Showing posts with label Rakan Sekerja. Show all posts
Showing posts with label Rakan Sekerja. Show all posts

Monday, February 13, 2023

Innalillahiwainnailaihirojiun.. Al Fatihah Nursyafiqah Najamudin

Assalamualaikum..

DariNya kita datang kepadaNya kita kembali..

Hari ni SA kehilangan rakan sekerja yang menghidap cancer lymphoma stage 4 . Dah beberapa bulan arwah menjalani kimoterapi dan warded...

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن  

*Innalillahi wa inna ilaihi roji'unn*

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

*“Allahummagh firlahaa warhamhaa wa`afihaa wa`fu`anhaa”*

Ertinya:

"Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia dan maafkanlah dia.”

*Al fatihah...*


Semoga roh allahyarhamah  Nursyafiqah Najamudin dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh.. 

Aamiinn Ya Mujib....😔😔😔


Baru semalam arwah view FB Story SA dan baru last week SA dapat whatsaap arwah dan borak panjang...allahu...sedihnya..bercucuran airmata SA pagi ni...sedih sangat sebab SA rapat dengan arwah...cuma SA x dapat ziarah arwah semasa arwah dalam ward. Arwah di diagnose cancer lymphoma stage 4 dan sepanjang rawatan kimoterapi memang tidak dibenarkan sesiapa datang melawat kecuali ahli keluarga. Kami cuma dapat berhubung melalui whatsaap..










SA berpeluang menziarahi arwah buat kali terakhir..SA berpeluang bacakan yasin buat arwah bersama -sama kawan-kawan  lain..SA berpeluang menatap wajah arwah buat kali terakhir dan mengucup arwah...rupanya Fiqah view FB Story akak semalam untuk tinggalkan kenangan..akak dah screenshot sebahagian untuk akak abadikan kat sini..

Tenang la Fiqah...semoga allah permudahkan.perjalanan Fiqah ke rumah dan alam abadi...Fiqah dah x sakit dah...Fiqah dah tenang...Kak Rizz doakan dari kejauhan dik...Al Fatihah...Allah lebih sayangkan Fiqah...

Innalillahiwainnailaihirojiun...


NOTA :

SA stop update entry untuk hari ini demi menghormati pemergian arwah...insyaallah kita jumpa lagi esok..mohon kawan- kawan semua doakan dan sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. 

Terima kasih..


Friday, August 13, 2021

Al-Fatihah Rakan Sekerja Badul Hisham a.k.a Abang Black

Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua....





Semalam menerima perkhabaran duka kami warga kerja Malakoff Corporation Berhad kehilangan rakan sekerja yang sangat baik. Al- Fatihah buat Allahyarham Badul Hisham atau lebih dikenali dengan nama Abang Black dikalangan kami semua. Abang Black meninggalkan isteri dan seorang anak tunggal akibat sesak nafas dan sakit dada petang semalam. Sedihnya....lepas ni takde dah Abang Black yang rajin tolong kami especially team SA untuk Project Bid Submission. Takde lagi dah Abang Black yang selalu belanja SA dan kawan- kawan lain makan Kari Kepala Ikan Tugu Negara. Takde lagi dah Abang Black yang rajin berborak dengan kami...jumpa kat mana- mana pun Abang Black pasti menyapa mesra...

Last SA jumpa Arwah last week. Minggu ni memang x jumpa sebab SA masih WFH...

Semoga allah menempatkan rohnya di kalangan para solehin....

Tuesday, February 23, 2016

Misi Antartika Shahrom Harumkan Nama Malaysia

Shahrom Abdullah Lakar Sejarah Anak Malaysia Pertama Merentasi Kutub Selatan

Bukan sahaja Malaysia berbangga dengan kejayaan Shahrom, tapi kami semua rakan- rakan di Malakoff juga berbangga dan menumpang tuah. Shahrom mengharumkan nama negara malah nama Malakoff Corporation Berhad Serta MMC Corporation Berhad. Usaha gigih anak muda ini berjaya melaksanakan misi merentas Kutub Selatan kurang dari 60 hari.


paper BH semalam

Kagum dengan kegigihan Shahrom yang atau lebih popular di opis sebagai Awe. Awe memang kuat semangat..sebelum ni pun dah jejak kaki ke Everest, Selat Inggeris dan Greenland.Kini Sharom merupakan anak Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke titik sifar Kutub Selatan.Misi yang dijangka mengambil masa 60 hari berakhir awal dari jangkaan..

Awe memulakan misi pada 9 Disember 2015 dan berakhir pada 16 January 2016

Tahniah Awe kerana mampu melakar sejarah walau pelbagai dugaan dan  rintangan di hadapi ketika menjayakan misi ini...

Awe..we Malakoff proud of you....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah