Friday, September 25, 2015

Imam maut ketika solat sunat Aidiladha

Mudahnya Ajal Menjemput


IMAM Masjid Kampung Temeris, A Karim Ismail, menghembuskan nafas terakhir ketika sujud semasa mengimamkan solat sunat Aidiladha


KUALA PILAH: Seorang imam menghembuskan nafas terakhir ketika mengimamkan solat sunat Aidiladha, di sini, dipercayai akibat serangan jantung. Dalam kejadian jam 8.30 pagi di Masjid Kampung Temeris, di sini, A Karim Ismail, 66, dikatakan terbatuk dan mengerang kesakitan pada tahiyat akhir, sebelum rebah tidak sedarkan diri. Anaknya, Amran, 40, berkata seorang makmum di belakang bapanya segera mengambil alih tugas imam dan memberi salam bagi menamatkan solat berkenaan. "Kami kemudian meluru ke arah ayah dan mendapati dia tidak sedarkan diri.

Kami segera menghantarnya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, namun dia disahkan sudah meninggal dunia," katanya. Amran berkata, beliau dan ibunya, Napsiah Ahmad, 64, berada di masjid dan mereka terkejut dengan kejadian itu. Katanya, bapanya sudah lama menghidap penyakit jantung, justeru mereka percaya kematiannya disebabkan serangan penyakit itu. "Kami sekeluarga reda dengan pemergian ayah yang terkenal sebagai seorang lelaki yang baik dan disenangi orang kampung," katanya. Beliau berkata, jenazah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temeris selepas solat Asar.

Ketua kampung itu, Mohd Yunus Abdullah, 64, berkata beliau menyedari sesuatu yang pelik kerana imam sujud lebih lama daripada biasa dan terkejut apabila mengetahui dia meninggal dunia tidak lama kemudian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abd Rahman, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

SUMBER

13 comments:

  1. Alfatihah. Patut tuka tajuk. Meninggal instead of maut. Huu

    ReplyDelete
  2. Macam2 cara Allah nak ambil umatnya.. AlFatihah

    ReplyDelete
  3. Meninggal dalam keadaan yg sangat baik..semoga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
    Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.
    Kita Dijajah Dengan Rokok

    ReplyDelete
  5. orang baik2.. dijemput juga dalam keaadan baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn kak siti...org baik2 ni Allah ambil dlm sujud semua kan... Innalillah

      Delete
  6. Orang baik baik... perginya pon cara baik baik...

    Al fatihah

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah buat arwah..
    Takziah buat keluarga arwah..

    ReplyDelete
  8. Salam, al-fatihah dan takziah buat keluarga...
    Rasa terharu bila ada insan yang meninggal ketika sedang berbuat baik..
    Semoga rohnya dicucuri rahmat, aminn

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah