Monday, August 2, 2021

Fenomena Halo Lingkaran Cahaya Seakan-Akan Pelangi Yang Mengelilingi Matahari Atau Bulan

Assalamualaikum...

Hi korang...

Tadi grup whatsaap SA dipenuhi gambar- gambar matahari hari ni...rupanya tak semua tempat boleh nampak fenomena Halo ni...SA keluar rumah cuba la nak tengok matahari...sekali amik ko...sakit mata tengok cahayanya yang lain macam...patut la awan cantik je hari ni....matahari pun terik...terus pedih mata SAa ni korang...pedih sanagt- sangat....menyesal plak pergi tengok sebab teruja nak tengok kan...

Halo adalah fenomena optikal berupa lingkaran cahaya di sekitar sumber cahaya seperti matahari atau bulan.Ia merupakan kejadian alam yang biasa dan terjadi akibat refleksi cahaya matahari atau bulan oleh kristal-kristal ais yang terkandung di awan.

Kat bawah ni kawan- kawan SA punya gambar yang diorang whatsaap tadi...



Ni kat area PD


Subhanallah...cantik sangat


Ni kat Melaka



Yang ni kat Bahau


Ni kat rumah SA...hahaha..xde matahari tapi awan dan langit tu cantik sangat kan....
 




Ini rakaman dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban


Yang ni dari Kg Bongek Rembau

Halo matahari dihasilkan oleh pembiasan cahaya dalam kristal Ais di awan Cirrus. Halo adalah cincin atau cahaya yang terbentuk di sekitar matahari atau bulan ketika cahaya matahari atau bulan membiaskan kristal ais yang terdapat di cirrus awan tipis. Halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu dan juga pada 28 April 2015 dalam lingkungan pukul 1.30 petang hingga 2.20 petang.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

8 comments:

  1. benda ni sekali sekala je ke ? Subhanallah, lawa sangat. kaella tak sempat pula tengok tadi, patut rasa udara redup je tak berapa panas.

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah. Tak tahu pulak ada fenomena halo tadi. Tak sempat nak tengok. Dah terlepas.

    ReplyDelete
  3. Cantikknyaaaaaa. Patut lah terik sangat pagi tadi sampai tengah hari. Syok sidai baju kering ceoat ja haha. By teh time komen ni dah mendung2 kawsan rumah saya ni.

    ReplyDelete
  4. cantik kan SA, kami sekeluarga pun gigih mendongak tadi

    ReplyDelete
  5. Memang sungguh cantik kejadiannya. Maha Suci Allah!

    ReplyDelete
  6. saya pun terlepas tengok, uma tak pasti di Selangor boleh lihat ke tidak. lain kali pakai spek hitam tau SA kalau nak tengok matahari direct. bahaya untuk mata

    ReplyDelete
  7. Subhanallah. Sempat saya ambil 4,5 gambar tadi

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah