Monday, May 31, 2021

Poligami Tingkatkan Risiko Kanser Pangkal Rahim

Jangan Tuding Jari Kepada Kaum Wanita




Siapa kata hidup bermadu itu manis? Jangan kata perlu berkongsi suami dan membahagi-bahagikan kehidupan seharian dengan insan ketiga (atau keempat dan kelima), bayangkan sekiranya perkongsian ini membawa akibat lebih buruk lagi. 

Kerap kali apabila bercerita tentang kanser pangkal rahim, suasana terus menjadi tegang kerana penyakit ini dikaitkan dengan tabiat seksual rambang oleh masyarakat. “Sebenarnya itu persepsi yang perlu diperbetulkan oleh masyarakat. Walaupun anda mempunyai satu pasangan sahaja, anda masih berisiko untuk mendapat jangkitan Human Papillomavirus (HPV) yang boleh mengakibatkan kanser pangkal rahim,” kata Dr. Ahmad Zailani Hatta Mohd Dali, Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan (Kanser Ginekologi) dari Hospital Pantai Kuala Lumpur. 



Apatah lagi apabila sesebuah keluarga mengamalkan poligami atau pernah bercerai dan berkahwin semula. Menurut Dr. Hatta, masyarakat perlu mengetahui bagaimana jangkitan HPV boleh berlaku. Secara dasarnya, virus tersebut adalah sejenis bendasing yang boleh menjangkiti tidak kira lelaki atau perempuan. “Sebenarnya tubuh kita boleh melawan jangkitan HPV secara semula jadi sekiranya kita mempunyai sistem imun yang kuat. Namun, apabila jangkitan ini berlaku berulang-kali, kebarangkalian untuk ia bermutasi menjadi kanser adalah sangat tinggi,” tambah Dr. Hatta. 

“Saya tidak bersetuju dengan pandangan masyarakat yang sering menuding jari kepada kaum Hawa apabila mereka menghidap kanser pangkal rahim. Ramai menganggap pesakit kanser pangkal rahim mempunyai tabiat seksual seperti terlalu aktif dan kerap bertukar pasangan”.




“Kadang-kala kita terlupa orang lelaki juga boleh menjadi pembawa virus HPV. Hanya kerana mereka tidak mempunyai rahim seperti wanita, maka mereka tidak menghidap kanser pangkal rahim”. 

Sebab itu, Dr. Hatta juga mengingatkan kepada masyarakat, sama ada sudah berkahwin atau tidak, asalkan individu tersebut mengadakan hubungan seks, risiko untuk jangkitan HPV adalah tinggi. “Begitu juga dengan keluarga yang mempunyai lebih daripada satu isteri. Sekiranya salah seorang isteri menghidap penyakit kanser pangkal rahim, kebarangkalian isteri yang lain untuk menghidapnya juga agak tinggi kerana si suami bertindak sebagai pembawa virus tersebut. Oleh itu, janganlah kita hanya menuduh orang lain mempunyai hubungan seks rambang apabila mereka menghidap kanser tersebut. Tuduhan itu hanya menunjukkan betapa kurangnya pengetahuan kita tentang kanser pangkal rahim,” tambah Dr. Hatta. 



Dr. Hatta juga menerangkan, bagi pasangan yang mengamalkan monogami tanpa mempunyai hubungan seksual dengan orang lain selain suami isteri juga masih boleh dijangkiti HPV kerana sifat virus tersebut yang sebenarnya boleh didapati di sekeliling kita termasuklah pada tangan, pakaian dan permukaan benda di sekeliling kita. “Pokoknya adalah apabila virus tersebut terdedah pada pangkal rahim seorang wanita. Sebab itu, ia boleh berkembang menjadi kanser pada masa hadapan. Kita perlu faham, kanser pangkal rahim ini adalah sejenis penyakit yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk bermutasi. Sebab itu apabila seorang wanita sudah berumah tangga, doktor sakit puan akan menyarankan supaya wanita tersebut membuat ujian pap smear setiap tiga tahun apabila ujian pertama jelas menunjukkan keputusan smear yang normal,” katanya. 




Tambah Dr. Hatta lagi, kebarangkalian untuk dijangkiti HPV walaupun menggunakan kondom apabila mengadakan hubungan intim adalah lebih tinggi berbanding HIV. “HIV tersebar menerusi bendalir dalam badan, HPV pula tersebar menerusi sentuhan. Sebab itu, saya berharap masyarakat dapat memahami konsep ini dan tidak membuat andaian apabila ada wanita yang mereka kenali menghidap kanser pangkal rahim. Perbezaan antara dua virus ini adalah, HPV masih boleh dibendung dengan suntikan vaksinasi”. 





Suntikan vaksinasi HPV lazimnya diberikan sebanyak 3 dos dalam tempoh 6 bulan untuk melengkapkan antibodi wanita melawan virus tersebut. “Kita sebagai rakyat Malaysia dianggap bertuah kerana kerajaan menggalakkan suntikan vaksinasi tersebut diberikan kepada pelajar perempuan dari usia persekolahan lagi. Ada negara Barat seperti Australia yang mewajibkan vaksinasi HPV kepada kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan dalam usaha mengawal risiko kanser yang berpunca daripada HPV. Ada juga negara lain yang tidak mempunyai program vaksinasi seperti ini langsung. Sebab itu, kita perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan Malaysia boleh menjadi negara yang sifar kanser pangkal rahim pada masa akan datang,” kata Dr. Hatta, mengakhiri perbualan. 

Selain daripada kanser pangkal rahim, HPV juga boleh menyebabkan kanser lain termasuk kanser alat kelamin dan kanser hidung atau nasopharyngeal yang mencatatkan bilangan tinggi dalam kaum lelaki Cina di Malaysia. 


20 comments:

  1. Baru pertama kali saya mendengar pasal kanser pangkal rahim dikaitkan dengan aktiviti seks bebas atau sering bertukar pasangan. Saya peribadi, saya amat tidak bersetuju. Siapalah yang mula-mula keluarga kenyataan seperti itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA pun baru dengar, ada point- point yang SA bersetuju dengan kenyataan di atas sebab ianya melalui kajian pihakyang pakar. Kanser pangkal rahim memang boleh dialami oleh wanita yang mengamalkan aktiviti seks bebas..kena rujuk yang pakar dan banyakkan membaca tentang penyakit- penyakit yang melibatkan seks bebas..

      Delete
  2. Arwah mak saya kanser ni jugak kak SA hehehe tapi bukan sebab ayah poligami.
    Orang cakap boleh jadi penyakit keturunan jugak, so anak anak kena selalu buat checkup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..maybe ada kaitan dengan keturunan dan x semestinya sbb poligami..kadang x poligami pun kena kalau dh ditakdirkan...sebab tu pentingnya kebersihan

      Delete
  3. Hahahahahaha! Siapa makan cili terasa pedas ye, kak? Hahahaha! Bukan nak mencarut, tapi dah doktor sendiri cakap kan? Tengok tuuuu... doktor lelaki pula tu yang bagi statement... jangan terasaaaaa dan jangan asyik nak salahkan orang perempuan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..kadang-kadang orang lelaki ni x leh terima kalau salah tu dari mereka

      Delete
  4. aiyo hahahaha ๐Ÿ˜‚ boleh send link kat bakal suami ni

    ReplyDelete
  5. Tq for sharing SA. Kena ambil langkah berjaga-jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Amie...mmg perlu langkah berjaga-jaga

      Delete
  6. Betullah jugak .. tak terpikir kaitan d poliogami dengan kanser pangkal rahim nih . huhuh .. scary

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa...kan.itu antara punca punca yg Pakar dah kaji...sebab ye la..bukan having sex dengan sorang tu je kan..bayangkan ada wife 4?

      Delete
  7. seriau je bila kena buat pap smear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda paling takut nak buat every year kan...tp kena buat utk oastikan kita bebas dari kanser pangkal rahim

      Delete
  8. Itu gunanya buat papsmear.Dari situ doktor boleh detect penyakit2 yang macam ni.Tapi kita takut lah nak buat,ehe๐Ÿ˜
    Tapi kanser pangkal rahim ni ada jugak disebabkan faktor keturunan & permakanan and bukan disebabkan poligami semata-mata๐Ÿ˜‰.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau keturunan tu SA percaya tapi kalau pemakanan mmg xde kena mengena dengan kanser pangkal rahim. itu lebih kepada kanser perut. Lebih elok rujuk pada yg pakar..

      Delete
  9. Menakutkan. Dia macam tanpa sedar boleh dapat daripada pasangan ketika bersama samada berpoligami atau pasangan pernah berkahwin sebelumnya. Betul tu, kalau orang tak tahu boleh tuduh macam-macam. Penyakit kanser ni banyak faktor dia, ini sebahagian yang kita dapat tahu. Thanks share kak :)

    ReplyDelete
  10. hari tu ada pergi taklimat dekat klinik wanita, sebab buat yearly checkup..so die ade inform pasal HPV ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah