Friday, January 20, 2017

Buntat Bakal Muncul Dalam Filem Jibam The Movie


Pelakon cilik drama 7 Hari Mencintaiku teruja apabila dirinya kini terkenal dan sudah mempunyai peminat sendiri.

Muhammad Arif Abdullah, pelakon watak Buntat berkata apa yang menyeronokkan ialah peminat di sekolah terdiri daripada pelajar yang lebih berusia daripadanya.

“Gembira sebab di sekolah semua panggil Buntat. Kakak-kakak, abang-abang pun panggil Buntat jadi seronoklah Buntat.

“Paling seronok ambil gambar dengan peminat, lepas itu mereka tanya seronok ke berlakon?

“Kawan- kawan di sekolah pun selalu ambil gambar dengan Buntat. Mereka selalu pesan, ‘Buntat sudah terkenal sekarang, jangan berlagak''


Pelajar SMK Seri Mahawangsa, Jitra, Kedah ini meruntun hati orang ramai apabila watak dibawanya memberi kesan kepada penonton.

Kemuncak watak Buntat apabila dia dibunuh Khalil lakonan Ungku Hariz dan sebelum itu menjadi mangsa penderaan oleh keluarga bapa angkatnya.

Adegan Buntat mati dipukul menjadi tular apabila penonton mengakui tidak dapat menahan air mata kerana terlalu sedih.

Arif, 12, berkata kejayaan drama itu tidak dijangka kerana babak-babak diberi sukar untuk dilakonkan.

“Buntat memang tidak sangka watak itu menjadi tular tetapi bila menjadi, Buntat syukur saja.

“Paling susah masa adegan mati itulah sebab Buntat kena tahan nafas dan berjam-jam lamanya juga mahu buat adegan tersebut,” katanya.

Selepas 7 Hari Mencintaiku, Arif bakal muncul dalam filem Jibam The Movie mengisahkan suka duka seorang kanak-kanak mengharungi kehidupan selepas kematian bapanya yang dikhianati orang.

Filem terbitan Jajja Production bakal berada di pawagam Mac ini.

Credit to SUMBER

Kekal orang panggil nama dia Buntat dari nama sebenarnya...bukan main lagi kan..Penangan berlakon dalam 7 Hari Mencintaiku..bakat Buntat atau Arif kini kian terserlah...korang boleh check
https://www.showtimes2u.com/malaysia/south/seremban/gsc-palm-mall/ untuk movie terbaru yang bakal ditayangkan..SA memang selalu tengok wayang di GSC Palm Mall Seremban sebab dekat dengan rumah SA..Tak sabar nak tunggu filem Jibam The Movie ini di tayangkan.

13 comments:

  1. Buntat is awesome.. dah famous dah dia

    ReplyDelete
  2. Lady baru semalam tengok buntat. Xtengok tv, maka xkenal buntat.

    ReplyDelete
  3. Oh no Jibam tu sedih nak mampus. Kita nangis beria2 masa baca novel tu. Baca berkali2 pun nangis berkali2.

    ReplyDelete
  4. buntat la ... aku suka novel jibam tu mesti best klu buntat belakon

    ReplyDelete
  5. Anak saya umur 2 tahun setengah peminat setia buntat. Sampai buntat masuk news paper pun,dia nak beli paper tu... buntat oh buntat

    ReplyDelete
  6. buntat.....suka cara sebutan siti saleha...macam pelat2 gitu bila dia sebut buntat...

    ReplyDelete
  7. Dulu, masa kecik... suka baca novel Jibam tue.. Memang best, feel dia lain macam sikit.

    Harap movie dia xmengecewakan....

    ReplyDelete
  8. Buntat ni memang berbakat. Hari tu tengok kat majalah tiga, jenis tak sombong budak ni. Bagus ^^

    ReplyDelete
  9. sha tak tengok episod buntat meninggal. nanti nak kena tengok baliklah

    ReplyDelete
  10. Tau orang sebut pasal Buntat tapi ai tak tengok pun drama lakonannya.. eemm.. nak kena carik macam ni..

    ReplyDelete
  11. Sha baca buku dia je.. Filemnya Sha tak berjaya tengok..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah