Tuesday, October 3, 2017

Resepi Ikan Selar Goreng Kicap Sedap

Hi korang...

Amenda la SA ni kan...resepi ikan goreng kicap pun nak publish kat blog...hehehe...sebenarnya blog SA ni ramai student yang baca juga..kawan- kawan anak SA pun baca..so diorang boleh jer belajar kan...SA suka je up resepi ringkas dan mudah..yang complicated payah dan ambil masa kan..sebenarnya SA pernah je publish resepi ni...so SA up sekali lagi la bila ada yang tanya...kesian anak- anak kita yang baru nak berjinak- jinak masak kan...kalau lagi simple lagi senang..nanti SA up resepi sambal berlada telur mata..bukan apa budak- budak suka resepi simple macam tu..nak plak anak- anak remaja yang parent bekerja..tak sempat nak sediakan makanan kan...so resepi simple macam ni boleh membantu..

Am i right?



Resepi Ikan Selar Goreng Kicap


Bahan- bahan

  1. 2 ekor ikan selar - bersihkan dan garam kunyitkan macam biasa
  2. 2 ulas bawang putih - hiris*
  3. 2 ulas bawang kecil - hiris*
  4. 1 biji bawang besar - hiris bulat*
  5. 3/4 capsicum merah - hiris memanjang
  6. Kacang peas (ye ke?) - 5-6 biji
  7. 3/4 batang celery - hiris
  8. Halia - hiris halus*
  9. cili api- hiris/ ketuk ikut suka*
  10. 2 sudu sos tiram*
  11. Kicap
  12. sedikit air

Cara- cara masak

  1. Ikan di goreng garing
  2. tumis bahan bertanda *
  3. masukkan bahan no 5- 7
  4. masukkan kicap
  5. masukkan air..
  6. biarkan seketika kemudian masukkan ikan
  7. gaul sampai sebati
  8. tutup api dan dah siap..
  9. sedia dihidang makan dengan  nasi panas2
Selamat mencuba ye anak- anak...yang bukan anak- anak pun boleh cuba resepi ni....

13 comments:

  1. sedapnyaaaa....lina pun suka ikan selar masak kicap....

    ReplyDelete
  2. Aritu masak gk ikan selar masak kicap tp belah 2 sbb beso ikannya

    ReplyDelete
  3. Lauk ni memang win SA weh. Balik kerja, masak simple macam ni sure satu rumah makan sampai licin.
    SA shopping ikan kat Kuala Sg Baru lagi ke?

    ReplyDelete
  4. fav Iris ni...tapi dia nak tok umi dia jer masak. sbb kalau ayu yg masak, dia kata tak sedap. he he he

    ReplyDelete
  5. sedapnya.. ni makanan faveret saya ni. TQ SA share resipi ni

    ReplyDelete
  6. Ikan apa2 kalo buat msak kicap mmg win SA, Kat tadika pun kalo Hari menu ikan masak kicap budak makan bertambah2.

    ReplyDelete
  7. Simple tp tu lah yang mengancam.

    ReplyDelete
  8. sedap masak kicap. nak masak pun mudah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah