Showing posts with label Short Vacation. Show all posts
Showing posts with label Short Vacation. Show all posts

Monday, February 20, 2017

Short Trip To Melaka Part 1

Jadi blogger ni kan..adakala sampai penyakit MALAS padahal banyak benda nak up kat blog..nak plak Niche Lifesytle ni memang boleh up apa je ikut suka..tapi tetap perasaan Malas tu akan tiba...puncanya sebab gambar banyak sangat so malas nak letak watermark...tak letak kang orang curi plak gambar...sebenarnya entry ni dh lama ada dalam draft..sampai Dania tanya mama dh buat ke entry Dania pi Melaka ari tu dalam blog?knowing me yang sentiasa sibuk dengan kerja..memang susah nak manage..untuk itu..kisah short trip ni aku up jugak la...maybe akan ada 2 part sebab banyak bebenor gambar Dania..hahaha....

Cuaca dari KL ke Melaka memang cantik je..panas lit lit...sampai mama kena migrain..so dapat la pi 3 tempat..nama pun short trip..melayan anak dara ni ha...ikut hati nak bawak dia naik river cruise tp x kesampaian sebab panas dan orang ramai..maklum lah masih cuti sekolah kan walau pergi hari biasa je...gerak dari KL awal pg sampai dalam pukul 10 lebih...mmg panas la..

Jom la tengok gambar2 Dania..


Dah macam Diva plak..siap ada kipas tangan


Amik je gambar tepi sungai ni..lagipun dh pernah naik river cruise..bersih sungainya masa ni..warna air pun biru..dah tentu air dirawat kan bagi tarikan pelancong.. Melaka River Cruise adalah ilham dan idea dari Mantan Ketua Menteri Melaka yang ke 9 Tan Sri Hj Mohd Ali Mohd Rustam. Beliau ingin melihat Sungai Melaka maju setanding dengan Sungai St. Antonio di Texas dan setaraf dengan Sungai Venice di Itali.


Memang cantik2 tempat di area Sungai Melaka ni..memandangkan short trip ni untuk Dania maka memang sepanjang masa penuh gambar dia je la....mama tak kuasa nak bergambar sebab panas dan tengah migrain...papa pun malas nak layan mama bergambar...hahahaa...


Restaurant2 tepi Sungai Melaka...time ni macam blom buka...maybe diorang start bisnes petang kot..


Balai Seni Lukis Melaka merupakan pusat terunggul pengembangan serta pengumpulan hasil seni visual tanahair dan pemegang amanah warisan seni negara..pelbagai hasil seni oleh para pelukis tempatan dan luar negara dipamerkan disini untuk tatapan peminat seni lukis negara....Dania minat la..bila tanya nak masuk ke tak...tak nak plak...


Christ Church  Melaka adalah bangunan gereja tertua di Melaka dan telah ada di Melaka sejak abad ke 18..


Zoom gambar dari luar....Dania tarik2 dh masa ni takut nak dekat sebab gereja..aduhai anak...kita bukan nak masuk pun..tengok dari luar je..gereja ni ada dalam matapelajaran Sejarah...sedikit sebanyak Dania dah tau kan..


Senarai- senarai paderi lelaki yang pernah berkhidmat di gereja ni...


Dania berlatarbelakangkan Christ Church Melaka...kat sini belek2 je hasil kraftangan yang dijual...blom nak beli lagi...


Kita singgah plak di Bangunan The Stadthuys..bangunan ini merupakan penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor  yang di bina pada tahun 1650. Srruktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
The Stadthuys adalah kompleks besar-besaran, dalaman bangunan ini mempunyai 2 tingkat dan sekarang ianya di jadikan Museum Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Muzium Yang Dipertua Negeri..


Papan nama Batalion Straits Settlements Volunteer Force..ada nama perwira melayu juga dalam senarai papan nama ni

Okeh...kita stop kat sini dulu...banyak plak bab2 sejarah mama nak kena rujuk...ni dah macam bukan Dania yang belajar ni...dah macam mama plak ulangkaji..hahaha...apapun..kami masuk dalam Muzium di bangunan The Stadthuys ni...part ni kita masuk next entry nanti ye...memang banyak gambar...mana yang aku ingat aku akan describe...kalau tak korang tengok gambar je la nanti...

Happy reading....




Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah