Showing posts with label mantai. Show all posts
Showing posts with label mantai. Show all posts

Saturday, June 15, 2024

Mantai....

Assalamualaikum..

Pagi ni SA dan adik no 4 pi beli daging segar untuk buat rendang esok...Mantai laa...apa lagi...cuma nyer kami beli kat Rantau..nak masuk pasar Ampangan tu mak aiiii...jammed betul...lama sangat buang masa nak masuk ke pasar ampangan tu...sudahnya adik SA lencong terus ke Rantau je la...

Rantau plak x banyak orang Mantai....ada la satu dua...maybe orang yg meniaga standby untuk korban Isnin nanti kot...ke sebenaenya depa Mantai esok..hahaha...

Apapun dapat la beli 2kg daging pejal..daging bahagian peha ye...RM40 sekilo SA beli 2 kg...nak beli gearbox pakcik tu ckp sebatang RM100, umangaiiii....kat ampangan dapat gak la RM40-60 sebatang...giler mahal...isi bukan ada pun...



 Ni kami pi kat Rantau tadi..terus balik..


Pak Zain x sihat..dia x ikut..tapi dia tolong la siapkan daging untuk rendang esok


Dh siap potong dan asingkan untuk rendang dan untuk masak petang nanti...plan nak buat daging cincang aje...esok baru buat rendang...


SA dh siap masak dah...hari ni simple gak....2 jenis lauk je...menghabiskan stok dalam fridge sebenarnya...

Selalunya stok sayur banyak..buncis la..peria la, bendi la..kali ni tinggal terung je...

SA up next entry ye....



Sunday, March 10, 2024

Pak Zain Beli Daging 'Mantai"

Assalamualaikum..

Pagi ni lepas pi kubur Pak Zain terus pi area yang buat "Mantai" untuk beli daging fresh...SA plak demam dan batuk...nak masuk sebulan dh batuk x elok-elok...demam ni tiba-tiba je semalam...demam rindu arwah Mak Pah kot...

Pak Zain cakap dia beli daging cincang dengan daging kotak je..daging cincang beli kat tempat mantai, daging kotak beli kat family store..

Cukup la tu...kita bersederhana aje kan..lagipun kami 4 beradik perempuan dah buat collection every month untuk samhutan raya nanti...so dh ada allocation untuk raya





Pak Zain suruh masak sikit je untuk hari ni...esok masak lain plak untuk sahur...

Pak Zain cakap daging mahal betul...daging pejal je RM40 sekilo. Tulang plak RM35 sekilo...sudahnya Pak Zain beli daging cincang skit je ngan daging frozen kat Family Store...cukup la tu katanya...

Korang dh beli daging?


Wednesday, April 12, 2023

Mantai... Aktiviti Yang Dirindui...

Assalamualaikum..

Kalau korang follow SA lama memang tau la SA memang selalu share pasal Mantai ni...almost every year share aktiviti ni...malas plak nak cari entry yang lepas...takpe..kita citer lagi...Mantai merupakan aktiviti sehari sebelum puasa dimana orang- orang negeri sembilan bertungkus lumus menyediakan persiapan juadah hari raya. Masa tu la aktiviti beli daging lembu segar diadakan...ramai peniaga menjual daging lembu yang baru di sembelih di tepi- tepi jalan di setiap daerah...seronok la...tapi kena la keluar awal pagi..selalunya kami keluar sejurus selepas solat subuh...bukan daging lembu je..ada ayam, itik, kambing dan kerbau jugak...seronok uiii...tahun ni insyaallah SA nak ikut Pak Zain pi Mantai lagi...

Bercerita tentang Mantai...memang ini aktiviti yang dirindui...jenjalan ke kampung- kampung memang terasa bahang jhari raya...baru ni SA terbaca di group Negeri Sembilan Kini tentang aktiviti Mantai yang dirindui...SA share kat sini...dan credit to owner post di akhir entry...exactly apa yang family SA lakukan masa Mantai...

Kalau dulu masa kat kampung seronok...siap bakar lemang, masak lemang apa segala lepas tu bertukar juadah dengan jiran kampung...sambil buat persiapan tu semua...masa memasak sambil adik sepupu main meriam buluh...ya allah kalau ada anak kecik memang tka boleh tido la anak tu...masa tu la kami terjerit2 sebab terkejut...belum kes ada yang melatah lagi...masa tu la seronok mengusik...meriah betul...

Jom baca



Sup gearbox memang wajib buat every year...tahun ni buat jugak rasanya...


Rendang daging daun puding


Daging salai masak lemak cili api


Aktiviti Mantai....
 

MANTAI YANG DI RINDUI 😌 

Jika pasangan anda merupakan anak jati Negeri Sembilan dan tiba-tiba menyuarakan permintaan untuk pulang ke kampung sehari sebelum Ramadan, cubalah penuhi permintaan itu. Ia bukan permintaan biasa-biasa. Pasangan anda sedang mengingati sesuatu yang istimewa pada zaman kecilnya. Dia rindu dengan jeritan - mantai... mantai. 

Ini cerita "kami" tentang Mantai. 

"Mantai" pada orang Negeri Sembilan merupakan adat yang cukup istimewa. Ia berlaku sehari sebelum Ramadan. Pada kebiasaannya, semua seisi keluarga kami akan berkumpul dan melaksanakan aktiviti bersama dalam persediaan menyambut Ramadan keesokkan hari.

Biasanya pada hari Mantai, awal pagi lagi sudah kecoh seisi rumah kami. Daging atau tulang lembu harus didapatkan segera. Kalau dapat temusu, perut atau ekor lembu bagus juga. Jangan terperanjat jika ada keluarga yang menyembelih lembu awal pagi seolah-olah esok hari raya. Ada juga keluarga kami yang memilih untuk menyembelih beberapa ekor ayam kampung. 

Ibu akan jadi ketua untuk menentukan masakan. Habislah kelapa dipanjat untuk didapatkan santan. Pokok cili kami akan togel hari tersebut. Maklumlah, jika tiada cili apalah makna masakan kami. 

Jika rezeki baik adalah nangka muda yang boleh dibuat gulai atau belimbing buluh jadi pilihan. Jika tidak umbut kelapa kami gunakan. Mungkin juga rebung atau jantung pisang. 

Daun-daun kayu kami kumpul. Kami dapatkan pucuk ubi, pucuk kacang, daun kunyit, daun kaduk dan pucuk labu serta petai. Ibu kami masak semua daun-daun itu bersama tempoyak dan magiknya ia  jadi sambal tempoyak daun kayu yang sangat kami sukai. 

Mantai di sisi adat kami memang begitu. Kami menyediakan makanan yang istimewa. Lemang harus dibakar, dodol mesti dikacau. Jika musim durian tiba, dodol durianlah kami tahun itu. Rendang ayam atau daging pasti tidak dilupa. Nasi seperiuk godang harus ditanak. 

Anak-anak kecil akan ditugas membersihkan rumah. Dari ruang tamu hingga ke halaman. Malah ada yang sudah menyediakan pelita keliling rumah. Ia bagai pesta menyambut Ramadan.

Tidak dilupakan pada yang telah pergi. Kami akan ke kubur. Sedekahkan Al-Fatihah pada ahli keluarga yang pergi lebih dahulu. Dalam masa itu juga kubur akan kami bersihkan sebaiknya. Buat persediaan raya nanti bila saudara mara yang jauh datang bertandang.  Dapatlah mereka lihat bahawa kubur ahli keluarga bersih dan terjaga. Pada kami, jika kubur bersih, tanda ingatan kasih sayang kami pada yang pergi tetap sama dan tidak berubah. 

Hari ini juga kami sempatlah bertemu kawan-kawan yang lama sudah tidak ketemu. Ada masa terluang, sempat kami bersama ronda satu kampung menaiki motor lama ayah. Kami ke sekolah lama, atau mungkin ke sungai tempat mandi manda dulu atau mungkin ke lokasi rahsia kami kecil kecil dahulu. Bagi yang sedikit nakal, buluh kami cari. Tak lama selepas itu, berdentumlah meriam buluh kabait kami.

Kemuncaknya Mantai pastilah makan bersama. Makan bersila dalam bulatan besar sangat menyelerakan. Berpeluh peluh dek tiada kipas waktu itu ditambah masakan ibu yang pastinya pedas.

Malam bersedialah kami untuk ke Masjid untuk Terawih yang pertama. Makanan yang dimasak dari awal pagi akan dibawa bersama. Ia jadi hidangan bersama seisi kariah nanti. 

Dapatlah berkongsi rasa dan cerita sepanjang malam. Yang pandai mengaji, berlagulah masjid kami dengan bacaan Al Quran mengisi malam Ramadan yang syahdu. Kadang kala bacaan Al Quran berlagu bersama dentuman perang meriam buluh yang tidak selesai. 

Sahur esoknya, makanan tadi juga akan dihidang. Hanya mungkin ada tambahan. "Mano datang pulak rondang itik podeh ni?". Ia biasa pada kami kerana hidangan jiran juga akan sampai ke dapur kami. 

Itulah Mantai pada kami. Benar bahawa Mantai zaman ini sudah tidak sama lagi. Tapi kami harus juga balik mengadap rumah usang itu. Mengadap kubur yang sunyi itu.  Mengadap wajah ibu dan ayah yang makin di mamah usia itu.

Kami masih mahu mengadap tok guru mengaji Al Quran atau jiran tua yang kami anggap saudara. Malah kami sangat senang mengadap pokok durian, rambutan  atau mangga sambil tersenyum. Pasti ada kenangan zaman kecil yang istimewa. 

Kami masih mahu pulang di hari Mantai walaupun ia sudah tidak semeriah dulu. 

Mungkin yang kami cintai sudah tiada lagi atau mungkin seisi keluarga tidak lagi dapat berkumpul bagai zaman kecil kami.

Tetapi kami tetap mahu pulang ke kampung walaupun Mantai itu tidak sama lagi. Kerana apa? Kerana kami mahu mengenang zaman kecil yang nostalgik itu. Ia mungkin tidak ada apa apa makna pada orang lain. Pada kami - anak jati Negeri Sembilan - 'Mantai' itu terlalu istimewa.

Anak Jati Negeri Sembilan yang merindui "Mantai"nya.


Syirfan Indra

#NegeriSembilanKiNi

#Mantai

#DenAnakNogori

#negerisembilan


Tuesday, June 4, 2019

Pre Raya 2019 Rutin Setiap Tahun Pergi Mantai....

Hi korang...

Pagi semalam SA ikut abah pi Mantai..Apa mantai ni? haaa...kat NS sessi jual daging lembu segar tu dipanggil Mantai dimana di setiap daerah di NS ada peniaga jual daging lembu...SA memang suka la sebab dapat beli daging segar...Mahal memang mahal la..tapi demi dak buat rendang dimakan dengan lemang..memang buat aje la...tahun ni kami masih buat lemang lagi..tak sanggup beli sebab mahal..better buat sendiri...


Abah SA pilih daging batang pinang


Tulang selangka, sedap buat sup


Ingat nak beli tulang gearbox kat sini..tapi mahal sangat plak..sebatang tu RM60


Daging pejal RM34 sekilo


Memang seronok tengok orang beli daging


Tulang ni sebatang RM30..tapi xde isi


Abah pilih daging cincang


SA amik peluang selfie 


Seramm tengok..siap terjelir lidah..

Lepas beli daging, SA pi cari itik plak..nak buat masak rempah itik salai..mula2 nak buat rendang..tapi dh ada rendang daging kan...so abah suruh buat masak rempah plak..


Jumpa itik salai murah RM30 seekor, SA beli 3 ekor


Selfie jap kat sini


Ramai peniaga yang jual itik salai..tapi tak semua sama harga...

Dah macam pesta dh kat area Terachi, jalan raya agak sibuk sikit dan adakala jammed sebab orang perlahankan kereta tengok jualan...kadang jammed sebab banyak kereta berhenti kiri kanan jalan...

ini la pengalaman 2 hari sebelum raya SA..Ramadhan ke 29..seronok...

Monday, August 1, 2011

Meriahnya Ramadhan > Mantai

Kat NS memang popular sessi or acara Mantai ni...mantai adalah proses menjual daging lembu atau pun kerbau..dari mana dapat perkataan mantai tuh..i x pasti dan i yakin tempat lain pun ada jual daging lembu or kerbau tiap kali nak puasa or nak raya or nak raya haji.

 Daging fresh yang di jual di sepanjang jalan di setiap kampung 2 hari sebelum puasa or raya..
 my dad sedang pilih daging..daging cincang menjadi pilihan ..

sempat amik gambar ni....hati and paru kalau x salah..tapi my dad x beli pun...kenapa x banyak gambar?
hujan melebat la time i snap pic ni..Sabtu tu memang dari subuh santak ke petang hujan...
sempat la amsak daging dan sup gearbox a.k.a sup tulang...hehehehe...x amik pun gambar sebab kemalasan..
tapi pagi ni sempat tapu untuk buka posa..itupun kari daging...
sup2 ni i malas nak bawak naik bas..susah..
petang ni nak cari ikan masin ngan sayur jer..senang citer...
pas tu rasanya kat umah sewa ada cencaluk...buat itu jer la kan....
ayooo...lambatnya nak balik...


Tuesday, September 21, 2010

Kewajipan di musim perayaan

budak penakut dan penggeli nih..duk dalam keta jer...

tiap2 tahun pak cik ni mesti jual daging

abah tengah pilih tulang lembu utk buat sup gearbox

senarai harga..tahun ni mahal sikit la...

siap guna kapak utk potong tulang..mestila kapak kan..x kan pisau lak...

oh..mak pun sama melawat kawasan..

pakcik ni siap berlakon potong daging..dia kata nak feel artis ada orang amik gambar...
Family Lisa memang tiap2 tahun x tinggal beli daging kat pak cik nih..dia ni orang kampung abah..percaya x untuk raya tahun ni abah Lisa beli 5 ketul (betul ke)tulang gearbox utk buat sup..selalunya beli 3 jer tapi memandangkan raya tahun ni ramai yang balik kg mak...maka abah beli lebih,nak pulak dia baru dapat bonus kan..kerja kerajaan..dapat la bonus..kita yang xde bonus..pandang jer la...hehehe...oh yer..Lisa sempat yer makan sup tulang gearbox..gambar2 makanan di hari raya x amik sebab kamera xde bateri ..charger tertinggal rumah seremban..tumpang gambar raya family Lisa kat kamera sepupu Lisa...nasib baik dikno bawak laptop..transfer jer kat laptop dia...jadi kepada semua readers Lisa yang nak tgok citer2 raya Lisa kali ni..maaf yer siang2 sebab banyak gambar x complete..sila marahkan mereka2 yang lupa membawa charger balik ke kampung....


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah