Tuesday, February 5, 2019

Resepi Tomyam Putih Menggunakan Pes Tomyam Putih Adabi

Hi korang...

Sabtu malam lepas SA masak tomyam putih, tekak rasa nak makan tomyam plak..mulanya ingat nak beli pes tom yam Kung keluaran Adabi, tetiba ternampak plak pes tomyam putih Adabi terus je beli 2 packet. SA kalau dah teringin tu memang la akan bersungguh- sungguh buat..cuma yang tak bestnya sotong takde plak kat pasaraya Zemart area rumah SA tu. Ada udang dan ayam je..boleh la dari takde kan..ayam pun SA amik bahagian kepak je...potong2 kecik..



Resepi Tomyam Putih Menggunakan Pes Tomyam Putih Adabi

Bahan- bahan

  1. Kepak ayam  - 5-6 keping ( dipotong kecil)
  2. Udang  - 10 ekor
  3. Bawang putih 4 ulas - cincang halus
  4. Bawang merah 3 ulas - diracik halus
  5. Bawang besar - 1 biji - potong kasar
  6. Perencah Tomyam Putih Adabi - 2 packet
  7. Cendawan tiram 1 paket - carik 2 shj
  8. Cauliflower 3/4 - hiris nipis
  9. Daun ketumbar
  10. Daun limau purut
  11. Serai 3 batang - diketuk
  12. Cili padi  - potong kasar
  13. 1 batang celery - potong2 kasar
  14. 1 batang carrot - potong bulat
  15.  Limau nipis sebiji ambil jusnya
Cara masak

  1. Tumis bahan 3-5 sampai naik bau
  2. Masukkan ayam dahulu, biarkan seketika, udang masuk lambat sikit supaya tak overcooked
  3. Masukkan serai dan daun limau purut, masukkan air sampai setengah periuk
  4. Masukkan perencah tomyam putih Adabi 2 packet dan biarkan merenih...
  5. Dah menggelegak masukkan carrot, celery, cili padi,cauliflower, daun Ketumbar dan cendawan tiram
  6. Masukkan udang
  7. Masukkan jus limau nipis
  8. Perasakan garam
  9. Biarkan menggelegak seketika..
  10. Siap
Siap dah...senang kan nak buat...mak cakap campak- campak jer bahan..nak makan begitu sahaja pun boleh, nak makan dengan nasi boleh dan celur mee kuning atau bihun makan ngan tomyam ni pun boleh...rasanya? sedap la..tak yah pening- pening nak buat ikut style kedai tomyam. Guna perencah Adabi pun sedap..rasanya sama je..korang cuba la..best sangat....

Perencah keluaran  Adabi sememangnya menjadi pilihan SA....

16 comments:

  1. Malam tadi baru buat tomyam tapi yang merahlah.. resepi campak2 je.. Hehehe..

    ReplyDelete
  2. suka tomyam putih lagi dari yang oren tu. tapi CT bukan peminat tomyam hehe..
    suka letak cendawan banyak2 kan. ni kalo hari hujan hirup ni sedap ni =D

    ReplyDelete
  3. Alahai kak, mengundang kelaparan ni. Hihihi.
    Ada rupanya pes tomyam putih eh, baru tau.
    Pernah makan tomyam putih ni kat Man Tom Yam, jalan nak pi Jelebu tu je.
    Susah nak jumpa, skang dah boleh buat sendiri. Yahooo...

    ReplyDelete
  4. saya pun tak pernah tau ada pes tom yam putih ni..saya pun tak pernah lagi masak tom yam putih..tengok kak masak nampak menyelerakan..sedap

    ReplyDelete
  5. Saya tom yam ni .. buat ratah pn jalan je kak hehe.

    ReplyDelete
  6. tomyam putih fav juga tp tk pernh guna pes ni...sedap ni hirup

    ReplyDelete
  7. OOO..ada pes dia sendiri ye. Tak tahu pun. Tapi sedap tu.. masam² alahaiii terliurlah pula

    ReplyDelete
  8. Memang sedap sesekali kena tomyam ni

    ReplyDelete
  9. Pernah buat guna thai punya pes serbuk. Belum pernah cuba guna pes adabi utk tom yam putih. Sedap nya tomyammm!

    ReplyDelete
  10. Nani pun selalu guna perencah tomyam adabi ni lah, senang bila ada pes macam ni.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak.. tumis tu guna minyak sikit je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..letak minyak skit...klau tak nak tumis takpe..leburkan aje dalam air dan gaul sebati...

      Delete
  12. Sedap sgt bila dah guna pes nii🥰😋

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah