Showing posts with label Berita Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Berita Akhbar. Show all posts

Wednesday, April 24, 2024

Malaysia Bersedih Kehilangan 10 Wira Negara

 Assalamualaikum wrt..

Semalam...seluruh negara bersedih diatas kehilangan 10 wira negara dalam kejadian helicopter bertembung dan terhempas ketika menjalani latihan sempena Sambutan Hari Ulangtahun ke 90 TLDM

Justeru Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-90 TLDM dibatalkan, diganti majlis tahlil dan doa.

Innalillahiwainnailaihirojiun buat mangsa yang beragama islam dan rest in peace buat mangsa yang bukan beragama islam..semoga roh semuanya bersemadi dengan tenang...


Tragedi 2 helikopter terhempas 

Inilah wajah mereka yang terkorban…


Pesawat Agusta WestlandHOM (M503 3) 4 orang kru dan 3 penumpang:

1. Komander Muhammad Firdaus Ramli - Pegawai Memerintah Skuadron 503.

2. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

3. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

4. Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun.

5. Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

6. Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar

7. Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna


Pesawat Fennec (M502 6) 3 orang kru:

1. Komander Muhamad Amir Mohamad - Pegawai Memerintah Skuadron 502.

2. Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

3. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan, dua helikopter TLDM bertembung ketika raptai lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada jam 9.03 pagi tadi.

Nahas itu mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter jenis HOM-AW139 dan Fennec yang berlepas dari Padang Sitiawan, Perak.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

Pesawat HOM-AW139 terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.


Salam Takziah buat semua keluarga yang terlibat...


Kredit info : BH Online


Friday, October 9, 2015

2 kanak-kanak Orang Asli yang hilang dijumpai selamat



KUALA LUMPUR: Dua daripada tujuh kanak-kanak Orang Asli yang hilang sejak Ogos di dalam hutan di Kelantan dijumpai selamat berhampiran Sungai Perias di Gua Musang, hari ini.

Menurut Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), usaha menyelamat sedang dilakukan di lokasi berkenaan.

Portal The Star melaporkan kanak-kanak tersebut sebagai ialah Norieen Yakob, 10, dan Mirsudial Aluj, 11.

Portal itu turut melaporkan beberapa pegawai perubatan dikerah bagi memberi bantuan kesihatan segera kepada mereka sebelum kanak-kanak itu dipindahkan ke Hospital Gua Musang pada jam 2 petang tadi.

Semalam, sebahagian rangka seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti jantina, dijumpai di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan.


Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata rangka berkenaan, iaitu tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk, dijumpai pada 3.50 petang, Rabu. 

Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.
Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10; dan Miksudiar Aluj, 11 - kesemuanya berasal dari Kampung Gawin dan Penad. 

Alhamdulillah dah jumpa..sedihnya tengok keadaan mereka...korang tengok la portal The star..ada video..sebak hati tengok sebab budak tu sebut lapar...lapar....
Allah tak sampai hati SA tengok dah......

Sumber : Astro Awani & The Star Portal

Friday, September 25, 2015

Imam maut ketika solat sunat Aidiladha

Mudahnya Ajal Menjemput


IMAM Masjid Kampung Temeris, A Karim Ismail, menghembuskan nafas terakhir ketika sujud semasa mengimamkan solat sunat Aidiladha


KUALA PILAH: Seorang imam menghembuskan nafas terakhir ketika mengimamkan solat sunat Aidiladha, di sini, dipercayai akibat serangan jantung. Dalam kejadian jam 8.30 pagi di Masjid Kampung Temeris, di sini, A Karim Ismail, 66, dikatakan terbatuk dan mengerang kesakitan pada tahiyat akhir, sebelum rebah tidak sedarkan diri. Anaknya, Amran, 40, berkata seorang makmum di belakang bapanya segera mengambil alih tugas imam dan memberi salam bagi menamatkan solat berkenaan. "Kami kemudian meluru ke arah ayah dan mendapati dia tidak sedarkan diri.

Kami segera menghantarnya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, namun dia disahkan sudah meninggal dunia," katanya. Amran berkata, beliau dan ibunya, Napsiah Ahmad, 64, berada di masjid dan mereka terkejut dengan kejadian itu. Katanya, bapanya sudah lama menghidap penyakit jantung, justeru mereka percaya kematiannya disebabkan serangan penyakit itu. "Kami sekeluarga reda dengan pemergian ayah yang terkenal sebagai seorang lelaki yang baik dan disenangi orang kampung," katanya. Beliau berkata, jenazah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temeris selepas solat Asar.

Ketua kampung itu, Mohd Yunus Abdullah, 64, berkata beliau menyedari sesuatu yang pelik kerana imam sujud lebih lama daripada biasa dan terkejut apabila mengetahui dia meninggal dunia tidak lama kemudian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abd Rahman, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

SUMBER

Thursday, September 10, 2015

Helmet Viral Di FB

Topi keledar RM47,000




Kuala Lumpur: "Topi keledar yang dijual pada harga puluhan ribu ringgit itu adalah unik dan sukar ditemui di negara ini," kata penjual topi keledar yang mahu dikenali sebagai Hazwan, 29.
Hazwan adalah pemilik topi keledar yang dijual dengan harga RM47,000 sehingga menjadi 'viral' di Facebook (FB), baru-baru ini.

Bapa kepada seorang anak berusia lapan bulan itu berkata, topi keledar Shoei jenis J- Force II Jack Red berwarna merah yang dijual diperolehi dari Jepun melalui seorang pengantara dari Singapura yang membuat bidaan harga sebelum dibawa masuk ke negara ini.

"Saya menganggap harga yang ditawarkan selepas melakukan bidaan iaitu RM47,000 itu sangat berpatutan berbanding harga sebenar iaitu lebih RM60,000.

"Selepas seminggu dibawa masuk ke Malaysia, topi keledar itu dibeli oleh seorang lelaki India berusia 30-an dikenali sebagai Mok yang juga penggemar dan pengumpul barangan itu pada Isnin lalu," katanya ketika dihubungi Harian Metro, petang tadi.

Katanya, lelaki itu ada memaklumkan kepadanya bahawa dia sudah sekian lama mencari topi keledar berkenaan selain hobinya yang gemar mengumpul topi keledar.

"Dia (Mok) teruja ketika melakukan pembelian dan wang bukan halangan baginya untuk memenuhi kehendak dan kepuasannya," katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu ambil peduli reaksi dan pandangan negatif yang dilemparkan segelintir pengguna di FB yang mengecam harga topi keledar itu.

"Pada awalnya saya agak terkejut apabila gambar yang dimuat naik melalui FB saya menjadi ‘viral’.
"Saya baru dua bulan menjalankan perniagaan ini dan alhamdulillah ia mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada penggemar topi keledar di negara ini.

"Semuanya timbul kerana minat tidak kiralah harga RM100,000 sekalipun kalau sudah minat itu semua bukan halangan,” katanya.



Suriaamanda

Mak oii...RM47,000, bagi aku la leh aku buat majlis kawen...tapi betul jugak..people nowdays kalau dah minat memang takleh nak kata apa la...tapi amount tu macam melampau giler kot..walau macam mana pun keadaan ekonomi negara sekarang ni..ramai je yang banyak duit sebenarnya kan..tapi kalau untuk benda macam ni memang pendapat peribadi aku memang nonsense la...ridiculous..bila up tentang ekonomi dengan matawang jatuh ramai jer yang meroyan..tapi bab memabzir hanya untuk sebuah helmet ni...memang viral tapi sapa pun peduli kan...viral pun sekejap je..esok lusa orang dah lupa dah...aduhai...

Macam-macam hal la...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah