Restaurant Konsep Kasual Dining & Asian Western Di Petaling Jaya
Hi korang...
Hey...kepada korang kaki makan yang sedang mencari tempat makan baru yang sedap, value for money dan pasti puas hati jom terjah Vine Cafe. Kat mana? korang tau kan Damansara Uptown? Vine Cafe terletak di dalam Starling Mall, Damansara Uptown. SA pun pertama kali datang Starling Mall ni...banyak betul tempat makan menarik kat sini dan SA berkesempatan mengunjungi Vine Cafe untuk menikmati makanan yang semuanya sedap - sedap belaka bersama rakan bloggers yang dijemput untuk food review kali ini.
SA suka konsep Vine Cafe yang berkonsepkan kasual dining dan menghidangkan makanan Asian Western. Suasana restauran yang lebih santai,kasual serta sesuai untuk family. Vine Cafe telah memberikan yang terbaik dengan memperkenalkan hidangan barat dengan harga yang berpatutan dan sentiasa dikujungi ramai pelanggan.Vine Cafe memperkenalkan pelbagai hidangan Sarapan Barat, Main Course, Pasta, Salad, Pizza,Finger Food, Coffee dan Shake. Menarik kan?
Boleh dikatakan semua hidangan yang disediakan sangat menepati citarasa SA sendiri. Bagaikan terasa sehingga sekarang..hehehe...teruk kan SA? tapi memang tak dinafikan semuanya sedap dan SA akan repeat semula nanti. Antara menu yang paling SA suka adalah The Chicken Roulade yang dimasak dengan baik, segar dengan aroma yang menggiurkan. sos tamarind yang menyerlahkan kehebatan menu ini. Satu lagi Prawn Aglio Olio Squid Ink Spaghetti..sebelum ni SA agak pelik dengan warna spaghetti ni tapi bila dah cuba memang sedap.Cukup pedas dan cukup segalanya..Eh...jom la korang SA bawa tengok gambar...
Awas ye...entry ini penuh dengan gambar makanan yang membuatkan korang terliur...sila sediakan tisu di sebelah ye....
Summer Sweet & Sour Slad - Rocket salad with watermelon, mandarin orange, tomatoes, almond flakes and feta cheese crumble in pomegranate reduction
From the Garden Salad
The Chicken Roulade - RECOMMENDED
Nachos for Appetizer
Vine BLT Sandwich
Curried Turkey Sandwich
Prawn Aglio Olio Squid Ink Spaghetti - Prawn toasted with garlic and chilli flakes
BBQ Beef Burger
Fish Parmigiana
Mushroom Pesto Spaghetti - Wild mushroom sauteed with garlic in pesto topped with parmesan cheese
Meat Lova - Lova Pizza
Marinara Pizza
Chocolate Dome merupakan hidangan terbaru Vine Cafe dan belum diperkenalkan secara rasmi kepada pelanggan. hidangan pemanis mulut yang sangat- sangat istimewa. Bukan sebab kesedapannya tetapi lebih kepada presentation yang menarik...SA ada sediakan video sekali ye untuk menu terbaru ini.
Di Vine Cafe bukan sahaja menghidangkan hidangan makanan yang sedap - sedap tetapi juga minuman dan desert yang boleh buat korang jatuh cinta pada suapan pertama..percaya la..sekali SA rasa Strawberry Milkshakes terus jatuh cinta...sedap sangat....jom tengok gambar...
Muesli Triffle
Babycino
Oreo Milkshakes
Strawberry Milkshakes
Organic Jasmine Tea
Organic Rose bud tea
SA menikmati Aglio Olio Squid Ink Spaghetti
SA dan rakan- rakan bloggers
Apa tunggu lagi kawan- kawan....jom ke Vine Cafe..SA sangat- sangat recommended restauran ni...cool place to hang out too..lepak selepas waktu kerja atau dating dengan tersayang di hari minggu...jangan risau restauran ini Pork Free ye...chef pun orang Melayu kita..ingin nikmati makanan yang terbaik, relaxing ambience, good food and value for money..Vine Cafe jawapannya...
Ingin menempah Vine Cafe untuk sebarang Majlis keraian?
jom hubungi :
Vine Cafe
Address :C.031, Concourse Floor, The Starling Mall, Jalan SS21/37, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor 47400
Tel : 03-7662 5996
Open: 10.00am -10.00pm