Monday, June 21, 2021

Resepi Sambal Udang Petai Lagi

Assalamualaikum..

Hi korang...

Ambikk....dah malam baru nak up entry pasal sambal udang petai ni kan...hahaha...sorry la..hari ni SA sibuk sangat- sangat lepas tu dengan rasa stres, rasa nak demam dan rasa pening yang tetiba...rupanya semalam SA terlupa makan ubat darah tinggi. Ye SA ada darah tinggi yang mild aje tapi atas nasihat doktor SA memang dah kena makan ubat darah tinggi yang low dose..semalam terlupa makan..terlupa makan supplement jugak...erm...terus hari ni rasa tak sedap...rasa sakit tengkok, rasa pening kepala...nak tengok laptop rasa berpinar mata. Check tekanan darah okey je..takde masalah apa...

Okey la berbalik pada citer sambal udang petai ni..sebelum ni SA ada bagi tau bahan extra letak dalam resepi kan..ikut resepi kak Azie Kitchen...alahai..takde bahan apa pun..cuma letak 2 sudu besar sos tomato...menambahkan sedap kata Kak Azie.

Macam biasa gambar adalah caca marba..pening nak betulkan....



Kita up dulu gambar dah siap 


Petai...


Bawang putih, bawang merah, bawang besar , belacan dan asam jawa


Watak utama of course udang kan


Apesal cili kering nowdays pedas nak mati erk..ni guna 2 sudu je


Style SA goreng dulu udang tu...tujuannya agar masa dah masak jadi sambal kulit udang tu senang dikupas...


Dah bedak kan dia ngan kunyit dan sedikit je garam...


Goreng separuh masak...tak perlu garing pun


Bawang apa segala di tumbuk kasar macam ni


Tumis sampai betul2 masaak dan garing bahannya...seterusnya tengok la resepi kat bawah...x amikgambar plak selepas tumis bahan tu..


Dah siap...



Resepinya
  1. 10- 15 ekor udang segar ( buang hujung kepala dan ekor)
  2. 3 ulas bawang merah (kecil) - tumbuk
  3. 4 ulas bawang putih -tumbuk
  4. 2 labu bawang besar - Hiris
  5. cili kering yang dah dikisar -ikut suka kepedasan
  6. 4 papan petai
  7. 1 inchi belacan -tumbuk sekali dgn bawang td
  8. sedikit asam jawa
  9. 2 sudu besar sos tomato
  10. sedikit gula
  11. 2 sudu sos tiram
  12. sedikit garam jika perlu

Cara Memasak

1. tumis bahan yang dikisar dan ditumbuk hingga garing dan naik bau
2.curahkan air asam jawa , sos tiram dan sos tomato
3. masukkan sedikit gula dan garam
4. masukkan bawang
5. masukkan petai
6. masukkan udang yang dh digoreng separuh masak td
7. kacau hingga rata
8. dah masak sedia utk dihidang
 

Siap!!!

Selamat mencuba....

11 comments:

  1. Sedapnya sambal udang petai makan dengan nasi lemak!

    ReplyDelete
  2. Sedappnyaaa! Makan ni confirm menambah nasi!

    ReplyDelete
  3. Sedapnye sambal petai SA, sini tak de pasar malam tak jumpalah petai

    ReplyDelete
  4. sedap tu...sambal udang petai. Terliur plak

    ReplyDelete
  5. Ok.. Nnt nak try tmbah sos tomato tu.. Tq kak for d recipe

    ReplyDelete
  6. Kalau akak kutip petai tu ja...anak2 kutip udang

    ReplyDelete
  7. smlm MIL masak menu sambal udang tp tkde petaila sbb kita tk mkn petai

    ReplyDelete
  8. Sedapnya. lawan dengan nasi panas dan telur dadar. Boleh bertambah tambah nasi.

    ReplyDelete
  9. Lauk all time favourite ni kak. Kalau masak sambal letak sos tomato rasa dia memang sedap sikit. Saya pun dah cuba gak :)

    ReplyDelete
  10. Boleh try cara ni pula nanti. Goreng udang dulu.. :)
    Lamanya tak makan petai.. Ada pun mahal sgt dorang ni jual..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah