Monday, February 20, 2017

Short Trip To Melaka Part 1

Jadi blogger ni kan..adakala sampai penyakit MALAS padahal banyak benda nak up kat blog..nak plak Niche Lifesytle ni memang boleh up apa je ikut suka..tapi tetap perasaan Malas tu akan tiba...puncanya sebab gambar banyak sangat so malas nak letak watermark...tak letak kang orang curi plak gambar...sebenarnya entry ni dh lama ada dalam draft..sampai Dania tanya mama dh buat ke entry Dania pi Melaka ari tu dalam blog?knowing me yang sentiasa sibuk dengan kerja..memang susah nak manage..untuk itu..kisah short trip ni aku up jugak la...maybe akan ada 2 part sebab banyak bebenor gambar Dania..hahaha....

Cuaca dari KL ke Melaka memang cantik je..panas lit lit...sampai mama kena migrain..so dapat la pi 3 tempat..nama pun short trip..melayan anak dara ni ha...ikut hati nak bawak dia naik river cruise tp x kesampaian sebab panas dan orang ramai..maklum lah masih cuti sekolah kan walau pergi hari biasa je...gerak dari KL awal pg sampai dalam pukul 10 lebih...mmg panas la..

Jom la tengok gambar2 Dania..


Dah macam Diva plak..siap ada kipas tangan


Amik je gambar tepi sungai ni..lagipun dh pernah naik river cruise..bersih sungainya masa ni..warna air pun biru..dah tentu air dirawat kan bagi tarikan pelancong.. Melaka River Cruise adalah ilham dan idea dari Mantan Ketua Menteri Melaka yang ke 9 Tan Sri Hj Mohd Ali Mohd Rustam. Beliau ingin melihat Sungai Melaka maju setanding dengan Sungai St. Antonio di Texas dan setaraf dengan Sungai Venice di Itali.


Memang cantik2 tempat di area Sungai Melaka ni..memandangkan short trip ni untuk Dania maka memang sepanjang masa penuh gambar dia je la....mama tak kuasa nak bergambar sebab panas dan tengah migrain...papa pun malas nak layan mama bergambar...hahahaa...


Restaurant2 tepi Sungai Melaka...time ni macam blom buka...maybe diorang start bisnes petang kot..


Balai Seni Lukis Melaka merupakan pusat terunggul pengembangan serta pengumpulan hasil seni visual tanahair dan pemegang amanah warisan seni negara..pelbagai hasil seni oleh para pelukis tempatan dan luar negara dipamerkan disini untuk tatapan peminat seni lukis negara....Dania minat la..bila tanya nak masuk ke tak...tak nak plak...


Christ Church  Melaka adalah bangunan gereja tertua di Melaka dan telah ada di Melaka sejak abad ke 18..


Zoom gambar dari luar....Dania tarik2 dh masa ni takut nak dekat sebab gereja..aduhai anak...kita bukan nak masuk pun..tengok dari luar je..gereja ni ada dalam matapelajaran Sejarah...sedikit sebanyak Dania dah tau kan..


Senarai- senarai paderi lelaki yang pernah berkhidmat di gereja ni...


Dania berlatarbelakangkan Christ Church Melaka...kat sini belek2 je hasil kraftangan yang dijual...blom nak beli lagi...


Kita singgah plak di Bangunan The Stadthuys..bangunan ini merupakan penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor  yang di bina pada tahun 1650. Srruktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
The Stadthuys adalah kompleks besar-besaran, dalaman bangunan ini mempunyai 2 tingkat dan sekarang ianya di jadikan Museum Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Muzium Yang Dipertua Negeri..


Papan nama Batalion Straits Settlements Volunteer Force..ada nama perwira melayu juga dalam senarai papan nama ni

Okeh...kita stop kat sini dulu...banyak plak bab2 sejarah mama nak kena rujuk...ni dah macam bukan Dania yang belajar ni...dah macam mama plak ulangkaji..hahaha...apapun..kami masuk dalam Muzium di bangunan The Stadthuys ni...part ni kita masuk next entry nanti ye...memang banyak gambar...mana yang aku ingat aku akan describe...kalau tak korang tengok gambar je la nanti...

Happy reading....




60 comments:

  1. banyak tempat menarik di melaka sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlalu banyak yang menarik.. tak cukup sehari kalau pergi nih

      Delete
  2. selalu balik melaka pun tak berjalan sangat SA..suka dduk kampung kena angin tepi sawah..syok je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepi sawah tu yang best.. huhuhuhu.. untunglah.. tak payah nak pi jauh-jauh untuk mencari ketenangan

      Delete
  3. yg cruise tu cikla dh naik dh. anak-anak mmg excited. sampai xnk turun. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu.. malu nak cakap.. saya belum pernah naik cruise.. huhuhu

      Delete
    2. takpe.. nnti kalau dtg melaka jgn lupa naik tau...

      Delete
  4. Replies
    1. kalau rindu kena lepaskan kerinduan itu.. ayuh menuju ke melaka.. hehehe

      Delete
  5. wah..bestnya ni...kg nak ke sini juga nanti... Dania dah besar panjang la...org sabah bilang sumandak

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena masukkan dalam kalender percutian hehehe

      Delete
  6. Hehehe seronoknyer bercuti .. meati kak dania happy dapat bercuti ngan mama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita berseronok disana juga... rancangkan percutian bersama keluarga masing-masing

      Delete
  7. Eh Dania Diva (DD).. kalau maknya stylo anak pun.ikut la. Part bawa anak jalan2 memang pcl setuju sangat.. Dalam negara pun ok la dulu..habiskan. Hihi. Pcl bab travel2 ni x teror sangat. Apa pun kita buat takat mampu jer.

    Beruntungnya DD :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. habiskan pusing dalam negara.. tapi kalau ada rezeki apa salahnya luar negara.. hehehe

      Delete
  8. Lama dah tak g Melaka..seronok jalan2 kat Melaka..banyak tempat2 bersejarah kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. melaka memang sangat bersejarah.. bandaraya bersejarah

      Delete
  9. baru juga datang melaka..cuti raya cina yang lepas ni...seronok explore tempat² baru...pergi musuem Art 3D tu ...seronok anak² bergambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. melaka memang banyak tempat seronok untuk ambik gambar.. banyak sangat tempat cantik-cantik

      Delete
  10. Replies
    1. melihat orang seronok bercuti.. kalau sendiri yang pergi tentu lagi timbul keseronokkannya

      Delete
  11. Sebelum ni tak cukup corum kalau jalan dekat Melaka. Lepas ni akan kuusahakan semua anak2 ada sekali nanti walaupun hanya ibarat balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik kampung tu le yang seronok.. tempat orang lagi dikenang inikan pula tempat sendiri.. lagi le rindu..huhu

      Delete
  12. Seronoknyaa jalan jalan Melaka 😍 Nani tak pernah merasa lagi naik river cruise tu. Heheh. Next time kena ke sana lagi lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. saya ingat saya sorang aje yang belum naik river cruise tu, hehehe ramai lagi belum rupanya

      Delete
  13. Happy Dania...Melaka byk tempat sejarah dan xpernah jemu ke Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan pernah jemu.. sejarah nih kena jaga dan nikmatinya hehehe

      Delete
  14. Yang penting Dania happy kan.. Nampak pun happy jer dia...Sweet sungguh bila dah besar ni anak dara SA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita sama-sama hepi juga.. jom semua kita bercuti...

      Delete
  15. kampung saya kat melaka. memang best kan melaka. pergi banyak kali pun tak bosan

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah kampung kat melaka.. memang tak bosan punya

      Delete
  16. hahah..tak pe dania.kita bukan drakula takut kan gereja..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak.. hehehe.. kadangkala apa yang kita ajar itulah yang lekat dihatinya

      Delete
  17. Family dayah, kalau pergi satu2 tempat tu..memang cari tempat bersejarah jer..sebab memang minat nak tahu kisah dulu2..sama juga dengan melaka ni, kitorang masuk A famosa tu dekat 3 jam, tu pun x habis ronda and baca apa yang ada..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat yang mendalam tu..ini kalau keluar periksa confirm detail jawapannya

      Delete
  18. Ok Dania mama awak dah up entri..tunggu next pulak..aunty PC pulak teruja tengok ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh.. semua orang ada cerita yang menarik untuk dikongsi

      Delete
  19. Replies
    1. jom kita sama-sama bercuti juga.. cuti-cuti malaysia

      Delete
  20. kalau pergi jalan-jalan melaka seharian x cukup nak abiskan semua muzium paling kurang 2 hari hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak tilam dengan bantal tidur kat muzium.. hehehe

      Delete
  21. Baru balik cuti2 dri melaka jugak tapi tak explore byk tempat sgt...saja cuti2 santai je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak cukup kalau nak explore semua.. mahu makan sebulan hehehehe

      Delete
  22. Dah lama tak pergi melaka. teringin nak pergi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. moh kita ke melaka.. tapi jangan terperanjat kalau jumpa signboard Melaka Pindah.. melaka tak pindah.. itu nama tempat... hehehe

      Delete
  23. melaka.. bandaraya bersejarah.. memang tempat yang harus dikunjungi

    ReplyDelete
  24. memang betul.. bandar hilir memang wajib kena singgah.. pendek kata seluruh pelusok melaka tu kena pi kunjung.. hehehe

    ReplyDelete
  25. cantik sungai melaka.. patut la ramai pelancong

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandangan yang indah pasti akan ramai pengunjungnya

      Delete
  26. Eh sama la kinah aritu gi melaka. Tapi takla explore semua. Pergi muzium samudera dengan muzium kastam. Nak pergi jalan jauh2 hujan pulak masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak explore semua? huhuhuhu.. banyak yang amat tempat menariknya.. tak cukup sehari kalau nak explore semua

      Delete
  27. Rasa macam belajar sejarah balik. Hahaha. Short trip tetapi banyak jugak ilmu sejarah yang dapat ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar sejarah dengan menyelami sendiri sejarah tersebut sangat berbeza perasaannnya

      Delete
  28. lama tak g melaka..sjak habis blajar dlu..:)

    ReplyDelete
  29. melaka memang best..sebab banyak tempat bersejarah kan.

    ReplyDelete
  30. cantinya melaka, harap harap dapatlah pi melaka nanti

    ReplyDelete
  31. Esok ana ke melaka kak. Seminggu dekat sana ikut suami berkursus. Excited pula bila tgk gambar2 akak ni. Padahal setahun berkali2 ana ke melaka. Tp setiap kali pergi mesti byk tempat tak dan nak pergi especially di bandar sebab jalan sesak

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah