Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Friday, January 20, 2017

Buntat Bakal Muncul Dalam Filem Jibam The Movie


Pelakon cilik drama 7 Hari Mencintaiku teruja apabila dirinya kini terkenal dan sudah mempunyai peminat sendiri.

Muhammad Arif Abdullah, pelakon watak Buntat berkata apa yang menyeronokkan ialah peminat di sekolah terdiri daripada pelajar yang lebih berusia daripadanya.

“Gembira sebab di sekolah semua panggil Buntat. Kakak-kakak, abang-abang pun panggil Buntat jadi seronoklah Buntat.

“Paling seronok ambil gambar dengan peminat, lepas itu mereka tanya seronok ke berlakon?

“Kawan- kawan di sekolah pun selalu ambil gambar dengan Buntat. Mereka selalu pesan, ‘Buntat sudah terkenal sekarang, jangan berlagak''


Pelajar SMK Seri Mahawangsa, Jitra, Kedah ini meruntun hati orang ramai apabila watak dibawanya memberi kesan kepada penonton.

Kemuncak watak Buntat apabila dia dibunuh Khalil lakonan Ungku Hariz dan sebelum itu menjadi mangsa penderaan oleh keluarga bapa angkatnya.

Adegan Buntat mati dipukul menjadi tular apabila penonton mengakui tidak dapat menahan air mata kerana terlalu sedih.

Arif, 12, berkata kejayaan drama itu tidak dijangka kerana babak-babak diberi sukar untuk dilakonkan.

“Buntat memang tidak sangka watak itu menjadi tular tetapi bila menjadi, Buntat syukur saja.

“Paling susah masa adegan mati itulah sebab Buntat kena tahan nafas dan berjam-jam lamanya juga mahu buat adegan tersebut,” katanya.

Selepas 7 Hari Mencintaiku, Arif bakal muncul dalam filem Jibam The Movie mengisahkan suka duka seorang kanak-kanak mengharungi kehidupan selepas kematian bapanya yang dikhianati orang.

Filem terbitan Jajja Production bakal berada di pawagam Mac ini.

Credit to SUMBER

Kekal orang panggil nama dia Buntat dari nama sebenarnya...bukan main lagi kan..Penangan berlakon dalam 7 Hari Mencintaiku..bakat Buntat atau Arif kini kian terserlah...korang boleh check
https://www.showtimes2u.com/malaysia/south/seremban/gsc-palm-mall/ untuk movie terbaru yang bakal ditayangkan..SA memang selalu tengok wayang di GSC Palm Mall Seremban sebab dekat dengan rumah SA..Tak sabar nak tunggu filem Jibam The Movie ini di tayangkan.

Demam Lofattah Melanda Malaysia

Kalah Running Man..Kalah citer2 hebat yang lain..aku plak confirm ketinggalan MRT bab citer diorang ni..ingatkan dh betul2 putus..sejak tu mmg x dengar apa dh update kisah diorang...almaklumlah aku ni bukan macam zaman muda2 dulu eksaited ngan retis ni semua..dulu yes tp sejak dh berenti jadi PR lama dh..aku dh lama tinggalkan ilmu pengetahuan bab artis.. sebab tu melopong je kalau kawan2 duk citer bab artis nyer gossip ke..bab citer baru kat TV ke...kesian aku kan...tu la mata duitan..kerja asyik cari duit je....

ko jadi tukang tampar nyamuk je la Nabil ( gambar dari instagram)

Dengarnya tgh trending lagu Wanita Terakhir nyanyian Fattah Amin ni ..best ke lagu tu?huih gigih ko aku duk download nak dengar best sgt ke lagu yang dikatakan khas buat Neelofa...the best thing aku dengar Fattah duk nyanyi khas buat Neelofa kat Meletop....wah....untung la Neelofa....cinta bertaut kembali lepas sessi merajuk hati tu eh....

Fattah Amin dan Neelofa di set Meletop
Semoga ada jodoh mereka berdua...

credit gambar to Instagram Lofattah Lovers


Aku bukan peminat diorang tp kuat nak amik tau gak la benda2 havoc duk sana sini citer sampai tealady opis aku pun duk cair bila citer pasal ni..jangan la ada yang kutuk...kang ada yang kena maki...pas tu bila masing2 tengok IG ke apa ntah..mula la tersenyum2...haih..demam Lofattah ni dh merebak rupanya...Aku je x amik tau...untung gak bila bukan peminat ni...at least aku x senyum sorang2 macam diorang...Kalau tak confirm aku kena kutuk.....

#ehhh...


Tuesday, September 6, 2016

Status Suami Orang Punca Fafau Batalkan Pernikahan

Hafiz Berstatuskan Suami Orang Punca Fara Fauzana Batalkan Perkahwinan?

Gambar sumber google

Pastinya semua peminat dan kita amat terkejut apabila Fara Fauzana telah mengumumkan akan membatalkan majlis perkahwinannya walaupun ianya hanya tinggal lagi 2 minggu sahaja sebelum tarikh dirinya akan disatukan dengan  bakal suaminya Hafiz. Walaubagaimanapun Fara tidak berkongsi sebarang sebab kerana ianya adalah terlalu peribadi, banyak spekulasi-spekulasi tentang pembatalan perkahwinan ini telah tersebar luas di Internet. Menurut Harian Metro, punca sebenar pembatalan majlis perkahwina ini adalah tidak lain tidak bukan, adalah kerana Hafiz sebenarnya telah pun berkahwin dan statusnya merupakan suami orang.

Menurut sumber yang dipercayai , Hafiz sebenarnya sudahpun berkahwin dan hal itu selama ini telah dirahsiakan daripada pengetahuan Fara Fauzana sehinggalah tarikh perkahwinan mereka yang semakin hampir ini. Namun semua tidak menjadi apabila Hafiz ‘pecah tembelang’, Oleh disebabkan itu Fara Fauzana akhirnya terpaksa membatalkan perkahwinannya kerana dia tidak mahu bermadu dalam senyap. Untuk pengetahuan anda, Hafiz adalah Ahli Jawatan Kuasa Pemuda Umno satu bahagian di Lembah Pantai sejak dari awal-awal lagi didakwa tidak pernah langsung berterus-terang dengan Fara mengenai statusnya itu. Tulis Harian Metro:-

Berat betul dugaan Farah Fauzana..nasib baik dia dh dapat tau awal sebelum terjebak..semoga Fafau terus tabah menghadapi dugaan...

Monday, September 5, 2016

Gempar Farah Fauzana Batalkan Pernikahan

Fafau Batalkan Pernikahan Yang Bakal Berlangsung Pada 17 September


Gambar sumber google

Sekali lagi dunia hiburan dikejutkan lagi dengan berita panas pada hujung minggu ini. Selebriti Fara Fauzana yang sebelum ini mengadakan sidang media mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang jejaka bernama Hafiz mengatakan mengambil keputusan membatalkan majlis pernikahan tersebut.

Fara Fauzana mengumumkan membatalkan pernikahannya yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, Petaling Jaya.

"Dengan penuh rasa duka cita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang dengan pemuda bernama Hafiz telah dibatalkan atas sebab-sebab yang terlalu peribadi.

"Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk saya ambil" jelas beliau. - Utusan

Apapun kisah di sebalik pembatalan pernikahan beliau semoga Fafau tabah menghadapi dugaan..seandainya tidak boleh dibetulkan seeloknya tidak perlu diteruskan..semoga pasangan ini dapat menemui keputusan yang baik untuk apa jua permasalahan yang timbul...

Tuesday, August 16, 2016

Lara Alana Miliki Program Realiti TV Sendiri

Program Realiti Lara Oh Lara 

Anak kepada pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana menjadi kanak-kanak pertama yang memiliki program realiti sendiri berjudul Lara Oh Lara..
Percaya tak Lara mempunyai jumlah pengikut seramai 2.1 juta di laman Instagram..antara pengikutnya aku la..hehhe..dari dia kecik aku follow..suka tengok dia yang cheeky, comel dan geram tengok keletahnya...

Sumber google

Menurut Awal, program ini bukan sahaja memaparkan aktiviti harian Lara di rumah tetapi juga di sekolah, taman hiburan, percutian ke Jepun dan beberapa lokasi lain. selain menjadi kanak-kanak pertama yang mempunyai program realiti, Lara juga mencatat sejarah apabila memiliki pengikut si laman instagram yang tertinggi dan laman facebook Lara juga mencatat jumlah likes tertinggi
Lara oh Lara akan mula bersiaran esok jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD..

Confirm aku kena tengok ulangan siaran la sebab rumah sewa aku ni takde Astro...alaaaa...nak tgok jugak...kena cari kat youtube la nanti kan....sedihnya..dah la Lara tu comel..suka tengok keletah dia...


Friday, April 8, 2016

Pelawak Mr Os Meninggal Dunia

Innalillahhiwainnailaihirajiun

Mr OS atau Yusof Bin Hamid

Satu Kehilangan yang besar bagi industry seni tanahair kita..tiada lagi lawak jenaka arwah yang mampu menghiburkan kita semua...
Takziah buat keluarga arwah terutamanya adik Husna Yusof, blogger dan juga merupakan anak arwah...
Selepas berita arwah dikatakan meninggal dunia kini beliau betul-betul pergi meninggalkan semua..

AL- FATIHAH


Monday, December 14, 2015

Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2

Juara Gegar Vaganza 2



Siti Nordiana atau lebih popular dengan panggilan Nana menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Farahadhiya, Ezad Lazim, Haiza, Nassier Wahab dan Acong Sweet Child, sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah trofi serta berpeluang merakamkan single terbitan Astro. Nana yang dikenali menerusi lagu Memori Berkasih turut menerima pakej percutian ke Madrid, Sepanyol bernilai RM30,000.

Lagu Putus Terpaksa yang dipopularkan oleh Ziana Zain dipersembahkan oleh Nana dengan baik sekali dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir.

Sementara itu 

Naib Juara: Farahdhiya

Ketiga: Ezad Lazim

Keempat: Nassier Wahab

Kelima: Acong Sweetchild

Keenam: Haiza

Tahniah buat Siti Nordiana...mak aku cakap semalam...habis je Gegar Vaganza ni dah takde la hiburan malam Ahad...amboi mak..bukan main lagi kan...hehehe...orang tua2 kan..malam- malam tv je la yang boleh mengubat sepi diorang selain melayan kerenah cucu...

Thursday, August 6, 2015

Ini Baru Gedik Tapi Comel...

Aaisyah Dhia Rana Buah Hati Che Ta & Zain Saidin...


Setuju tak if aku cakap artis ni la paling gedik dan comel...buat la apa gaya sekali pun dia tetap comel...hati terpaut dengan kelincahan anak Che Ta ni bergaya...ya allah..comelnyaaa..mata bulat...tembam tembun..isyyy...memang geram la...kalau ada depan mata memang dah jadi mangsa kena kunyah ni....nak2 part peha dia tuh....


dengan peplum dia...buat gaya gedik...sapa tak terpaut hati


ini lagi la...adorable nyer dia....


comel..gaya yang bersahaja menawan...


tgok yang ni aku tak focus kat dia...aku focus tang gelang dia tu...tebal dowh....


ok yang ni simple and funky style


ini dah elegant habis dah ni


masih focus kat gelang tangan...emas tuhhh...emas.....

Untung la jadi anak selebriti...mak artis automatik anak pun jadi artis...artis termuda kan...tak salah Che Ta nak mewah2 kan anak dia...anak dara sorang...anak dia yang perkahwinan dulu bujang dah kan...dah ada geng ni...melaramkan anak la kan...sama gak ngan aku masa anak kecik dulu...nampak u cantik nampak ni cantik...main beli jer...last2 ada yang tak pakai siap ada tag lagi...orang perempuan kalau tak membazir tak sah kan...sib baik la sekarang dengan si dia tu...pandai la skit aku jaga perbelanjaan..dah tau nilai2 duit dan apa yang penting....kalau tak jumpa si dia...aku rasa aku sesat jauh dah dalam dunia shopping mopping nih...memang dah muflis dah...hahaha...ye dulu aku kaki shopping tp sekarang aku sangat berkira...beli keperluan aje...zaman huha sana sini dah lama berlalu dah....kepada kaki2 shopping yang belum insaf tuh...kembali lah ke pangkal jalan...sudah2 lah tu...zaman-zaman GST ni ingat orang takut nak berbelanja tapi non hadonya...makin ramai orang kat semua shopping mall...troli pun penuh sentiasa....GST amenda??

Sunday, November 30, 2014

Erra Fazira Belanja Remy Ishak Char Kuew Teow....


Gambar sumber FB ROTIKAYA

Cool...sangat2 cool....sempoi je Erra dan Remy Ishak kan....nampak mesra jer kan...seandainya ada apa2 antara mereka pun apa salahnya,..dua2 bujang kan...sama cantik sama padan...ohoi...nampak x apa yang aku nampak?
focus mata korang kat cili jeruk tu...mang aiii....maunya buasair jap lagi ni kang....banyak giler kot..ke marah si penjual tu?hahahaha....apapun....aku memang minat diorang berdua ni....
semua lakonan diorang memang best...especially Remy Ishak tu...
ehem!!!!

Selamat berhari minggu korang....aku dating berdua ngan Dania kat Mid Valley ni....

Saturday, September 7, 2013

Aktres Maimon Talib Meninggal Dunia..

Aktres Maimon Talib Meninggal Dunia Akibat Kanser


KUALA LUMPUR, 7 SEPT 2013: Setelah bergelut dan menderita akibat penyakit kanser payudara yang dihidapinya, pelakon versatil Maimon Talib telah pun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Terdahulu, Allahyarhamah Maimon Talib dilaporkan berada di dalam keadaan kritikal sewaktu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya. Dia menghidap penyakit kanser payudara tahap keempat.

Kehilangan arwah ternyata satu kehilangan yang cukup besar buat industri seni hiburan tanah air khususnya drama dan perfileman kerana dia seorang pelakon yang serba boleh dan sentiasa membawakan karektor lakonannya dengan hidup dan berkesan.

Arwah juga banyak berlakon dalam drama tempatan. Antara filem yang pernah Maimon Talin adalah Budak Pailang", "Sumpahan Kum-Kum", "Semerah Cinta Stilleto", "Pensil", "Cuci", dan banyak lagi.

Portal Murai ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Maimon Talib. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mudahan-mudahan rohnya akan ditempat di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

SUMBER MURAI.COM

Friday, July 8, 2011

Mother Enrique Iglesias

Cun Giler kan????????







Kalu diberi pilihan...
of course i pilih anak dia...
Berangan la ko Riz oiiii....hahahaha......Jumaat yang tension...sebab x tau macam mana nak balik Seremban malam ni...semua perkhidmatan awam akan menjadi sesak....
alangkah bestnya kalau ada Helicopter kan?


Tuesday, January 18, 2011

Gempar!!!Kelibat Vanidah Imran dan Suami di Mahkamah Syariah...

Mereka pasangan artis yang sentiasa dalam keadaan bahagia dan romantik ..dalam harian Metro hari ni terpampang cerita tentang pasangan ini ke Mahkamah Syariah bersama seorang wanita dan sumber ada memaklumkan bahawa mereka hanya menemani seorang saudara wanita yang emmpunyai urusan disana..sejauh mana kebenaran...kita tunggu....haaa..ada x macam farah fauzana...hehehee.....



Lagi berita sila klik Di Sinun

Petang2 bergossip lak kita yer....selalu pagi2...komputer opis Lisa buat hal..x leh nak buat kerja sangat...tapi bertenet boleh...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah