Thursday, May 6, 2021

Update Mini Kebun Pak Zain

Assalamualaikum..

Hi korang..

Lama rasanya tak citer pasal mini kebun Pak Zain ni....sejak Pak Zain kurang sihat dia dah kurang bercucuk tanam tapi tanaman yang ada tu dia jaga jugak la..kadang ada gak dia semai yang baru...adakala dia buang mana pokok yang dia tak nak...SA ada bercadang nak carikan dia anak pokok terung panjang tu kan...ala terung yang kaler purple tu...dan jugak nak carikan dia anak pokok cili besar...itu best gak kalau tanam kan...cuma masa tu takde nak pi Nursery...harap- harap NS tak kena PKP la dalam masa terdekat ni...tak beli pape lagi untuk raya ni weyh...memang tak kisah la pakai apa yang ada je tapi masalahnya Dania tu...kasut dia pun tak berganti lagi...

Eh jom la tengok apa pokok yang tinggal kat kebun Pak Zain tu...


Pokok limau kasturi..buahnya memang tak putus- putus dan SA notice makin galak berbunga


Hasil SA petik buah dia last week...


Pokok betik ni buahnya sebiji tu je...tapi besar kan....


Bayam brazil ada 2 -3 bekas dan makin subur


Pokok cili padi ni pun sama bersilih ganti dan makin banyak berbuah..


Pokok nenas MD2


Pokok kunyit..macam tak menjadi je


Pokok Peria...memang bersilih ganti...hari tu dah mati dan ini batch baru


Pokok Kambas ni dah banyak kali berbuah dan buahnya pendek2 macam tu je...tak panjang...pun banyak buahnya


Pokok pandan dan nenas biasa


Pokok kari ni dah banyak kali cantas tapi tetap banyak daunnya..daunnya sihat tau..takde pecah2 atau dimakan ulat..dah banyak kali jugak SA sedekah kat kawan2 opis...

 

Sebenarnya bercucuk tanam ni seronok..nak plak kalau hasilnya menjadi berkali ganda kan...jimat dan pastinya memudahkan segala kerja..nak guna untuk masakan terus ambik je kat pokok depan rumah...pokok Kari tu abah dah pesan kat jiran- jiran kalau nak ambik je..tak yah mintak izin..dia dah izinkan dah..sama jugak dengan jiran depan rumah tu..pokok limau purut pun dia suruh ambik kalau nak guna daunnya...walau dah dipesan macam tu..SA ni kan penyegan kan...hahaha...tetap pergi beli...segan x tau nak kata apa dah...hahahahaha....

Jumpa lagi next entry..


8 comments:

  1. Bestnya dapat tgk hasil dari titik peluh tangan sendiri. Boleh berjimat

    ReplyDelete
  2. Macam macam jenis adoooooo. Jimat duit ni, petik dari kebun sendiri je. Kan kak SA. Anytime nak guna, boleh je ambik bila bila masa hehehehe.

    ReplyDelete
  3. Berbudi pada tanah tentu ada hasilnya kan

    ReplyDelete
  4. Pokok kunyit tu nanti kalau dah menjadi memang tak cukup tanah dia membiak SA.

    ReplyDelete
  5. Banyak betul tanaman ayah akak. semuanya menjadi. betik tu besar betul. Kena balut tu kak, takut jadi santapan burung pulak nanti. Rimbun betul pokok kari tu. Senang semua tanaman untuk masakan ada. tak payah membeli bila nak guna.

    ReplyDelete
  6. besarnya betik tu! sha pun ada menanam jugak sejak sejak kena duk rumah ni­čśé

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah