Tuesday, February 5, 2019

Pekena Nasi Daun Pisang Shobana's Kerala Kitchen

Hi korang....

Semalam kan SA kerja...hanya 4 orang jer kerja dan sarapan pagi SA keluar pi Kayu Nasi Kandar pekena roti canai...then tengahari big boss belanja makan tengahari kat Shobana's Kerala Kitchen. Hurm apa yang menarik? Shobana's menyajikan masakan india dan the best part kami kami makan Nasi alas daun pisang...menarik kan...cumanya SA segan nak amik gambar depan boss...dapatlah beberapa keping gambar..ini pun dh cukup kan...sebenarnya SA dh lama x makan nasi daun pisang..last makan last year kot rasanya...

Jom la tengok gambar...kat sini ada 2 jenis nasi kalau x salah, satu nasi beras biasa dan dan satu lagi beras perang. Boss SA suggested makan beras perang sebab xde kanji dan x menggemukkan katanya...menarik...


Kari ayam


Mutton


Ikan tenggiri salai


colleague SAm..Hilmi


Boss kecik pun ikut


nampak x tekstur beras perang tu? tak sama macam nasi biasa


Best tak?Best la...masakan dari Kerala, India dan dan memang sangat sedap...tak sama sama macam masakan indian Malaysia..kalau nak tahu SA memang suka masakan india sebab mereka x guna santan, mereka guna susu kan..lepas tu cili diorang guna serbuk cili di samping rempah ratus..India kan terkenal dengan rempah ratus..memang sedap...SA suka masala ayam dan kambinkambing diorang...sedap sangat..dan yang nyata masakan mereka takde MSG..rasa sihat je..masakan Kerala ni sedikit pedas..SA ada cuba juga sambal ikan bilis dan kkelapa yang di tumbuk garing..dan ada acar timun juga..cuma acar timun tu di letakkan yogurt..sedap...

Korang nak cuba?nanti google aje Shobana's Kerala Kitchen PJ..tak jauh pun..atas sikit dari Pantai Dalam dan berdekatan dengan Raju's

11 comments:

  1. oooh mai.. !! mutton masak kicap ke tu ? kalo x pun tapi nampak menggoda sangt haih.
    lama x makan kambing. ayam dia pun !! huurm.. bila nak sampai sini ni..

    ReplyDelete
  2. Nasi daun pisang is my fav, setakat ni belum jumpa lagi yg offer beras perang, kebanyakannya nasi putih biasa selambak terus dia bagi 😂😂😂

    ReplyDelete
  3. Menarik menu dia. Saya jarng makan masakan India. Nt boleh try sini

    ReplyDelete
  4. sedap tu nasi daun pisang..lama tk mkn

    ReplyDelete
  5. Macam best je. Tak pernah lagi makan nasi atas daun pisang.

    ReplyDelete
  6. wah laparnya tgk gambar. haah lah beras perang tu nampak lain

    ReplyDelete
  7. Pedas tak rasa rempah dia tu SA?? Tapii bau dia cnfm perghhh sedap

    ReplyDelete
  8. Nyummss..biasa mkn dkt nirwana aje

    ReplyDelete
  9. Yummy! Naai daun pisang memang sedap.. Terliur pulak tengok lauk-pauk kat atas tu..hehe..

    ReplyDelete
  10. Terliur lagi tengok nasi daun pisang ni. Kari ayam tu nampak pekat betul, teringinnya nak rasa.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah