Tuesday, October 6, 2020

Trip Backpackers To Melaka With Dania Part 6 > The Shore Oceanarium

Hi korang ..

SA baru balik dari trip Hiking....kali ni lagi panjang citer..tapi as usual nanti dulu la..SA nak habiskan  dulu citer Trip Backpackers to Melaka dengan Dania ni dulu..Insyaallah ada beberapa lagi entry Melaka ni untuk SA habiskan...Dengan busy kerja dan aktviti lain. Dunia blogging SAa dah makin suram pulak..tapi takpe..SA takkan jatuh lagi insyaallah..nak bangkit semula meniti platform blogging ni...rasa macam tak best plak kalau nak tamatkan blogging kan..susah senang bina platform ni kena la ingat..

Okey hari kedua SA dan Dania agak kurang best sebab berita pemergian arwah sahabat baik SA tu..takpe..kita tak lupakan kisah arwah...tetap dalam ingatan. so kita terus pagi tu lepas sarapan pergi ke The Shore Melaka. Tengok ikan- ikan la anak- anak. Dah tak tau nak redah mana lagi kan...so pergi la tinjau situ walau tempat ni sesuai untuk family yang ada anak-anak kecik je...

Harga Tiket
                                Dewasa (RM)     Kanak-Kanak (RM)     Warga Emas (RM)
Warga Malaysia     40                             30                                30
Pelancong Asing     40                             30                                30

Waktu Operasi
Setiap Hari : 10:30 pg – 9 mlm









Untuk musim- musim Covid 19 ni pihak pengurusan The Oceanarium Melaka sememangnya menitik beratkan dan mengamalkan SOP. So pengunjung sememangnya wajib mengikut SOP yang telah ditetapkan untuk kebaikkan bersama. Mesin nyahkuman disediakan di pintu masuk untuk keselamatan pengunjung. Kita semua belum menang ye..sama -sam kita banteras Covid 19

Korang tengok gambar ye dan biarlah gambar berbicara...






Nemo!!
























































Sampai kat kedai cenderahati tu SA paksa Dania beli souvenir sebagai kenangan...SA masa tu mood memang kelaut...apa je kehendak Dania SA turutkan....Hati masa tu takde kat mana- mana. Otak pun macam tak berfungsi dengan baik...

The Oceanarium Melaka CHECKED!!!

Korang kalau nak bawak anak- anak korang mengenali haiwan lautan dalam boleh la bawa ke sini. Sebenarnya pelbagai aktiviti disediakan kat sini. Walau tak sebesar Aquaria KLCC tu..tapi ianya cukup untuk menjadi mercu tanda di Melaka dan menjadi pusat tarikan pelancong. Jangan tak percaya ramai je yang berkunjung ke sini. Tiket pun tak mahal sangat kan... 

Apa tunggu lagi...terjah cepat...recommended!!

Jangan lupa ikut SOP ye...jaga penjarakkan sosial...#kitajagakita



Review XOXO, HEY BABE & BESTIE By Aggie Cosmetics

Hi korang...

Sihat ke? SA dah ok skit dah walau jalan masih macam orang dalam pantang..penyakit cari sendiri kan...huhu...nanti la SA masih mengumpul gambar- gambar hiking last week untuk tatapan korang semua...so,.hari ni...sebelum SA sambung citer- citer yang tertangguh, SA nak citer part review lipstick dari Aggie Cosmetics yang pemiliknya merupakan ex officemate SA. Dari kami seoffice lagi AG memang dah produce lipstick under her name. Bangga sangat bila dia jadi founder kosmetik. Harga semua barangan dia pun mampu milik. Nanti SA share ig link dia kat last entry eh...

Jom tengok apa yang best....


Sekali 3? ye...sebab jatuh cinta ngan texture dia...ringan dan tahan lama..


SA tambah lagi koleksi..biasalah orang perempuan kan


Bestie, Hey Babe & Xoxo...


Packaging pun cantik warna very the gegurl


Compartment pun sangat-sangat comel dan sesuai letak dalam handbag...senang nak capai kan...


Kalau suka warna garang boleh pilih XOXO


All time fav SA is...HEY BABE!!


Nak nampak warna lips semulajadi dan Natural pilih la BESTIE!!



Hari ni SA pakai Bestie!!

Korang nak jugak?

Jom skodeng Aggie Cosmetics di Instagram...jangan risau...harga mampu milik...RM39 untuk each lipstick...so..cepat selagi stok masih ada... Aggie Cosmetics really recommended!!!


Thursday, October 1, 2020

Trip Backpackers To Melaka With Dania Part 5

Hi korang...

Kita sambung lagi trip ke Melaka last month...kali ni kita cier bab sarapan pagi Sabtu pulak. Sebelum pergi sarapan pagi tu SA di kejutkan dengan berita pemergian sahabat baik SA yang baru jer SA jumpa kembali selepas terpisah 25 tahun. Berita pemergian arwah di saat SA sedang bercuti memang sangat- sanagt meragut emosi SA. Ada SA share sebelum ni..dan SA tak nak dah terus bersedih..walau SA tak dapat terima hakikat tetapi SA tetap kena terima kenyataan bahawa arwah telah tiada. Hidup perlu di teruskan...SA yakin arwah tenang di sana.

Pagi tu SA dan Dania sarapan di Nasi Lemak Royale Kedah ( Melaka). Dari hotel sebenarnya boleh jer jalan kaki. Cuma sedikit jauh dan akan berpeluh jugak nanti. So kami amik grab untuk memudahkan..takjauh dan tambang pun murah jer...SA sedang emosi masa tu makanya SA lupa amik gambar..memang masa tu dibuai- buai dan berada diawangan aje..SA banyak termenung x tentu pasal..adakala tiba2 je airmata mengalir...tapi demi menjaga hati anak dara tu...SA teruskan jugak percutian walau dalam keadaan tak best..

Jom baca part 4 kat SINI



Bnayak makanan kan?


Alamak tak ingat plak apa ni


Menggiurkan dan sexy udang ni..


SA tergoda dengan sotong so..SA pilih sotong


Ayam goreng pun SA amik gak..


Nasi lemak royale lauk ayam goreng dan sotong....yummy


Dania makan nasi lemak royale ayam goreng dan telur ayam rebus..

Nasi lemak royale sedap?
For me ok la..boleh jer makan, bezanya nasi lemak ni warna kuning...presentation plak macam makan nasi kandar...boleh la...asalkan kenyang...total damage kat sini RM38.

Lepas jer habis sarapan..kami amik garab dan balik hotel semula...saje latanya kat receptionist hotel tu kat mana makan best area situ..jawapan dia akak pergi je kat jalan besar sure senang dapat makan...laaa....kalau itu jawapan dia tak yah dah tanya kan...erm..takpe la..memang sangat tak membantu..Hotel tu pun in term of nak tido malam ok la...memang satu kesilapan pilih hotel tu..next time kena pilih hotel yang bukan sahaja denkat dengan kawasan tumpuan..tapi kena cari yang lebih selesa. SA tak kata la hotel tu tak selesa..3 star hotel..ok la setakat nak tido..cumanya kalau nak suruh review atau review seikhlas hati...maybe tak kot..hahaha...

Kita sambung kat next entry eh....

 


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah