Friday, May 21, 2021

Kes Covid 19 Mendadak Naik...

Assalamualaikum..

Hi korang...

Macam mana hari ni? sihat? SA sangat- sangat sihat cuma paranoid melanda diri SA..SA takut dengan lonjakan angka kes baru Covid 19  di Malaysia dan negara kita masihh belum putuskan untuk lockdown. sedih betul la..angka kes makin naik, kawan- kawan SA dah ada yang jadi mangsa, dah kena kuarantin kat Maeps dan banyak tempat lagi..angka kematian pun bertambah setiap hari..tapi masih tiada solution..hari ni SA pergi kerja rasa seram sebab keadaan sekeliling senyap sunyi, kosong takde kenderaan sangat, takde orang dan rasa macam dalam negara yang disernag zombie dalam citer Walking Dead tu...

Jom tengok laporan jumlah kes untuk 2 hari ni...jumlah yang boleh buat kita semua panik, anxiety dan sebagaainya. Ini yang berlaku pada SA lately ni...



Kes pada hari Rabu

 

Jumlah kes pada hari Khamis..

Tak tau la kalau masih tiada solution lagi...Rakyat Malaysia ni dah penat nak hadap benda- benda ni semua...kalau semua bersatu hati ikut segala arahan pasti kita akan menang...tapi ada je yang degil kat luar sana tu...entah la...kang kalau SA cakap banyak SA kena kecam...so better SA senyap je. Jaga diri sendiri dana keluarga...betul ada kala kita rindu kehidupan kita yang dulu..tapi kalau kita sendiri takde inisiatif semua tu tetap tak akan berubah. Sampai bila nak salah kan orang dan salahkan pihak yang banyak membantu...pada SA semua dah besar, semua boleh fikir mana elok mana tak elok. tapi masing- masing ego...semua ikut kehendak hati. Ada sebab kenapa SOP ni semua diwujudkan...takde sape nak suka- suka kontrol kita semua. Tapi sebab Covid-19 ni real peeps...its real...ada jer kawan- kawan blogger yang sedang bertarung nyawa.. Blogger Darling Pya sekarang sedang bergantung harapan pada machine hayat...sedih sebab  dia antara blogger yang rapat dengan SA... 

Please la kawan- kawan semua...jom sama- sama kita putuskan rantaian Covid-19 ni..varian baru ni sangat ganas...sekejap aje kena dan hasilnya....allahu tak sanggup nak cakap. Jom kita sama- sama jaga diri kita..jom doa agar kerajaan istiharkan lockdown. 

Jumpa lagi next entry..


16 comments:

  1. Suasana sayu sangat. Setiap hari berdebar sebab dengar banyak maklumat terutama daripada keluarga.

    ReplyDelete
  2. jaga je diri sendiri dan family. kami kalau kata sokong kerajaan buat PKP1.0 yg ketat semula, kan takut ramai pulak komen2 kami ckp "ko takpela byk duit, tak terjejas". so better kita ikut je la arahan kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Dua hari ni betul betul melonjak tinggi kes baru. Nampaknya kena self quarantine sendiri di rumah. nak tunggu bersatu rakyat Malaysia ni memang bukan mudah. Yang tak ikut sop satu hal, sop pun berubah ubah. Allahu, betul ke kak Kak CP sedang struggle dengan Covid-19 sekarang ni? Patutlah lama dia tak update blog. Semoga kak CP cepat sembuh. Aaaminn...

    ReplyDelete
  4. ooh blogger darlingpya pon dh lama x komen2 blog wak tuu., huhuhu mugo cepat semboh CP tu ye.,

    ReplyDelete
  5. Semoga pandemik ini segera lenyap di muka bumi ini. Lihat di Facebook, ada juga beberapa rakan yang kena covid-19.

    ReplyDelete
  6. Makin hari makin bertambah angkanyaaaa.
    Moga moga covid9 ni cepat cepat terhapus. Aamiin.

    ReplyDelete
  7. speechless kan....
    sebab mende ni kat memana pun dah ada..
    tu yg seriau..
    SA g opis, bebaik tau!!

    ReplyDelete
  8. Jiran terdekat dh kena..kkm mai pasang tape sekeliling rumah dia..abg ipar pun kena

    ReplyDelete
  9. semua penat and sayu kan.. nth bila nak selesai

    ReplyDelete
  10. Makin tinggi makin risau. Memang tak keluar rumah langsung

    ReplyDelete
  11. Dah lama Kak Amie terputus dengan dunia luar... tak keluar rumah, kecuali raya pertama, suntikan vaksin pertama dan kedua. Memang rasa seram semacam! Mudah-mudahan segeralah covid-19 berlalu pergi.

    ReplyDelete
  12. Rasa seram jadinya tengok angka kes naik macam ni. Moga keadaan ni cepat reda.

    ReplyDelete
  13. Kak SA harini pun dah 7K kes huhuu..

    ReplyDelete
  14. Allahuakbar 😔 semalam dah 7k! smpai bila nak macam ni kan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah