Monday, December 14, 2015

Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2

Juara Gegar Vaganza 2



Siti Nordiana atau lebih popular dengan panggilan Nana menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Farahadhiya, Ezad Lazim, Haiza, Nassier Wahab dan Acong Sweet Child, sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah trofi serta berpeluang merakamkan single terbitan Astro. Nana yang dikenali menerusi lagu Memori Berkasih turut menerima pakej percutian ke Madrid, Sepanyol bernilai RM30,000.

Lagu Putus Terpaksa yang dipopularkan oleh Ziana Zain dipersembahkan oleh Nana dengan baik sekali dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir.

Sementara itu 

Naib Juara: Farahdhiya

Ketiga: Ezad Lazim

Keempat: Nassier Wahab

Kelima: Acong Sweetchild

Keenam: Haiza

Tahniah buat Siti Nordiana...mak aku cakap semalam...habis je Gegar Vaganza ni dah takde la hiburan malam Ahad...amboi mak..bukan main lagi kan...hehehe...orang tua2 kan..malam- malam tv je la yang boleh mengubat sepi diorang selain melayan kerenah cucu...

9 comments:

  1. GV ni dah jadi fenomena...habis GV ni boring la wei takde hiburan yg best lagi dah...huhu...
    tahniah nana, nana mmg best malam tadi...tapi kecewa ada ke patut haiza no.6...at least bg la dia no. 4 ke...

    ReplyDelete
  2. setuju dgn wahida.
    tak setuju langsung haiza yg terakhir.adoii

    kemenangan nana mmg dijangka. tepat.hihi tahniah buat nana :)

    pppstt:ada seiras seirama pulak nanti.gannti gv

    ReplyDelete
  3. Akk suka nana ni. Nampak sopan je

    ReplyDelete
  4. puas ati nana menang kan SA, :)

    ReplyDelete
  5. ramai yg tak suke nana menang... tp bg dana ok je sbb dia mmg menunjukkan kesungguhan n persembahan menarik tiap minggu... haiza tuh kesian dpt last place sbb persembahan dia pun mantap jgk

    ReplyDelete
  6. suka siti nordiana menang!!!

    Anda telah di tag!!

    http://www.mystorymory.com/2015/12/10-soalan-daripada-adik-karimah.html

    ReplyDelete
  7. Dulu-dulu rajin ikut nana...memang suara sedap ! Tapi zaman Nana dulu ramai artis hebat-hebat. Nana pulak asyik di gandingkan dgn arwah Achik. Mungkin sbb tu orang tak berapa suka. Kini Nana lebih matang ...

    ReplyDelete
  8. Org nogori tu kak. Suara dia mmg power. Lagu ziana dgn niki ardila semua dia boleh tapau.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah