Monday, March 15, 2021

JUPEM Diiktiraf Atas Penggunaan Inovatif Teknologi Geospatial Bagi Menguruskan Pandemik COVID-19

Teknologi Geospatial Dan Data Dikongsi Bersama Untuk Memainkan Peranan Penting Dalam Pengurusan COVID-19 Di Malaysia.


Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) meraih Anugerah GeoInnovation yang berprestij berikutan pendekatan maju mereka dalam menggunakan teknologi geospatial bagi membantu negara menguruskan pandemik COVID-19.

Anugerah berkenaan, yang diberikan hanya kepada organisasi terpilih setiap tahun oleh penyedia solusi geospatial terkemuka Esri Malaysia, mengiktiraf organisasi terhadap penggunaan teknologi geospatial mereka dalam menangani cabaran dunia sebenar dalam kalangan industri dan masyarakat.

Menurut Ketua Pengarah JUPEM, Dato' Sr Dr. Azhari bin Mohamed, teknologi geospatial sentiasa menjadi nadi pelbagai inisiatif JUPEM.


Ketua Pengarah JUPEM, Dato' Sr Dr. Azhari bin Mohamed


Di sebalik fungsi teras agensi dalam bidang ukur kadaster dan pemetaan topografi, teknologi berkenaan telah memperkasakan JUPEM dalam memberi sokongan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara dalam menguruskan krisis dan hal kecemasan negara seperti banjir, tanah runtuh, malah kejadian pencemaran yang membolehkan JUPEM menerima pelbagai pengiktirafan industri sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Apabila setiap saat berharga dan risikonya tinggi, agensi barisan hadapan perlu membuat keputusan yang dipacu oleh data masa nyata berwibawa yang tepat, supaya mereka yakin bahawa mereka telah membuat pilihan sebaik mungkin dalam keadaan yang penuh tekanan,” kata Dr. Azhari.

"Inilah waktunya projek Defence Geospatial Information Management (DGIM) kami memainkan peranan dengan membantu pihak berkepentingan dengan cepat menggabung, menggambarkan dan paling penting menerima pakai data tersebut daripada pelbagai agensi.”



Dr Azhari menjelaskan bahawa DGIM dijana oleh platform ArcGIS, teknologi serupa yang menyokong organisasi seperti WHO, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat dan pihak berkuasa lain seumpamanya yang memantau penyebaran virus berkenaan dan memainkan peranan dalam langkah-langkah pencegahan, pengawasan dan kawalan kritikal.

“Bagi pandemik COVID-19, DGIM digunakan untuk menyediakan Joint Common Operating Picture (JCOP) dalam usaha untuk memudahkan kerjasama yang lancar bersama pasukan pengurusan krisis COVID-19 MKN.”

Platform berkenaan antara lain memaparkan bilangan kes wabak harian dan kumulatif di negara ini, fahaman mengenai pengezonan daerah berdasarkan kod warna, dan mengenal pasti kawasan tercemar yang memerlukan proses sanitasi.

"Menerusi kapasitinya untuk mengumpul dan menggambarkan pelbagai set data daripada pelbagai agensi kepada satu platform pemetaan, pihak berkepentingan disediakan dengan kesedaran situasi masa nyata bagi membantu untuk mengatur usaha tindak balas COVID-19 di lapangan,” kata Dr. Azhari.

Sebagai tambahan, dengan COVID-19 mendorong pelbagai organisasi untuk mengguna pakai transformasi digital dalam tempoh yang singkat, JUPEM pula memperoleh manfaat daripada pendekatan maju pasukan kepimpinan mereka terhadap inovasi.

“JUPEM berupaya untuk memenuhi permintaan krisis dengan pantas kerana agensi tersebut telah merancang dan menyediakan pelan operasi pengurusan kecemasan dan membentuk DGIM sebagai platform yang menyediakan jenis hubungan, ketangkasan dan pengukuran pantas yang diperlukan oleh kedua-dua operasi berdasarkan operasi harian dan kecemasan,” kata Dr. Azhari.

Beliau menambah, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Brig. Jen. Sr. Dr. Mohd Zambri, dan beliau percaya bahawa keupayaan teknologi sedemikian yang sedia ada telah membantu JUPEM dan agensi lain menguruskan krisis negara dengan berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif Esri Malaysia C.S. Tan mengucapkan tahniah kepada JUPEM atas pencapaian mereka dan mengiktiraf agensi berkenaan atas komitmen berterusan untuk meningkatkan strategi tindak balas kecemasan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Esri Malaysia, C.S. Tan



 “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada JUPEM atas pencapaian mereka yang memberi inspirasi. Kepimpinan JUPEM yang mampu dilaksanakan telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi tepat yang disesuaikan dengan keperluan khusus mampu menghasilkan perubahan dalam menyelamatkan nyawa ketika waktu kecemasan negara seperti pandemik,” kata Encik Tan.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan JUPEM dalam inisiatif utama negara dan kami teruja untuk melihat mereka memperkasakan lebih ramai pembuat keputusan dengan aplikasi inovatif yang memberi manfaat kepada masyarakat yang lebih meluas.”



Pada tahun 2018, JUPEM merangkul Anugerah Geoinnovation Esri Malaysia bagi Projek Exemplary GIS dan BGSPnya meraih anugerah Pencapaian Khas dalam GIS (SAG) pada tahun 2019. BGSP menerima pengiktirafan terhadap platform gabungan kerjasama – Pengurusan Bencana GeoCentric Berpusat  – yang dibina untuk membantu membuat jangkaan dan melakukan tindak balas yang lebih baik kepada bencana alam.

"Kami berbangga sebagai pemenang anugerah berkenaan kerana ia membuktikan bagaimana teknologi geospatial membantu untuk mengumpul dan berkongsi data masa nyata dengan tepat, dan sehubungan itu membolehkan agensi-agensi berkaitan untuk menyelaras penyelesaian terbaik, terutama ketika krisis melanda,” kata Dr. Azhari.


10 comments:

  1. semua pihak dgn kepakaran masing2 membantu kerajaan menangani pandemik covid-19..

    information is king..

    ReplyDelete
  2. Wow, tak sangka akan baca tulisan ni dalam blog akak... dana kerja kat jupem ni kak , itu ketua pengarah dana, dan projek tu kami jupem di hq memang ramai kene turut serta.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah