Tuesday, June 4, 2019

Pre Raya 2019 Rutin Setiap Tahun Pergi Mantai....

Hi korang...

Pagi semalam SA ikut abah pi Mantai..Apa mantai ni? haaa...kat NS sessi jual daging lembu segar tu dipanggil Mantai dimana di setiap daerah di NS ada peniaga jual daging lembu...SA memang suka la sebab dapat beli daging segar...Mahal memang mahal la..tapi demi dak buat rendang dimakan dengan lemang..memang buat aje la...tahun ni kami masih buat lemang lagi..tak sanggup beli sebab mahal..better buat sendiri...


Abah SA pilih daging batang pinang


Tulang selangka, sedap buat sup


Ingat nak beli tulang gearbox kat sini..tapi mahal sangat plak..sebatang tu RM60


Daging pejal RM34 sekilo


Memang seronok tengok orang beli daging


Tulang ni sebatang RM30..tapi xde isi


Abah pilih daging cincang


SA amik peluang selfie 


Seramm tengok..siap terjelir lidah..

Lepas beli daging, SA pi cari itik plak..nak buat masak rempah itik salai..mula2 nak buat rendang..tapi dh ada rendang daging kan...so abah suruh buat masak rempah plak..


Jumpa itik salai murah RM30 seekor, SA beli 3 ekor


Selfie jap kat sini


Ramai peniaga yang jual itik salai..tapi tak semua sama harga...

Dah macam pesta dh kat area Terachi, jalan raya agak sibuk sikit dan adakala jammed sebab orang perlahankan kereta tengok jualan...kadang jammed sebab banyak kereta berhenti kiri kanan jalan...

ini la pengalaman 2 hari sebelum raya SA..Ramadhan ke 29..seronok...

7 comments:

  1. Jammed lah jalan orang duk tengok suasana mantai. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Mesti seronok tengok gelagat orang masa Mantai sambil membeli daging untuk hari raya.

    ReplyDelete
  3. Part nie paling seronok.. Meriah dengan gelagat orang menjual dan membeli..

    ReplyDelete
  4. Kalau daging segar (daging hidup) saya suka bahagian daging cincang, tulang dan perut (usus).

    ReplyDelete
  5. alahhh..teringinnya nak beli itik salai tu....

    ReplyDelete
  6. kat nogori 9, tepi2 jalan meriah jual itik salai ni...x penah makan itik..so bila nmpk berderet org jual tepi jalan kalau pi ke n.9 ni, mula la cam musykil..sedap benor ke...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah