Friday, September 19, 2025

Tomyam Sedap Di Nana Seafood Senawang

Assalamualaikum...

Ni cerita Isnin malam masa cuti yang PMX bagi tu..kami berdua suami isteri bosan melangut je kat rumah..SA ajak suami keluar kejap..pusing-pusing bandar sampai la ke Senawang...SA dh kenyang tapi macam nak makan sup2 sebab tekak x sedap..masa ni memang dah nak demam sikit2..nak ngopi tapi cari kedai kopi best xde plak yang menarik hati..sudahnya jom la singgah kat Nana Seafood Senawang..mana tau makan tomyam dia rasa tak sedap tekak tu ok...

Kat sini sedikit pricey semua makanan ..sebab tu ramai pelanggan kot..SA belek buku menu tengok harga boleh tahan pricey, so kami berdua order Tomyam Campur dan Telur Bungkus daging...teh O panas untuk SA dan teh O ais untuk suami...x amik nasi pun...

Total damage kat sini RM28, service ok la x lambat x cepat...biasa-biasa je sebab orang ramai...



Sebelum masuk sini SA ke sebelah kedai dia ada Eggbyte..tp tutup..x tau la tutup sementara atau selamanya


Kekasih hati beta...


Kat sini pun ada masakan singgang, memang ramai orang klate makan kat sini SA perasan base on percakapan diorang


Abaikan tudung yang buruk tu


Teh O panas dan Teh O ais


SA kena ajar suami macam mana nak guna camera phone dengan betul..ni gambar yang SA dh siap crop


Sekarang selesa keluar rumah simple dan calit lipstik je..


Tadaaaa....tomyam campur RM8 rasanya sebab Tomyam Seafood RM10


Ada udang, sotong dan ayam...


 Telur bungkus daging

Tomyam campur tu sedap sangat, cukup segala rasa...compare yang kat Nilai, yg kat Nilai tu lagi sedap...ni no 2 la setakat ni...kalau compare Imani Seafood, yang ni lagi sedap...

Next time boleh la cuba menu lain kat sini...maybe boleh cuba menu singgang dia...SA tengok ramai order menu singgang....lepas tu ada menu shellout gak...lain2 tu biasa la menu kat kedai tomyam...

Lepas dah makan kami pun balik rumah..SA telan panadol dan ubat selsema pastu SA tido....esoknya masa Hari Malaysia SA demam...dania balik..pas tu ajak tengok wayang citer Conjuring ..balik lepas tengok wayang tu SA demam teruk, batuk dan selsema teruk...penangan jaga PZ dari Sabtu, terus SA yang tumbang...

Sampai hari ni PZ blom sihat sepenuhnya...merungut je dia...sebab tu SA rela dapat segala sakit PZ rasa tu..sebab kita orang perempuan ni kalau sakit elok senyap aje mulut...buat je kerja rumah bila larat...kan..beza ngan orang lelaki yang sakit...


3 comments:

  1. Nampak pekat molek tu kak tomyamnya, isi pun banyak. Sedap nampaknya. Kalau dah jumpa kedai tomyam yang sedap memang akan selalu pergi situ.

    ReplyDelete
  2. Wow..Nmpk pekat tomyam tu...Sy tiap kali pegi kedai yg ada fmly kecek kelate..Mesti usik Hata dgn ckp..Ramai orghe kapung demo abe wehhh...Hahahaha

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap la tomyam tu. Terasa nak makan tomyam pun ada. Moga cepat sembuh PZ ya.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah