Monday, February 20, 2023

Wedding Sedara Pak Zain

Assalamualaikum..

Hi korang...

Sampai office hari ni awal..cuti sekolah jalan clear kan..so SA sampai ofice 7.15am...nasib SA lepas naik lift dulu...rupanya selepas pukul 8 lift rosak..ada yang terpaksa naik tangga dan ada yang tunggu lama sampai lift ok..so SA xde la sarapan pagi ni...memang x kuasa la nak turun tangga dari tingkat 8 kan...yang turun Jumaat hari tu pun masih sakit lagi kaki ni....

Hari ni nak citer pasal semalam punya program...wedding sedara Pak Zain kat Rumah Abang Jamil Seremban...sedara Pak Zain sedara SA la jugak kan...hahahaha..anak kepada sepupu Pak Zain..SA x berapa rapat dengan yang sebelah sepupu Pak Zain ni...memandangkan SA nak kenduri nanti bulan 9 kan...so kena la pergi jugak wedding ni...panas uolls...panas giler sampai SAa tak selesa...memimpin Mak Pah lagi...

Tempat dah cantik...cuma tak selesa je la..sekarang orang dah ramai buat wedding kat tempat- tempat macam ni kan...arrangement tu ok tapi ada la clash here and there...nak buat majlis kat sini ada package..paling murah package RM11900 kalau tak salah...seting arrangement very limited so pepaham la lepas makan kena cepat- cepat bangun balik...takde la dapat nak beramah mesra dengan saudara mara yang lain...itu je kekurangan bila buat majlis kat tempat- tempat macam ni...sebab tu la SA baru faham kenapa Pak Zain nak buat majlis kat rumah jugak....dia nakkan suasana tu...dah la lama x jumpa sedara mara katanya...lepas tu semalam dia komplen makanan x ok..ye la..ada nasi minyak , tapi lauk daging salai dan ayam goreng, yang kelakar lauk yang pramusaji sendukkan ada 3 ketul je daging salai dan 2 helai pucuk ubi, Pak Zain mintak tambah lauk x boleh katanya..takpe la..dah macam tu aturannya, kenduri dua- dua belah pihak...mungkin kenduri ni bajet amik package paling murah..Pak Zain cakap, kenduri SA nanti jangan buat macam tu..kita nak jamu orang..kenapa nak catu makanan..catering kita amik dan kita tambah jugak lauk lain yang biasa kita buat..tapi memang betul pun, korang tengok pinggan SA kat gambar bawah tu..















Dapat la jumpa sedara- mara dan makcik pakcik SA keluarga terapat Pak Zain 2-3 orang..rupanya diornag dah sampai awal dah..dan ada yang dah balik...takpe la..nanti ada lagi wedding2 anak- anak sepupu SA..so boleh la jumpa diorang lagi nanti...boleh la lepak dan borak- borak lama skit....


5 comments:

  1. nama bukan main unik lagi kan. tempat pun cantik dah..alahai bab makan kena sendukkan ni memang x best la, pas tu minta extra dia ckp mcm tu plak..alahai.

    ReplyDelete
  2. eh kat JB pun ada Rumah Abang Jamil ni, housemate saya gi kenduri sedara nya hari tu...memang cantik tempatnya...

    ReplyDelete
  3. Kalau orang jawa memang buat kat rumah
    Hidupkan budaya rewang

    ReplyDelete
  4. xsyok g kenduri klu nak mkn pun kna catu..huhu

    ReplyDelete
  5. cantiknya rumah abg jamil ni mmg best photoshoot sini ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah