Friday, October 9, 2015

2 kanak-kanak Orang Asli yang hilang dijumpai selamat



KUALA LUMPUR: Dua daripada tujuh kanak-kanak Orang Asli yang hilang sejak Ogos di dalam hutan di Kelantan dijumpai selamat berhampiran Sungai Perias di Gua Musang, hari ini.

Menurut Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), usaha menyelamat sedang dilakukan di lokasi berkenaan.

Portal The Star melaporkan kanak-kanak tersebut sebagai ialah Norieen Yakob, 10, dan Mirsudial Aluj, 11.

Portal itu turut melaporkan beberapa pegawai perubatan dikerah bagi memberi bantuan kesihatan segera kepada mereka sebelum kanak-kanak itu dipindahkan ke Hospital Gua Musang pada jam 2 petang tadi.

Semalam, sebahagian rangka seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti jantina, dijumpai di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan.


Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata rangka berkenaan, iaitu tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk, dijumpai pada 3.50 petang, Rabu. 

Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.
Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10; dan Miksudiar Aluj, 11 - kesemuanya berasal dari Kampung Gawin dan Penad. 

Alhamdulillah dah jumpa..sedihnya tengok keadaan mereka...korang tengok la portal The star..ada video..sebak hati tengok sebab budak tu sebut lapar...lapar....
Allah tak sampai hati SA tengok dah......

Sumber : Astro Awani & The Star Portal

7 comments:

  1. kesiannya diorang...lagi kesian yang dah meninggal tu kan..anak-anak apalah tau SA...

    ReplyDelete
  2. Tak sanggup akak nk tgok SA..kurus cengkung...x dpt bygkn perasaan anak2 kecil ni kelaparan & ketakutan..yg 5 org lagi dh disahkan meninggal kan..sedihnya...

    ReplyDelete
  3. irra tak tengok lagi berita..baca2 je dr gorup whatsapp...huhuu semoga cepat sihat

    ReplyDelete
  4. Baca newspaper pagi ni,khabarnya diaorang hanya makan daun dan minum air jer sepanjang 48 hari tersebut..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah