Assalammualaikum WRT,
Hari ni SA bersiaran dari rumah...work from home...semalam 1 entry pun takde..semalam SA rasa x sihat dan mood kelaut dalam...tapi ada banyak la bahan yang SA dah kumpul untuk share kat blog...so hari ni seperti yang dijanjikan SA nak share keputusan masalah pre-menopause SA di Klinik Dr Ana Seremban 2.
Balik kerja hari Khamis SA terus ajak suami pergi Klinik Dr Ana Seremban 2, malas SA nak tunggu hari Sabtu. SA macam ni la...selagi SA x dapat jawapan mengenai persoalan di hati, selalgi tu SA x tenang. Bayangkan SA kena panic attack, anxiety, fikiran runsing...dunia SA yang happy jadi muram dan suram maka SA terus kan aje untuk cuba dapatkan rawatan sebelum keadaan jadi lebih teruk.
Sampai aje terus daftar
cantik kliniknya kan....mesra kanak- kanak jugak...pilihan warna interior sangat menenangkan...sejuk la hati SA yang x tenang
Muka orang 2 minggu tak cukup tido..muka menahan rasa nak terkencing..SA x dibenarkan buang air sebab nak scan perut..
Suami yang setia menemani
cekak pinggang tu sebab pinggang sakit..semua sendi sakit termasuk tengkok..kepala memang dah beberapa hari sakit la..
kena jawab banyak soalan dan lepas tu baru masuk jumpa doktor...
SA disambut mesra oleh Dr yang bertugas, SA x pasti plak nama doktor tu...lepas tu soalan demi soalan di tanya, SA pun ceritakan apa yang berlaku..Dr tu terangkan semua permasalah dan consult SA tentang Pre- menaupause sebab melalui apa yang SA cerita ternyata SA mengalami simptom tersebut..untuk dapatkan jawapan Dr terus scan..
Suami sempat amik gambar dan sempat amik video
Keputusannya
ni dinding rahim SA...Rahim cantik nipis tak tebal menandakan takde apa-apa aktiviti pembentukkan darah kotor so...jawapannya YES SA mengalami Pre-Menaupause di usia 47 tahun...masa ni tak tau nak re-act apa...terkilan, sedih dan semua bercampur aduk...korang boleh faham x apa yang SA cuba sampaikan....
ukuran rahim normal dan perfect
Kilang telur pun kiri kanan cantik
takse cist atau fibroid dan semua dalam keadaan cantik...
So Dr nasihatkan SA untuk terus makan Evening Pimprose Oil kerana EPO sangat membantu dalam menangani simptom hot flashes dan semua simptom pre-menopause. SA juga boleh ambil supplement dari herbs macam Estro-G 100 yang tengah popular sekarang..SA kena kawal pemakanan, bersenam dan jaga emosi segala la..Dr jugak terangkan kebaikkan ambil pil hormon dan keburukkan pil tersebut..Dr tak galakkan sebab keburukkan pil hormon tersebut antaranya dia boleh cepat build up Breast Cancer. So Dr suggest supaya SA go naturally hadapi simptom Pre-Menopause ni...SA bila dah dengar side effect pil hormon tu, memang SA x nak la ambil pil hormon. SA tanya gak sekiranya SA nak ubat untuk turunkan darah period, Dr kata untuk apa Puan? sebab kita dah scan tadi kan..memang takde produce darah kotor memandangkan dinding rahim Puan elok bersih dan nipis. Then SA admit la...faham walau dalam hati tuhan aje tau..
SA share simptom pre-menopaused.
Simptom perimenopaus termasuk haid yang tidak teratur, "hot flashes" atau rasa panas badan secara tiba-tiba, masalah tidur, dan perubahan mood seperti mudah marah atau sedih. Simptom lain yang mungkin berlaku ialah kekeringan faraj, sakit sendi atau otot, sakit kepala, dan masalah ingatan atau tumpuan ( semua yang tersenarai ni SA sedang hadapi)
Simptom lazim
Haid tidak teratur:
Kitaran haid boleh menjadi lebih kerap atau kurang kerap, tempohnya lebih panjang atau pendek, dan aliran darahnya lebih lebat atau ringan daripada biasa.
"Hot flashes" dan "night sweats":
Rasa panas badan yang tiba-tiba, selalunya disertai dengan berpeluh. Ini boleh mengganggu tidur, terutamanya "night sweats" atau berpeluh pada waktu malam.
Perubahan mood:
Turun naik emosi seperti mudah marah, kerengsaan, atau perasaan sedih dan tertekan akibat perubahan hormon.
Gangguan tidur:
Sukar untuk tidur atau kualiti tidur yang terjejas, yang boleh berpunca daripada "hot flashes" atau masalah lain.
Tisu faraj kehilangan keanjalan dan pelinciran, menyebabkan kesakitan semasa hubungan seksual dan boleh menjejaskan keinginan seksual.
Penurunan keinginan seksual:
Keinginan untuk aktiviti seksual mungkin berkurangan.
Simptom lain
Sakit kepala:
Perubahan hormon boleh mencetuskan sakit kepala atau memburukkan migrain yang sedia ada.
Kesukaran tumpuan dan ingatan:
Beberapa wanita melaporkan kesukaran untuk menumpukan perhatian atau mudah lupa.
Sakit sendi dan otot:
Nyeri pada sendi atau otot adalah simptom yang boleh berlaku.
Perubahan fizikal:
Sesetengah wanita mungkin mengalami penambahan berat badan atau perubahan pada kulit.
Simptom PMS yang lebih teruk:
Gejala sindrom prahaid (PMS) mungkin menjadi lebih teruk.
SA masih mengalami sakit- sakit badan dan hot flashes. SA masih mood swing tapi insyaallah SA boleh hadapi dan tangani.
Sebab tu la semalam SA x up entry satu pun kat blog...harap lepas ni semua will be ok...pageview blog SA pun jatuh menjunam dan SA x sedar pun yang PV blog SA dah cecah 18 juta dah..sabar jer la..so inilah jawapan dari pihak Dr. SA kena terima hakikat yang SA dah dapat Pre-Menopause dan kalau korang nak tau..kita orang perempuan ni akan ikut Ibu kita dalam bab ni...ianya genetik ikut kata Dr la...Arwah Mak SA pun awal menopaused. Masa umur dia awal 50an, bab pre-menopause takde plak arwah share dengan SA...
Last sekali Dr cakap, SA akan period semula tapi x tahu bila..ada setengah orang 5-12 bulan tak datang period, lepas tu period semula..ada yang 2-3 tahun..dan ada yang terus putus dan menopause terus..Apapun SA sangat berharap agar dapat period semula...buat masa ni SA dah 3 bulan x datang period..sebelum ni takde masalah period langsung..ni dah 3 bulan x datang SA rasa x best...hahaha...
Jumpa lagi next entry...














Semoga baik2 jer SA. InsyaAllah.
ReplyDeletebab ni yang ramai kita wanita senyap-senyap hadapi kan kak,bila akak share skurang2 kita semua boleh alert dengan tanda awal..terus kuat&sihat selalu ye kak,jaga diri&banyakkan rehat..
ReplyDeleteMacam tu la asam garam jadi seorang wanita kan. Tiba masa kena hadap menopause pulak. Semoga dipermudahkan ye SA.
ReplyDeleteSebagai seorang perempuan kita kena hadapi samada cepat atau lambat. Pil hormon tu kalau boleh jauhkan lah sebab ianya ada efek jangka panjang. Apa pun kena tenang menghadapinya. Ikut nasihat Doktor.
ReplyDeleteSemoga baik2 buat SA...
ReplyDeleteMoga baik2 ajer untuk kita semua....kita pasti akan melaluinya cuma cepat atau lambat je.
ReplyDeleterehat dan banyakkan bertenang SA. Alhamdulillah, check semuanya ok.
ReplyDeleteTq share SA... So far belum ada tanda tapi bab lupa tu mmg selalu. Orang kata banyak urat putus masa bersalin 😅
ReplyDeleteApapun keep being positive k, SA. Hugs !
kena buat sesuatu yang akak suka, biar dapat hilangkan dari pemikiran tu kak..semoga yang baik2 je...linda tak tahu nak cakap macam mana..sebab lepas bersalin kdg memang setahun tak datang period, masa tu lagi risau...risau kot2 mengandung.. hahaha
ReplyDeleteTake care SA..i know how u feel sbb MZ pun dh start ada 3-4 simptoms dari dlm list yg SA tulis tu..i'm 49 and my mom plak meno masa umur 55
ReplyDeletemoga yg baik2 yg buat sis SA....
ReplyDeletesemoga SA baik2 aja dan jangan stress2 yea...
ReplyDeleteSemoga SA baik-baik sahaja..
ReplyDeleteStay strong sis..Maybe u need to do some activity yang blh buat sis lupakan ttg perkara pre-menopause ni sekejab & slowly accept the fact...
ReplyDeleteKena buat banyak aktiviti yang aktif ni rasanya untuk elakkan dari memikirkan yang bukan2. InsyaAllah semuanya akan baik2 je tu.
ReplyDelete