Showing posts with label Pelik Tapi Benar. Show all posts
Showing posts with label Pelik Tapi Benar. Show all posts

Friday, May 13, 2016

Sekali Bersalin Keluar 5 Orang, Untungnya.....

Apa???

Bersalin kembar 5? ahaiiii....kembar dua pun dah terasa seksanya macam mana kan...inikan plak kembar 5..ekceli mental kena kuat la kalau nak ada anak kembar..fizikal apatah lagi kan..macam adik aku masa kandungan usia 5-6 bulan baru tau yang dia mengandung kembar...memang happy, sebab rezeki kan...tapi mental dan emosi juga kena kuat...persediaan dari pelbagai sudut kena kukuh especially kewangan....inikan plak kembar 5....jangan salah faham ye...aku bukan mengata..aku cuma memberi pendapat..kalau mampu dari semua segi bagus la kan...

Semalam ternampak ada orang share kat FB...wanita ni lahirkan kembar 5, 4 perempuan dan sorang lelaki...ya allah....seronoknya...sekali bersalin keluar 5 orang sekaligus....pas tu tak yah nak bersalin lagi dah kan..memang rezeki dia la...


comel jer perut dia..tp macam kandungan biasa je dan tak nampak besar...


sekali bawak 5 orang...respect kat wanita ni


alahaiiii....comelnya...dah macam anak burung plak dalam sarang...ahaks....cutenyaaaaa


alalalala...yang ni pun co mel sangat laaaa......

Kalau la aku dikurniakan anak kembar macam tu....sekali 5....benda pertama aku nak cakap...alhamdulillah...cukup la sekali ni aku bersalin...hahahaha....cuma aku tak leh bayang kan akalu aku yang ada anak kembar 5 ni...terfikir macam mana nak jaga...makan minum pakai diorang....persekolahan, perubatan....huiiii banyak benda nak fikir...kena dapatkan support dari family jugak ni...kalau berdua laki bini jer..aku rasa tak kuat kot....selebihnya...aku berserah ajer la...

Korang agaknya macam mana? terfikir tak macam yang aku fikirkan?


SUMBER : FB

Wednesday, September 23, 2015

Tudung Bawal RM1238.00???

BAWAL TAJIMA YANG VIRAL

Hi korang...macam-macam viral sekarang ni...makin lama makin pelik la...kali ni tudung bawal plak yang viral..giler...rega RM1238.00..seriusly mahal dan aku tak pasti la ada yang beli ke tak..hehehe...harga macam tu belanja dapur kat rumah Seremban untuk 2 bulan tu....mengarut betul....

Ada ke yang nak beli tudung ni? 

Sanggup ke?

Aku rasa mak-mak datin pun fikir banyak kali nak purchase kot...tapi mana la tau kan...zaman sekarang ni orang suka yang viral-viral ni....



*Gambar sumber FB

yang best masa baca komen untuk status tu la...ada salah satu komen yang sangat2 win la...

  • Azfar Roslan kalis api neraka barang kali
    LikeReply212 hrs
  • Giler la komen macam tu...takut aku nak baca...hehehehe....apapun...macam-macam la yang viral sekarang ni...dari baju..dari topi keledar...dari status update kat FB dan macam-macam lagi termasuk la tudung bawal exclusive ni...agak-agak lepas ni apa plak kan...jangan ada yang viralkan spender ngan bra dah la...hehehehe....menakutkan je kalau ada..

Apapun...negara kita masih aman...eh..eh...krikk...krikkk....

Friday, July 5, 2013

Pelik Tapi Benar..

Pelik memang pelik.. tp pada aku la....rasanya perempuan ni x betul kot....
Macam2 hal la diorang ni...hanya kerana taksub dengan getaran
Maka mekangsungkan oerkahwinan dengan jambatanberusia 600 tahun....
Hihihihi....gelak jap...jadi bahan kat opis...
Apa pendapat korang?


Sunday, June 16, 2013

Kembar 5???


Wanita ini selamat melahirkan kembar 5...
mak oiii...macam mana dia bawak diri eh?si Lisa yang kembar 2 tu pun payah nak bawak badan...
korang tgok scan perut dia tu..kedudukan baby dalam perut dia...x tercapai dek akal la..
tp tu la...x mustahil kan....


Monday, June 3, 2013

Ade Berani??

Ada sesapa berani guna athumb drive mcm ni?
menakutkan ye tak?
ada plak yang sakit jantung kang...huhu...


Tuesday, November 27, 2012

Mulberry Fresh Dari Keluarga Berry


Tajuk asal entry ni telah ditukar kerana SA telah di tuduh tidak buat homework sebelum publish artikel..buat yang komen terima kasih diatas keprihatinan anda tetapi sila baca disclaimer dahulu sebelum nak hentam sesuka hati..SA hanya blogger yang menulis mengikut apa yang ada di depan mata bukan blogger khusus menulis tentang tumbuh-tumbuhan..kalau peelukan info tentang sebarang pokok sila refer ke website sepatutnya tau pihak FAMa...sekian terima kasih...


Korang pernah makan buah Mulberry yang fresh???
mest tak kan? apa rasanya ? 
masam2 manis..kalau yang kaler merah tu masam sket..kalau dah kaler gelap tu rasanya manis giler...
aku pun baru tau dari Pak Lang aku..di ada tanam sepokok la buah mulberry ni dan sedang berbuah lebat...mula2 x confident...tp bila dah ramai duk cuba makan kata sedap ..why not aku cuba kan...
memang sedap u olls....siyes..tp sayang ada satu pokok jer tepi pagar umah Pak Lang aku...

 geram tgok buah2 dia,....yg ni lom masak betul tau..
 sampai ke hujung dahan ada buah...
 tu yg hampir gelap tu dia baru nak masak..
 geram jer tengok kan?
 haaa..yang hitam tu dah masak ranum yer...
sama la mcm yang ni...

Semua tu habis aku makan sorang....tamak??xde makna..dah masing2 x nak makan kan..aku makan jer la..biar aku sorang jer cantik jelita..hahahaha...stement x leh belah kan...
khasiat mulberry korang google la sendiri...aku xde masa yang cukup nak compile kan kat sini...tp biasanya berry2 ni org buat jus kan?haaaaa...aku makan begitu saje....janji sodap....Pak lang aku geleng kepala jer..sapa suh rekomen kat aku kan..sure balik kampung jer aku kutip buah ni dulu....;)

Ada yang tanya betul ke ini buah mulberry?? kesahihan nya aku x tau la..dah itu Pak Lang aku bg tau...dia dapat benih dari kawan dia..lama gak amik masa berry ni hidup..pokok ni boleh hidup kat tanah Malaysia pun aku baru je tau...x tau la kat tempat lain....Pak Lang jaga pokok ni memang teliti...tp syg..cuma ada sebatang jer..dia nak biakkan melalui kaedah "tut"..tp masih belum berhasil...

Tuesday, July 19, 2011

Pelik Tapi Benar Puting di tapak kaki wanita

PUTING  pada tapak kaki wanita berusia 22 tahun.
PUTING pada tapak kaki wanita berusia 22 tahun

LONDON : Seorang wanita muda mencatatkan sejarah perubatan selepas disahkan mempunyai puting ketiga di kakinya.
Penyelidik percaya masalah yang dialami wanita berusia 22 tahun itu adalah yang pertama seumpamanya.

Antara satu hingga lima peratus penduduk dunia dipercayai menghidap masalah itu, yang secara klinikalnya dirujuk sebagai tisu payu dara tambahan. Puting tambahan itu biasanya ditemui pada bahagian atas pinggang.

Bintang pop, Lily Allen juga terkenal kerana memiliki puting tambahan pada payu dara kirinya.

Kakitangan perubatan percaya, kemunculan puting tambahan di bawah paras pinggang, terutama di tapak kaki, tidak pernah berlaku sebelum ini.

Penemuan itu dilaporkan dalam jurnal perubatan, Dermatology Online.


Pengarangnya menulis: “Seorang wanita berusia 22 tahun mendapatkan rawatan bagi masalah di tapak kaki kirinya, puting payu dara yang terbentuk dengan baik, dikelilingi areola dan bulu.
pix_topright

“Ujian mikroskopik terhadap dermis menunjukkan kewujudan folikel bulu, kelenjar ekrin dan kelenjar minyak. Tisu lemak juga dikesan pada pangkal lesi itu. Penemuan klinikal dan histopatologik adalah selaras dengan diagnosis tisu puting tambahan yang juga dikenali sebagai ‘pseudomamma.’ “Berdasarkan pengetahuan kami, ini adalah laporan pertama mengenai tisu payu dara tambahan di kaki.” Menurut laporan itu, ia wujud sejak lahir. Wanita berkenaan tidak mengadu sakit dan tidak ada anggota keluarganya yang lain berdepan dengan masalah itu. Puting tambahan itu kini mempunyai ukur lilit empat sentimeter

“Tisu puting tambahan yang dikenali sebagai SBT jarang ditemui di luar garisan kelenjar mama. Namun, ia pernah dilihat sebelum ini di belakang badan, bahu, muka dan juga paha,” menurut jurnal itu. - Agensi

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah