....

Assalamualaikum...

Hari ni SA betul-betul relaks...malas nak tengok laptop malas nak buat semua benda ....

Hari ni jugak SA cuba membaca walau hakikatnya hujan lebat dan novel ni baca SA plak...hahaha...baik x yah start kan...baik tido je...

Apapun semangat membaca tu datang juga ..bosan plak x buat apa...x kan nak menternak lemak je...novel yang SA sedang baca ni okey la jalan cerita...boleh layan...cumanya asal baca je SA menguap...aduhai...mana perginya mood membaca SA ni...pelik tul la...




 

SA baca sebab ada nama Amanda kat situ...boleh? 

Sebenarnya novel ni hadiah dari Adam Khushairy....selalu gak dia hantar novel kat SA...so..koleksi novel baru SA dah banyak plak...makin hati makin bertambah bila dia keep on kirim novel...mengada tau dia...dh ckp x payah kirim lagi sebab SA xde masa nak baca...eh....tetap gak dia kirim ..sebulan sampai 2-3 kali...tapi jalan cerita ni sama macam kisah Akasia MRT SA tahun lepas la....cuba korang baca sinopsis tu...SA cari sinopsis online x jumpa plak...kalau jumpa bleh tepek kat sini kan ...

Doakan mood SA terua ada nak membaca...ni baru 10 helai muka surat ni...sempoi jalan citer dia...kalau citer dia ringan boleh la SA habiskan baca...


Monday, December 24, 2018

Sinopsis Novel Pujaan Hati Kanda

Hi korang....

Haaa...kerja ke tak tu? ada yang sambung cuti? nasib baik SA ni kan cuti dah habis...betul- betul tinggal sehari je...so kena la pi kerja walau hari ni memang ramai takde...semua pakat sambung cuti ha..bestnya diorang...bertabah la SA kan...so...hari ni nak citer pasal novel terbaru yang SA tengah baca ni..novel yang diadaptasi ke drama lakonan Remy Ishak....hero pujaan hati..bagi je la watak apa kat si Remy tu memang SA suka sangat....semalam SA dah beli novel ni walau baru- baru ni kan...SA shopping kat website Karangkraf 36 buah novel dan tak start baca lagi..sebelum shopping 12.12 lepas ada lebih kurang 20++ novel baru yang SA dah beli dan tak baca- baca lagi...hahaha...nampak tak ketamakkan di situ...so total novel yang SA blom sentuh ada dalam 50++ buah. Huwaaaaaaa...bila nak habis baca...

Ok pembukaan entry hari ni SA selitkan sinopsis novel Pujaan Hati Kanda ni...drama dia kat TV3 rasanya...SA dah tengok kat Tonton. Tapi jalan cerita ada sedikit berubah dalam drama...takpe..SA nak baca novel dulu...nanti bleh layan drama plak...kalau baca novel kita boleh feeling- feeling kan..hahaha....


SINOPSIS

Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahunya. Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.

Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru. - Gadis Misteri

Hadiah yang tidak terduga itu hadir meranapkan mahligai yang ingin dibina. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul. Calon isterinya enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Dengan tanggungjawab sebagai ‘bapa segera’, Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu pagi dan petang, siang dan juga malam. Dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara. Seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit.

“Tiara pesan susu, Pampers dengan puting susu aje, bang. Ni berat semacam aje. Abang beli stok untuk berapa bulan?”- Tiara

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

“Masalahnya aku tak kenal siapa gadis misteri tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni?” - Danny

Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekaligus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya

Tuesday, February 5, 2013

Novel Baru Lagi...

Baru2 ni aku ada beli novel baru...ewahhhh...kan main lagi membuang duit kan....bukan buang la...ini namanya membeli untuk diri sendiri..aku jarang shopping baju baru...kalau beli punantara aku suka masa nak beli..dah pakai sekali dah x pakai dah sebab x selesa...boleh?
so aku beli la novel ni...now days suka novel tebal2..puas sikit baca...

 4 buah novel setiap satu ada less 20% sebab Popular book member...
 3 ni x start baca lagi...
Yang ni dah baca dah...dah abih..dah puas menangis tersedu2 akibat terlalu menghayati jalan cerita...

Sejak bila aku suka baca novel...sejak aku di sekolah menengah...mula2 pinjam kawan2 punya...
kumpul duit beli novel2 creative enterprise, then zaman kerja beli lak alaf 21 ner novel...sampai la sekarang...
aku nanti nak update baper ratus novel dalam simpanan aku dah...
ada yang kazen2 pinjam x pulang2...oh..sadisss...after that..no more pinjam2 dah...sorry ok....
even anak aku pun x berani nak usik koleksi novel aku...
now dah berjangkit kat Dania...dia dah mula suka baca novel kanak2 dan aku dah rajin belikan...
aku x suka dia lepak tgok tv jer kat umah,...at least buat sumthing yang berfaedah kan....

Tuesday, January 8, 2013

Hikayat Cinta Si Pematah Hati...


Novel pertama untuk 2013
Last 2 week beli novel ni masa cari buku2 Dania tu....tebal giler novel ni tulisan E-Man Sufi...aku x tau la 
penulis ni lelaki ke perempuan...tgok nama mcm lelaki..tp dari garapan citer mcm si penulis ni perempuan..
x kisah la janji jalan citer dia paparkan ni sgt2 membuai perasaan...
Syok wo citer dia...sgt2 enjoy...sikit lagi nak abih...
biasa la kan...Novel melayu..sure la ending dia happy ending..kan? mcm citer hindustan gak...
aku beli novel ni pun sebab ada 25% less + harga ahli popular....

Aku copy paste skit dia nyer sinopsis

WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki  pilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…
RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!
“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”
“Sorry… saya dah ada kekasih.”
“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”
“Hah?”
Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.
Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?

“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”
“Apa makna…”
“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”


Novel ni sgt2 membuai perasaan aku...rasa mcm syg jer nak habiskan....hahahahah...
pada korang peminat tegar novel...silalah beli yer...sekarang MPH ngan Popular tgh buat sale kan?
eh ada lagi ke sale? aku pun x tau..xde sale pun x per kot..kalau korang member MPH or Popular..sure ada special diskaun kan..


Thursday, October 11, 2012

Novel baru Dhiya Zafira


Wahhhh...dah keluar novel baru...x beli lagi ni...harus kena carik.....


Kalau dah giler novel macam aku ni hidup memang x sah kalau xde novel...
nak2 aku duk bujang kat KL ni kan...
Dhiya Zafira antara novelis yang aku amat minat dan kebanyakkan novel dia aku ada...
the way dia mengolah novel berjaya membuat segala penceritaan tu meninggalkan kesan dalam diri aku...
cewah...berkesan la sgt kan...bukan la Dhiya Zafira ni satu2 novelis aku suka..aku suka Aisya Sofea, Anis Ayuni, Acik Lana...dan ramai lagi la...janji jalan citer best...
bukan apa...aku suka bila sekali aku baca novel tu..aku tak berenti nak baca untuk tau kisah selanjutnya..
selain dari MUMMY_AYU, sapa lagi follower aku yang suka pada novel?

Monday, April 16, 2012

Sebenarnya..Aku memang isteri dia...

Salam Isnin u olls...tajuk kali ni mengundang kontroversi kan.....hahaha..tgok blog mummy_ayu ari tuh dia update novel baru..aku pun apa lagi..kasik terjah Popular book kat JJ Kepong...sambil2 renew popular kad aku yg dah expired...memang rambang mata la kat popular tu..rasa mcm semua novel aku nak beli...
mak aku dah bising dah..asyik beli novel..beli emas kan bagus...uish..aku x minat la emas2 ni...

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA!!
nukilan Zura Asyfar
Harga RM20++( x ingat harga)


actually belum baca pun lagi..tp meroyan nak beli sebab x nak ketinggalan..novel tu antara yang terlaris
sekarang kan sebab waktu dalam train aku kekadang nampak ramai baca novel ni...
x tau bila nak start baca sebab sekarang tgh baca novel Kasih Benar Kasih by Aleya Aneesa..
rasanya aku dah publish pasal Kasih Benar Kasih tu...
dah abih baca nanti aku publish lagi sekali la eh..
aku agak kebizian sikit...banyak aku nak story..tp nanti la..
agak slow sikit la ari ni...monday blues kata ko...

Friday, December 9, 2011

Novel Baru Lagi

Rabu lepas..boring nak tunggu Train ETS lama2..aku jenjalan la kat KL Sentral tuh..cuci2 mata kan..
sekali kat tingkat 1 tuh ada promosi Creative Enterprise..waaaaaa..ini sudah bagus..20%- 40%..of cos la aku lepak kat situ jap kan...dan tgok2 novel mana berkenan di hati..creative enterprise kan x banyak novel baru...yer ker? ke aku x pernah tau..last2 rembat gak la 2 buah novel yang aku rasa sangat berbaloi aku beli...jadi la kan..buat peneman malamku di rumah sewa..

 Biarlah Rindu Ini Berguguran > Azira Ahmad RM24.90 dah tolak diskaun 40% = RM14.90
Setelah Kau Pergi  > Rozita Abd Wahab RM24.90 dah tolak diskaun 40% = RM14.90

mula2 nak amik la gambar area promosi tuh tapi biasalah..aku kan lone ranger..xde makna nak hala2 kamera phone and say cheeseeeeee....huh..ramai kot masa tuh dan aku kan biasa la...malu2 lipas..
hahahah..fail nak jadi blogger tegar..
apa pun gambar dua novel ni udah la yer...tghari kang nak singgah lagi mana tau ada promosi 50%..
huhu..

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah