Thursday, August 19, 2021

Kelebihan 10 Muharram & Amalan-Amalan Sunnah Dilakukan Pada Hari Asyura

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni hari kedua SA berpuasa dengan Dania...seawal pukul 4.30 pagi tadi SA dah sahur dah dan juadah sahur pagi tadi dimasak oleh Pak Zain. Pak Zain masak Ayam Masala...ayam lagi...kata Dania...itu je stok yang ada anak oii...mama x pergi pasar lagi ni...Pak Zain semalam puas 1/2 hari je...dia x boleh bertahan sebab gastrik dan gerd dia melanda..so hari ni SA x bagi dia puasa...Mak Pah memang tak boleh la puasa kan...nak kena makan ubat banyak...

Hari ni SA terpanggil untuk kongsikan dan abadikan perkongsian Amalan- Amalan Sunnah yang dilakukan pada Hari Asyura..

Saban tahun apabila menjelang bulan Muharram, sudah tentu umat Islam akan mengingati tarikh 10 Muharram dengan pelbagai amalan dan ibadah yang dilakukan. Apakah keistimewaan dan kelebihan yang ada pada hari ke-10 dalam bulan Muharram?

Kelebihan 10 Muharram

Terdapat banyak kelebihan dan fadilat pada 10 Muharram berdasarkan nas dan hadis yang sahih.

Kata Ibn Abbas apabila ditanyakan mengenai puasa ‘Asyura, beliau berkata: Maksudnya: Aku tidak pernah melihat Rasulullah mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari lain melainkan hari ini – iaitu hari ‘Asyura




Kata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah: Ini menunjukkan bahawa puasa ‘Asyura lebih afdal berbanding hari lain untuk berpuasa selepas Ramadan. Zahir hadis Muslim pula menunjukkan bahawa puasa pada hari ‘Arafah lebih afdal berbanding puasa pada hari ‘Asyura.

Dikatakan hikmahnya adalah kerana puasa ‘Asyura dinisbahkan kepada Musa AS manakala puasa ‘Arafah pula dinisbahkan kepada Nabi Muhammad. Oleh yang demikian, puasa ‘Arafah lebih afdal. Fath Al-Bari. Dar Al-Salam, 4/315

Pada hari itu juga Nabi Musa AS diselamatkan manakala firaun dan pengikutnya ditenggelamkan. Dari Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata:

Maksudnya: Rasulullah tiba ke Madinah dan baginda dapati golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Kata mereka: Ini adalah hari yang mulia yang mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya pada hari ini. Hari ini juga Allah menenggelamkan firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran.

Kata Rasulullah: Aku lebih utama ke atas Musa berbanding mereka. Maka baginda pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut. HR Bukhari 3397

Kelebihan puasa pada 10 Muharram

Bagi mereka yang mencari keampunan Allah maka ganjaran yang dijanjikan ialah diampunkan dosa setahun yang lalu. Dari Abu Qatadah: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah tentang puasa ‘Asyura, maka kata Baginda: Maksudnya: Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu. [HR Muslim 1162]

Terbuktilah bahawa amalan berpuasa pada hari ‘Asyura’ atau 10 Muharram merupakan sunnah Nabi

Amalan-Amalan sunnah dilakukan pada Hari Asyura

1. Qiyamullail (Sekurang kurangnya 2 Raka’at solat sunnat diantara Isya’ dan Subuh)

2. Bersedekah untuk orang miskin - memerlukan

3. Mengusap kepala anak yatim sebagai tunjuk belas kasihan.

4. Berpuasa pada 9 & 10 Muharram

5. Ber-silaturrahim

6. Membelanjakan sedikit harta (melebihi hari biasa) kepada anak-anak dan keluarga.

7. Menziarahi orang Alim.

8. Menziarahi orang sakit.

9. Membersihkan diri dengan mandi dan berwangi-wangian.

10. Memotong kuku.

11. Memperbanyakkan solat sunnat pada siang hari.

12. Membaca al-Qurʾān.

13. Melakukan selawat keatas Baginda Rasūlullāh ﷺ.

14. Membaca حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ sebanyak 70 kali.

15. Membaca Ayat kursi 360 kali, dimulakan dengan bismillāh setiap kali.

16. Membaca surah al-ikhlās 1000 kali.


Kepada yang berpuasa hari ni semoga kita mendapat  banyak pahala dan manfaat. Disunatkan untuk berpuasa pada 10 Muharram seperti yang terdapat di dalam hadis. Kata Imam Syafie sunat juga berpuasa pada 9 Muharram kerana Baginda Rasulullah berniat untuk berpuasa pada tahun yang akan datang dengan berpuasa 9 dan 10 Muharram

Dibenarkan berpuasa bagi mereka yang ingin puasa pada 10 Muharram sahaja. Yang paling baik adalah 9 dan 10 Muharram. Ini kerana kata Imam Nawawi puasa pada 9 Muharram adalah untuk membezakan puasa orang Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Semoga ganjaran yang begitu besar yang telah disediakan Allah kepada kita sama-sama kita kerjakan..


10 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih SA share info ni, semoga kita semua mendapat keberkatan Allah, Aamin..

    Semoga Pak Zain dan Mak Pah kuat dan sentiasa sihat juga, ya :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah anak beranak berpuasa. Terima kasih SA sharing ilmu. senang buat rujukkan..

    ReplyDelete
  4. sama-sama kita tingkatkan amalan selagi berbaki usia, kan SA :)

    ReplyDelete
  5. Semoga segala amalan ibadah kita diterima dan diberkati Allah. Aaminnn...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian kak SA, dan selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  7. Semoga amalan ibadah kita diterima oleh Allah. Aamiin. Terima kasih kak SA kongsi info ni.

    ReplyDelete
  8. Sama-sama kita amalkan kerana kelebihannya sangat luar biasa...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah