Saturday, September 7, 2013

Aktres Maimon Talib Meninggal Dunia..

Aktres Maimon Talib Meninggal Dunia Akibat Kanser


KUALA LUMPUR, 7 SEPT 2013: Setelah bergelut dan menderita akibat penyakit kanser payudara yang dihidapinya, pelakon versatil Maimon Talib telah pun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Terdahulu, Allahyarhamah Maimon Talib dilaporkan berada di dalam keadaan kritikal sewaktu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya. Dia menghidap penyakit kanser payudara tahap keempat.

Kehilangan arwah ternyata satu kehilangan yang cukup besar buat industri seni hiburan tanah air khususnya drama dan perfileman kerana dia seorang pelakon yang serba boleh dan sentiasa membawakan karektor lakonannya dengan hidup dan berkesan.

Arwah juga banyak berlakon dalam drama tempatan. Antara filem yang pernah Maimon Talin adalah Budak Pailang", "Sumpahan Kum-Kum", "Semerah Cinta Stilleto", "Pensil", "Cuci", dan banyak lagi.

Portal Murai ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Maimon Talib. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mudahan-mudahan rohnya akan ditempat di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

SUMBER MURAI.COM

6 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah