Thursday, February 7, 2019

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada...

Hi korang,

Mereput la kat office hari ni..ramai masih sambung cuti lagi..amboi melampau tau diorang..mengalahkan diorang yang beraya plak...memandangkan tengah takde idea nak up entry apa..terpandang dalam draft ada gambar ni..rasanya tak up lagi citer ni..ikutkan dah banyak kali share dah ni...konsep pun sama je...korang baca la eh..kalau nak cba versi SA masak kira satu bonus dah tu...






Menu


  1. Ikan Keli 2 ekor potong 3 bahagian
  2. bawang merah 4 ulas
  3. bawang putih 4 -5 ulas
  4. cili api 20 biji
  5. sos ikan  - 1 sudu besar
  6. Sos tiram 2 sudu besar
  7. Bawang besar - 1 labu - hiris


cara memasak


  1. lumurkan ikan keli dengan kunyit dan goreng dalam minyak yang panas. Angkat dan asingkan apabila dah garing
  2. bahan 2-4 tumbuk hancur
  3. tumis bahan 2-5 sehingga naik bau
  4. masukkan sos tiram..
  5. biarkan sampai garing sikit..
  6. masukkan ikan dan gaulkan
  7. tak perlu letak garam sebab sos tiram dah masin dah


Dah siap...sesuai dihidangkan ketika panas...bertambah-tambah korang makan nasi...tapi ingat..makan jangan melampau sangat...ikut macam SA...nasi je sesenduk...selebihnya lauk....sayur jangan lupa ye...sayur kan penting...

okey la...selamat mencuba...

kalau sedap boleh share kat blog korang...tak sedap...jangan salahkan SA...lain orang lain caranya kan....hehehehe...


Eh..eh...tersesat plak satu lagi resepi kat bawah ni...itu lauk adik SA berpantang...gorengkan aje ikan siakap tu, dia request garing skit..pas tu goreng garing halia dan bawang putih, taburkan aje atas ikan siakap tu...Orang tak berpantang pun teruja nak makan kan? Jangan korang bagi orang berpantang makan ikan keli berlado plak..ikan ada sengat tak boleh kata orang tua- tua kan..

15 comments:

  1. sedapny akak, kami kerja juga. tp tak boleh kerja. sebab feng sui. Esok baru boleh kerja. Hari ni dtg ofis just attendance aje :)

    ReplyDelete
  2. kecurnya tgk menu ni....dpt buat buka puasa syok ni..tp apakan daya dlm mimpi je la hehe

    ReplyDelete
  3. Masuk blog SA ni kena masa kenyang, kalau lapar memang menahan jer la. Suka makan ikan keli goreng cili.

    ReplyDelete
  4. sedap nya kak. tq sebab share resipi ni

    ReplyDelete
  5. Sedapnya keli masak berlada. Nyum2!! hehe

    ReplyDelete
  6. dua2 saya suka makan sampai nasi terbabas berpinggan :P

    ReplyDelete
  7. Kegemaran kita ni..
    kalau makan kat luar, pantang nampak ikan keli ..mesti nak beli...

    ReplyDelete
  8. alahai feveret saya ni kakak.. pos sikit ke shah alam

    ReplyDelete
  9. Hehe tak pernah makan ikan keli tapi ramai kekawan gtau sedap. Memang bertambah-tambah makannya

    ReplyDelete
  10. Amboi..sedapnye kak.. Tak pernah try lagi masak sendiri ikan keli berlado ni.. Ok..boleh la ikut resipi akk ni kan..hehe..

    ReplyDelete
  11. Fav bella ni ikan keli. Tapi suka ikan keli yg kecik, yg besar2 kita takut pula nak makan.

    ReplyDelete
  12. tengok ikan keli tu garing betul..

    ReplyDelete
  13. Ya Allah fav betul ikan keli berlada ni. Suka makan ikan yang goreng garing macam kak SA buat ni, sedaap!

    ReplyDelete
  14. fav bf sha ni hahaha kalau berlado ni memang dia suka la

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah