Wednesday, October 4, 2017

7 Kunci untuk Kekal Sihat dan Cegah Diabetes

Beberapa kajian saintifik telah membuktikan Diabetes Jenis 2 boleh dicegah melalui diet dan gaya hidup yang sihat. Ambil langkah positif untuk memperbaiki kesihatan anda. Mulakan awal, mula hari ini bersama keluarga anda!Mencegah lebih baik dari mengubati...

gambar sumber google.com


Ketahui risiko diabetes anda. 
Adalah lebih baik untuk mengesan dari awal dan mulakan sebarang langkah pencegahan untuk melengahkan permulaan diabetes.

Makan secara sihat.
Amalkan diet sihat yang seimbang, sederhana dan pelbagai. Kurangkan jumlah karbohidrat, lemak (terutama lemak tepu), gula, dan garam dalam diet anda. Ambil lebih buah, sayur dan makanan tinggi serat.

Berhenti merokok.
Perokok mempunyai risiko lebih tinggi terhadap diabetes berbanding mereka yang tidak merokok

Jika anda minum alkohol, hadkan pengambilannya.
Alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan berlebihan berat badan, seterusnya menyebabkan diabetes. Alkohol juga meningkatkan risiko anda terhadap tekanan darah tinggi dan paras trigliserida anda.

Kawal berat badan anda. 
Kekalkan berat badan yang sihat atau berusaha untuk mengurangkan berat badan. Pengurangan berat badan sebanyak 5 hingga 10% akan membantu mengurangkan risiko anda terhadap diabetes (dan penyakit lain yang berkaitan).

Kekal aktif setiap hari. 
Ini membantu anda mengawal berat badan, mengurangkan paras glukosa darah, dan juga boleh memperbaiki tekanan darah dan paras kolesterol anda.

Buat pemeriksaan kesihatan secara tetap. 
Apabila umur anda semakin meningkat, lakukan pemeriksaan berat badan, paras glukosa darah, tekanan darah, dan paras kolesterol darah setiap tahun

24 comments:

  1. Terima kasih SA..panduan berguna..lebih-lebih bila mak ayah ada diabetes..ada sesetengah Dr cakap keturunan..ada Dr lain yang cakap tak semestinya kerana semua bergantung corak hidup kita.Apa2 pun kita usaha dan doa..

    ReplyDelete
  2. makin berumur ni makin kene lebih jaga kesihatan...huhu

    ReplyDelete
  3. diabetes ni dalam diam...tapi, kena check selalu

    ReplyDelete
  4. Bila dah berumur ni lagilah kena jaga makan dan minum.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, saya sudah berhenti merokok, karena sadar bahwa kesehatan itu penting apalagi untuk diri kita dan keluarga :)

    ReplyDelete
  6. betul tu SA...dalam umur 30++ ni kena jaga pemakanan kita...kalau boleh tak nak lah kena diabetes

    ReplyDelete
  7. Bagus info ni. Berguna untuk semua orang tak kita tua atau muda

    ReplyDelete
  8. Jom kak diet. Makan pok choy.hehe. bella malam tadi makan sayur lemak memalam buta. Btw, sekarang memang kena jaga kesihatan baya-baya kita ni. Makan juga supplement tapi tak istoqomah la pulak. Tq atas panduan.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah, setiap 6 bulan saya memang akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan memang saya bersenam juga.

    ReplyDelete
  10. Good tips. Suami cikla pun ada diabetes..

    ReplyDelete
  11. Good tips! Can also take lady's finger. Cut half and soak in cut of water overnight, next morning remove the lady's finger or chop it up... drink the water and eat the raw lady's finger if can.

    ReplyDelete
  12. Yelah kan.... dah semakin tua ni kena jaga berat badan ideal untuk kesihatan. Takut jugak . Mcm mcm penyakit sekarang ni

    ReplyDelete
  13. Tips yg berguna. Bahaya betul penyakit diabetes ni. Risau

    ReplyDelete
  14. Takutnya bila dengar tentang penyakit ini.. dup dap je rasa hati nie.

    ReplyDelete
  15. Bukan sahaja kencing manis...
    semua penyakit kita takut...

    ReplyDelete
  16. Tu la kesihatan ni mmg kena jaga dari awal,kalau dah kena baru nak jaga hurmmm mmg payah la,skrg pun hari2 kena bebel ngan en somi suh kurangkan gula dlm makanan dan minuman huhuuu

    ReplyDelete
  17. Muda-muda Pon boleh kena diabetes ni. Jadi hati-hati semua. Penyakit Tak kenal umur dah sekarang

    ReplyDelete
  18. paling pemakanan tu memang kena jaga..manis-manis tolak tepi.

    ReplyDelete
  19. betul tu kak, kita berhati-hati part ni. Alhamdulillah dari segi genetik, mak ayah tak ada masalah. tapi kena sentiasa berjaga!

    ReplyDelete
  20. Thanks for sharing SA. Makin berumur ni makin kena jaga makan.

    ReplyDelete
  21. Yang penting kena jaga pemakanan

    ReplyDelete
  22. keturunan aida ramai diabetes.
    aida da start jaga dari skang ni, SA.
    cegah sebelum parah.
    medical check up semua ok so far. alhamdulillah...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah