Friday, February 8, 2019

Random Photo #11

Hi korang...

Bertabah la ye...random photo kali ni banyak gambau makanan...ampunkan beta..hahahaha...dalam handphone banyak gambo makanan la..nak buat cane..blogger kaki masak macam ni la..harap korang bertabah la ye...SA nak delete semua gambar tu dari hp SA..so tepek jer la kat sini as long as ada entry nak buat kan..hari ni Jumaat so rasanya ni la entry last utk hari ni...mood kelaut dalam tapi paksakan jugak...memandangkan SA nyer mood kelaut..SA goda mood korang tengok lauk pauk dan beberapa random photo yang ada dalam hp SA...ada jer task review tapi lambat lagi deadline..hahaha..

Kalau cuti kerja SA masak...masak...dan masak..tak semua la SA masak..ada jer yang abah SA masak..see...abah SA pun sekarang dah jadi tukang masak kat rumah...jom tengok gambar...


Ikan Baung Masak Lemak Cili Api Tempoyak


Sambal belacan guna Asam Jawa Adabi


SA goreng belacan, cili api dan cili besar then tumbuk...dah tu campur asam jawa Adabi..letak air panas skit...sedap plak..


Sambal Ayam 


Ulam pucuk selom cicah belacan..


Ayam kampung masak lemak cili api campur pucuk pegaga


Ayam panggang..resepi adik ipar...


Ayam kurma abah masak untuk cucu kesayangan dia Dania


Masak Lemak Cili Api Ikan Tilapia abah masak..ikan tu abah pancing


Nasi goreng kampung takde sayur


Nasi goreng cili api


Roti sosej cheese


Nasi goreng kampung lagi


Sambal ikan bilis petai


Opick yang kaki mengekor jer sekarang..pantang gril buka..dia meluru je laju nak keluar rumah


Tengok la gaya dia tu...silang panggung...


Masa kenduri kahwin kawan office SA...


Dating ngan Paris Hilton Malaysia ni...


Lipstick baru lagi...tapi x suka sangat tekstur dia..


Choc roll & white choc roll anak dara la mintak beli ni..


Nampak tak entiti tu?


Sikembar panggil Iguana, hahahaa...sebenarnya mengkarung


Bunga raya..snap masa tengah brisk walk area taman perumahan...cantik kan?


pssttttt...try n error nescafe o panas...so far blom lulus lagi sebab SA diserang angin petang semalam


Maggi Goreng kat Kayu Nasi Kandar 


tapau 4 Finger alal carte...standby untuk dinner..meratah ngan housemate...


Haaaaa....

Setakat itu jer la random photo untuk minggu ni...harap korang tak boring ye...SA mengalami kemalasan melampau sekarang nak update blog...minggu ni nak cari bahan..dan nak cari juga hadiah untuk top komentator Feb 2019...tengah fikir nak hadiahkan apa plak kali ni...

Thursday, February 7, 2019

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada...

Hi korang,

Mereput la kat office hari ni..ramai masih sambung cuti lagi..amboi melampau tau diorang..mengalahkan diorang yang beraya plak...memandangkan tengah takde idea nak up entry apa..terpandang dalam draft ada gambar ni..rasanya tak up lagi citer ni..ikutkan dah banyak kali share dah ni...konsep pun sama je...korang baca la eh..kalau nak cba versi SA masak kira satu bonus dah tu...






Menu


  1. Ikan Keli 2 ekor potong 3 bahagian
  2. bawang merah 4 ulas
  3. bawang putih 4 -5 ulas
  4. cili api 20 biji
  5. sos ikan  - 1 sudu besar
  6. Sos tiram 2 sudu besar
  7. Bawang besar - 1 labu - hiris


cara memasak


  1. lumurkan ikan keli dengan kunyit dan goreng dalam minyak yang panas. Angkat dan asingkan apabila dah garing
  2. bahan 2-4 tumbuk hancur
  3. tumis bahan 2-5 sehingga naik bau
  4. masukkan sos tiram..
  5. biarkan sampai garing sikit..
  6. masukkan ikan dan gaulkan
  7. tak perlu letak garam sebab sos tiram dah masin dah


Dah siap...sesuai dihidangkan ketika panas...bertambah-tambah korang makan nasi...tapi ingat..makan jangan melampau sangat...ikut macam SA...nasi je sesenduk...selebihnya lauk....sayur jangan lupa ye...sayur kan penting...

okey la...selamat mencuba...

kalau sedap boleh share kat blog korang...tak sedap...jangan salahkan SA...lain orang lain caranya kan....hehehehe...


Eh..eh...tersesat plak satu lagi resepi kat bawah ni...itu lauk adik SA berpantang...gorengkan aje ikan siakap tu, dia request garing skit..pas tu goreng garing halia dan bawang putih, taburkan aje atas ikan siakap tu...Orang tak berpantang pun teruja nak makan kan? Jangan korang bagi orang berpantang makan ikan keli berlado plak..ikan ada sengat tak boleh kata orang tua- tua kan..

Tuesday, February 5, 2019

Pekena Nasi Daun Pisang Shobana's Kerala Kitchen

Hi korang....

Semalam kan SA kerja...hanya 4 orang jer kerja dan sarapan pagi SA keluar pi Kayu Nasi Kandar pekena roti canai...then tengahari big boss belanja makan tengahari kat Shobana's Kerala Kitchen. Hurm apa yang menarik? Shobana's menyajikan masakan india dan the best part kami kami makan Nasi alas daun pisang...menarik kan...cumanya SA segan nak amik gambar depan boss...dapatlah beberapa keping gambar..ini pun dh cukup kan...sebenarnya SA dh lama x makan nasi daun pisang..last makan last year kot rasanya...

Jom la tengok gambar...kat sini ada 2 jenis nasi kalau x salah, satu nasi beras biasa dan dan satu lagi beras perang. Boss SA suggested makan beras perang sebab xde kanji dan x menggemukkan katanya...menarik...


Kari ayam


Mutton


Ikan tenggiri salai


colleague SAm..Hilmi


Boss kecik pun ikut


nampak x tekstur beras perang tu? tak sama macam nasi biasa


Best tak?Best la...masakan dari Kerala, India dan dan memang sangat sedap...tak sama sama macam masakan indian Malaysia..kalau nak tahu SA memang suka masakan india sebab mereka x guna santan, mereka guna susu kan..lepas tu cili diorang guna serbuk cili di samping rempah ratus..India kan terkenal dengan rempah ratus..memang sedap...SA suka masala ayam dan kambinkambing diorang...sedap sangat..dan yang nyata masakan mereka takde MSG..rasa sihat je..masakan Kerala ni sedikit pedas..SA ada cuba juga sambal ikan bilis dan kkelapa yang di tumbuk garing..dan ada acar timun juga..cuma acar timun tu di letakkan yogurt..sedap...

Korang nak cuba?nanti google aje Shobana's Kerala Kitchen PJ..tak jauh pun..atas sikit dari Pantai Dalam dan berdekatan dengan Raju's

Resepi Tomyam Putih Menggunakan Pes Tomyam Putih Adabi

Hi korang...

Sabtu malam lepas SA masak tomyam putih, tekak rasa nak makan tomyam plak..mulanya ingat nak beli pes tom yam Kung keluaran Adabi, tetiba ternampak plak pes tomyam putih Adabi terus je beli 2 packet. SA kalau dah teringin tu memang la akan bersungguh- sungguh buat..cuma yang tak bestnya sotong takde plak kat pasaraya Zemart area rumah SA tu. Ada udang dan ayam je..boleh la dari takde kan..ayam pun SA amik bahagian kepak je...potong2 kecik..



Resepi Tomyam Putih Menggunakan Pes Tomyam Putih Adabi

Bahan- bahan

  1. Kepak ayam  - 5-6 keping ( dipotong kecil)
  2. Udang  - 10 ekor
  3. Bawang putih 4 ulas - cincang halus
  4. Bawang merah 3 ulas - diracik halus
  5. Bawang besar - 1 biji - potong kasar
  6. Perencah Tomyam Putih Adabi - 2 packet
  7. Cendawan tiram 1 paket - carik 2 shj
  8. Cauliflower 3/4 - hiris nipis
  9. Daun ketumbar
  10. Daun limau purut
  11. Serai 3 batang - diketuk
  12. Cili padi  - potong kasar
  13. 1 batang celery - potong2 kasar
  14. 1 batang carrot - potong bulat
  15.  Limau nipis sebiji ambil jusnya
Cara masak

  1. Tumis bahan 3-5 sampai naik bau
  2. Masukkan ayam dahulu, biarkan seketika, udang masuk lambat sikit supaya tak overcooked
  3. Masukkan serai dan daun limau purut, masukkan air sampai setengah periuk
  4. Masukkan perencah tomyam putih Adabi 2 packet dan biarkan merenih...
  5. Dah menggelegak masukkan carrot, celery, cili padi,cauliflower, daun Ketumbar dan cendawan tiram
  6. Masukkan udang
  7. Masukkan jus limau nipis
  8. Perasakan garam
  9. Biarkan menggelegak seketika..
  10. Siap
Siap dah...senang kan nak buat...mak cakap campak- campak jer bahan..nak makan begitu sahaja pun boleh, nak makan dengan nasi boleh dan celur mee kuning atau bihun makan ngan tomyam ni pun boleh...rasanya? sedap la..tak yah pening- pening nak buat ikut style kedai tomyam. Guna perencah Adabi pun sedap..rasanya sama je..korang cuba la..best sangat....

Perencah keluaran  Adabi sememangnya menjadi pilihan SA....

Monday, February 4, 2019

Anugerah Juara Lagu 33- Keputusan Penuh

Hi korang...

SA tak tengok habis Juara Lagu 33 malam semalam sebab SA perlu tido awal sebab hari ni SA kerja. Yeee....SA kerja uollss hari ni...so tak tengok habis la AJL33. Sempat peserta pertama dengan kedua je..pas tu..SA naik atas tido..dulu masa muda- muda sanggup tunggu sampai habis..pas tu susah nak tido sebab teruja kan..nasib baik dah usia senja- senja ni minat dah tak ke arah tu..hahaha..pagi ni SA google je siapa pemenang..kalau free nanti nak tengok ulangan kat you tube je..

Berikut merupakan keputusan penuh AJL33..


Juara: 
Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah


Naib Juara: 
Bunga- Ara Johari


Tempat ketiga: 
Sampai Bila - Misha Omar


Vokal Terbaik: 
Misha Omar


Persembahan Terbaik: 
Sufian Suhaimi

Photo credit to google.com


Hadiah Anugerah Juara Lagu Ke 33

Lagu Terbaik - Rm 50,000 + Trofi

Kedua Terbaik - Rm 35,000 + Trofi

Ketiga Terbaik - Rm 20,000 + Trofi

Vokal Terbaik - Rm 12,000 + Trofi

Persembahan Terbaik - Rm 12,000 + Telefon Bimbit Samsung A9 + Trofi


Tahniah buat semua pemenang..yang lain- lain tu memang patut menang cuma SA x faham yang tempat kedua tu macam mana boleh menang, nyanyi pun kelaut..erm..kriteria macam mana yang juri tentukan erk..apapun..dah lepas dah kan..tak perlu dipertikaikan...SA sebak tengok persembahan Sufian Suhaimi..persembahan dia tu memang sampai ke hati semua orang...pihak yang satu lagi tu kalau x leh move on sila senyap..tak pasal- pasal kena kecam...

Review | Neil Armayan Revesol Alternatif Terbaik Dari Botox

REVESOL KRIM PEMBALIKAN USIA PELBAGAI FAKTOR DENGAN PENGHIDRATAN...LEBIH BAIK DARI BOTOX


Wanita dan kecantikkan adalah seperti kawan karib, bagai isi dan kuku dan memang sentiasa menjadi keutamaan dalam kehidupan.Pertambahan usia merupakan satu keadaan yang menakutkan bagi setiap wanita. Bermula lah mimpi ngeri apabila kesan- kesan penuaan mula muncul pada kulit wajah. Adakala kekangan masa menyebabkan wanita culas memberi perhatian pada kesihatan wajah.Faktor-faktor alam sekitar dan fisiologi adalah dua laluan utama yang menyebabkan kedutan dan garisan muka. Di luar sifat genetik yang diwarisi, pencemar alam sekitar, pendedahan UV yang berlebihan, diet yang tidak sihat, merokok dan tekanan dapat mengurangkan keupayaan kulit untuk memperbaiki dan memulihkan. Mekanisme molekul dalam penuaan kulit disebabkan oleh degradasi polipeptida elastin dan matriks lipid, dan masalah yang berkaitan dengan konformasi kolagen.



Baru- baru ini SA diperkenalkan dengan satu produk dari Korea iaitu Neil Armayan Revesol. Neil Armayan Revesol dirumuskan secara klinikal sebagai krim pembalikan usia pelbagai faktor yang amat berkuasa. Maknanya wanita di usia awal 40 an macam SA ni sesuai gunakan untuk kelihatan muda. Pertama sekali, ia diberi sentuhan PhytocellTec™ Malus Domestica yang bukan sahaja melindungi tetapi juga memperbaiki sel induk semula jadi kulit dan fungsi yang berkaitan. Ia secara langsung melawan proses penuaan dengan mengoptimumkan prestasi sel induk kulit anda.



Neil Armayan Revesol merupakan alternatif yang lebih baik daripada Botox dengan komponen pelembab dan perlindungan UV. Kebaikan tambahan termasuk ciri antikulat, anti keradangan dan pengurangan jerawat. Pendekatan bersifat holistik ini terhasil daripada penyelidikan bertahun-tahun dan kajian terperinci terhadap maklum balas daripada wanita seluruh dunia.



Pengalaman SA setelah 3 minggu menggunakan Neil Armayan Revesol. SA gunakan setiap pagi dan malam. Waktu pagi SA akan gunakan selepas bersihkan muka dan sebelum menggunakan make up. SA gunakan pada seluruh wajah dan biarkan ianya menyerap ke dalam kulit. Then baru SA gunakan mekap. Kalau dulu kulit muka SA agak kusam, kini ianya makin berseri- seri. Kawan- kawan pun ada yang tanya SA guna produk apa. Then SA jawab Neil Armayan Revesol la....hehehe...alhamdulillah SA sangat puas hati dengan keberkesanan produk ni. SA percaya dengan sentuhan PhytocellTec™ iaitu stem cell dari buah apple mampu merawat kulit muka wanita di Asia.








Sepanjang 3 minggu SA gunakan Neil Armayan Revesol yang sangat best ini, SA dapati kulit muka SA makin anjal..jerawat dan kesan- kesan jerawat makin pulih walau tidak hilang sepenuhnya..bagusnya produk ini ia mampu membuatkan SA berasa yakin untuk tidak menggunakan mekap apabila di rumah dan juga sebagai base make up juga. Korang tak perlukan suntikan botox untuk kulit yang sentiasa anjal dan kelihatan lebih muda..cukup dengan Neil Armayan Revesol, gunakan secara berterusan dan lihatlah hasilnya...walaupun harga sedikit tinggi tapi masih berpatutan..bak kata orang tua- tua..alah membeli menang memakai kan? SA sangat- sangat rekomen pada korang..


9 Kebaikkan Krim Pembalikan Usia Pelbagai Faktor Dengan Penghidratan Revesol

  1. Melewatkan penuaan sel
  2. Perlindungan dipertingkat dan pemulihan fungsi sel induk kulit
  3. Meningkatkan Vitaliti dan meremajakan sel-sel kulit
  4. Ciri Pelembap Yang Luar Biasa
  5. Sangat berkesan melawan kedutan dan garis halus
  6. Mengurangkan keradangan dan pembentukan jerawat
  7. Mengelakkan liang tersumbat dan memberikan ruang pertumbuhan sel baru
  8. Memberi perlindungan nominal terhadap sinaran ultraviolet matahari
  9. Ciri- ciri antikulat.

Bahan- bahan
Ethylhexyl Palmitate, Silica Dimethyl Silylate, Butylene Glycol, Sodium Hyaluronate, Saccharomyces Lysate, Corn Starch Modified, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Malus Domestica Stem Cell, Salicylic Acid, Acacia Senegal Gum, Acetyl Hexapeptide-8, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil.

Arahan penggunaan
Sapu pada wajah anda setiap pagi dan malam selepas pembersihan dan pengetonan wajah. Urut perlahan- lahan pada kulit muka anda. Biarkan krim menyerap sepenuhnya kedalam kulit.

Harga : RM319

Neil Armayan Revesol  Di pasarkan di Korea, Malaysia, Thailand Dan Vietnam

Berminat?


Sunday, February 3, 2019

Selamat Pengantin Baru Ruzalia & Faisal 2 February 2019

Hi korang...

Sekejap aje aje kita dh di bulan February 2019 kan..rasanya macam baru je sambut tahun baru..permulaan Feb 2019 SA sempat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kawan office SA dan kebetulan majlis diadakan betul2 kat dewan area rumah SA...dekat je dan boleh la datang..selalu jauh2 majlis kahwin kawan-kawan office. Sebab tu SA x dapat join..sampai Dania cakap...mama ni ni kan..kalau kenduri sedara mara tak nak pergi pun..kalau kawan dia kahwin..mesti nak pergi...ye la kakak...kalau kenduri sedara mara mama menyampah nak hadap soalan cepu emas...kalau pergi kenduri yang ni..mama takde kena soal macam-macam...

Ramai gak kawan office yang SA jumpa semalam..ada la yang datang lambat dan SA x dapat jumpa...siap jumpa COO lagi....relax je dia datang sorang-sorang bawak diri...










Selamat pengantin baru buat Ruzalia dan pasangan...doa SA semoga kekal bahagia hingga ke jannah...

Ramai dah dah kawan-kawan office menamatkan zaman bujang..SA blom lagi menamatkan zaman menjanda..hahaha...apa ada hal kan...ada jodoh...ada la..kalau takde...nak buat macam mana...sebab ni la SA malas nak pergi kenduri sedara mara..kalau pergi pun biasa SA elak dari terserempak dengan sedara mara..malas nak bertembung...x suka kena soal macam-macam nanti.. especially bab jodoh ni..pelik..diorang plak yang terlebih risau kan...SA relax je...mak mak abah pun ok je....

Friday, February 1, 2019

Pengumuman Pemenang Top Komentator January 2019

Hi korang...

Amboi..sengit betul la contest top komentator kali ni..last minute ada nama lain plak yang menerajui tempat teratas...buat yang kurang bernasib bernasib baik..jangan putus asa...cuba lagi untuk February 2019



Dengan itu...hari ini tiba masa SA umumkan pemenang utama Top Komentator January 2019 adalah IKA.S

Tahniah buat Ika.S, SA x pasti orangnya yang mana satu..tapi takpe..nanti dia dah dapat hadiah SA mohon agar pemenang pemenang dapat selfie dengan hadiah SA bagi dan buat satu entry simple dan letakkan hyperlink blog SA www.suriaamanda.com...Ika.S boleh email details kat SA di suriaamanda@yahoo.com .

Untuk itu SA tutup contest Top Komentator January 2019 dan buka semula contestTop Komentator February 2019 ..kita cari pemenang seterusnya....

10 Pilihan Tempat Makan Terbaik Di Ipoh

Nikmati hidangan lazat & pengalaman pembayaran tanpa tunai dengan aplikasi e-dompet ‘homegrown’ Boost 


Apabila bercakap mengenai hidangan tempatan popular dalam negara ini, Ipoh kini menjadi salah satu destinasi pilihan sama ada dalam kalangan pelancong tempatan mahupun asing. Daripada nasi ayam, hor fun dan taugeh yang terkenal, bandaraya Ipoh kini menjadi tuan rumah kepada pelbagai kulinari tradisional, hidangan ikonik dan tempat makanan yang tersembunyi.

Nikmati pengalaman merasai hidangan di Ipoh di 10 tempat-tempat pilihan Halal terbaik menggunakan pembayaran tanpa tunai yang mudah dan selamat menggunakan aplikasi e-dompet ‘homegrown’ Boost dengan pulangan tunai daripada “Shake Rewards” selepas membuat pembayaran untuk setiap hidangan.


1. Miker Padang Ipoh
Sebuah kafe hipster yang terletak di Padang Ipoh, Miker terkenal dengan hidangan Tom Yum dalam Kelapa dan piza-piza unik seperti Crazy Cheese, Crazy Meat dan Ultimate Kampung yang mempunyai cili padi dan ikan bilis. Pilihan masakan Barat seperti cop kambing (lamb chop) dan ayam keju dipanggang juga disukai ramai. 


gambar dari google.com

Alamat: Jalan Padang, 30020 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 5.00 PTG hingga 12.00 TGH MLM. Ditutup pada hari Isnin


2. Char Kuey Teow Abang Sayang

Gambar dari google.com

Char kuetiau yang dihidang di Abang Sayang bukan sekadar char kuetiau biasa. Kuetiau di sini dimasak dengah kuah istimewa “Abang Sayang serta udang besar. Sekali rasa, anda tidak lagi akan makan char kuetiau biasa. Mereka turut menawarkan hidangan lain termasuk Nayi Ayam, Bihun Sup dan Sate. 
Alamat: No. 25, Jalan Meru Bestari A14, Medan Meru Bestari
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari kecuali Selasa, 4.00 PTG – 1.00 PG

3. Restoran Warteg Ipoh

sumber google.com

Terletak di dalam salah satu bangunan tertua di Ipoh, warung moden ini menawarkan kaki makan pelbagai pilihan hidangan yang diinspirasikan oleh rasa masakan Jawa. Hidangan yang wajib dicuba adalah Ketam Raja dan Lobster dimasak gaya Jawa ala shellout. Selain makan laut segar, cubalah nasi uduk dan kacang pol versi Warteg. 

Alamat: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 4.00 PTG – 1.00 PG, ditutup pada hari Isnin

4. Restoran Nasi Vanggey

sumber google.com

Nasi Vanggey menjadi ikon makanan di Ipoh sejak tahun 1955. Dihidangkan dengan nasi putih dan ayam goreng bersama-sama pilihan hidangan sampingan lain yang menggiurkan serta ditambah kuah signature – ini adalah kombinasi terbaik. Walaupun terdapat cawangan di KL, kami masih cadangkan anda mencubanya di Ipoh, tempat asalnya.

Alamat: 5-A Lebuh 1, Pusat Perniagaan Greentown
Waktu Perniagaan: Dibuka 24 jam, 7 hari seminggu 

5. Canning Dim Sum

sumber dari google.com

Pilihan popular untuk sarapan pagi dan tengah hari, restoran dim sum Halal ini menyediakan dim sum yang amat lazat dan mempunyai 50 pilihan untuk dinikmati. Salah satu hidangan paling popular ialah Lau Sa Pau dengan 5 rasa enak – telur asin, bijan hitam, teratai, coklat dan keladi.

Alamat: No. 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh
Waktu perniagaan: 6.30 PG – 2.00 PTG. Ditutup pada hari Rabu

6. Labu Sayong Café
Kafe menawan ini menyajikan masakan asli dan tradisional Melayu Perak termasuk hidangan seperti Ikan Purba Kala Sayong dan Rusuk Kambing Tongkat Ali. Jika anda mencari tempat untuk memuaskan citarasa masakan Melayu tradisional,  Labu Sayong Café adalah tempat untuk dikunjungi.

Alamat: F2, Kompleks Silveritage Galleria, Medan Gopeng, 31350 Ipoh
Waktu Perniagaan: Hari bekerja: 10.00 PG – 10.00 MLM
Hujung Minggu dan hari sebelum Cuti Umum: 10.00 PG – 11.00 MLM

7. Assam House
Memenangi hati penduduk tempatan lebih dari 26 tahun, Assam House adalah salah satu restoran Nyonya paling popular di Ipoh. Sajian istimewa mereka yang wajib dicuba ialah Kari Kepala Ikan dan Nyonya Lucky Platter.

Alamat: 2 & 2A, Medan Gopeng 2, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 31350 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu perniagaan: 11.30 PG – 3.00 PTG / 6.00 PTG – 10.00 MLM

8. Rojak dan Cendol Padang Ipoh
Untuk mereka yang menggemari rojak dan cendol, ada yang mengatakan tempat ini adalah pilihan terbaik di bandaraya Ipoh. Kaki makan pasti akan memesan Cendol Durian dan Pulut yang popular, dinikmati bersama Rojak Pasembor, Mi Rebus dan Mi Goreng.

Alamat: No. 17, Jalan Tun Sambanthan 30020 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan: 10.00 PG – 8.00 MLM

9. Zul Yahya Steamboat
Penggemar stimbot wajib ke restoran ini bagi menikmati stimbot dan BBQ gaya bufet. Restoran Zul Yahya Steamboat merupakan syurga pemggemar makanan stimbot kerana mereka menawarkan pelbagai pilihan makanan sama ada dibuat BBQ atau dimasak dalam sup istimewa mereka.

Alamat: No.1, 1b, Jalan Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari pukul 10.00 PG – 12.00 TGH MLM

10. Restoran Fuziah
Restoran Fuziah Nasi Ayam atau lebih dikenali sebagai Nasi Ayam Pasar Bulat digemari penduduk setempat sejak tahun 1980-an. Hidangan popular ini berasaskan nasi beras wangi dimasak dengan minyak lemak ayam serta ayam panggang digoreng garing bersama campuran sos soya sedikit manis amat dinikmati oleh semua. 

Alamat: 78, Jalan Mustapha Al-Bakri, 30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: 11.30 PG – 10.30 MLM


Muat turun aplikasi Boost di Google Play Store atau App Store hari ini dan nikmati pengalaman pembayaran tanpa tunai dengan ganjaran segera berbentuk pulangan tunai.


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah