Tuesday, September 29, 2020

Trip Backpackers To Melaka With Dania Part 4

Hi korang...

Kita sambung lagi...lepas je puas ronda-ronda kat area bangunan  Stadthuys yang menjadi daya tarikan di Melaka. jom baca sikit tentang bangunan Stadthuys yang sempat SA copy dari Wikipedia..untuk imbas kembali pelajaran Sejarah dulu kan...gigih sangat ni...

Stadthuys ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

The Stadthuys itu terletak dalam tembok Melaka kubu dan terletak bertentangan dengan pintu masuk utara ke bandar berkubu, di seberang sungai. Kubu itu sendiri meliputi kawasan yang besar sekitar bukit St. Paul, yang menempatkan pejabat-pejabat dan gudang bagi VOC dan semua kemudahan yang diperlukan oleh koloninya. Dinding kubu tidak lagi wujud pada hari ini terima kasih kepada kebodohan dan vandalisme British yang berniat jahat mengarahkan kemusnahan manakala melindungi harta benda Belanda di Asia dari Perancis, semasa Perang Napoleon.

Okey..itu je yang SA dapat kongsikan...apapun..lepas je jalan- jalan pusing- pusing tengok ragam orang..SA decided nak makan Cendol Kampung Hulu..panas- panas pekena cendol best jugak kan...Dania plak x suka cendol..ekceli SA pun tak berapa minat cendol tapi bila dah sampai sini better cuba la kan apa speciality kat sini..nak try Cendol Jam Besar orang ramai giler plak...beratur pun still tak dapat tempat duduk...so macam mana nak pi Cendol Kampung Hulu? kami dua beranak guna google maps je...laaaaa...dekat jer ngan hotel kami..tak yah nak sibuk- sibuk amik grab..jalan jer sudah,.kata backpackers kan...tak yang nak diva sangat aih...so..masuk semula ke Jonker Walk...ikut jer arahan google maps...tapi banyak pit stop la..mama nak amik gambar as usual untuk readers mama...

Part 3 di SINI


Peranakan place..lama tak makan makanan peranakan..masa ni ramai beratur nak makan kat sini...


Hehehe..ada ye stall tilik nasib...mana- mana ada sebenarnya ikut kepercayaan agama lain kan...


Mrs Korea Cheezy Hot Dog...SA amik gambar je...tak cuba beli pun...


Bangku- bangku comel untuk dijual...ada peminat tersendiri bangku- bangku ni tau...


Masjid Kampung Hulu...mungkin...tak tengok habis plak


Dia suruh ambik gambar macam ni.,..


Konon- konon dia berjalan..


Still x menepati citarasa


Then pose aje la...


Ni dia suka..


One more


SA plak..


ni pose apa nak namakan ni


Mama macam biasa la..depan anak memang segan


One more for mama


Sampai - sampai je...tengok laaaa.....beratur panjang hoke


Masa beratur naampak Ghost Museum..pasang niat nak masuk lepas minum...sekali toleh...laaaaaa...dah tutup?


Kat sini style satu tempat dan banyak stall...okey la.bleh experience...


Cendol Kampung Hulu..famous kat Melaka kan...

Pengalaman SA masuk sini..ada SOP for sure...penjarakkan sosial memang dititik beratkan kat sini..so kena ikut..jangan nak buat sesuka hati...first time kan..so semua order kat kaunter jer...SA amik Cendol Kmpung Hulu biasa je..add on jagung, laici dan ada la a few benda...tak ingat plak...ingat nak cuba cendol durian..dah dania tak makan durian plak..so...beli satu share berdua. SA up plak Kuew Tiow Goreng dan sirap ais untuk Dania..total damage kat situ RM38 lebih..murah la makan...kuew teow goreng sedap tapi pedas..makanan org Melaka pedas erk?


Pecah plak telur kuning tu ha...


ermmm...sedap..ais dia tu smooth jer...


close up sikit lagi...dah beli yang ni tetiba dania cakap mama kan nak makan cendol durian..kenapa tak beli....bertuah ni kan....geram betul...erm...malas la nak turun bawah order lain...makan jer la..


Ni Dania punya...nampak sexy kan...


Nampak tak tekstur ais dia tuh...smooth jer kan....next time boleh terjah lagi...and kali ni nak cendol Durian plak

 

Lepas jer makan...bangun keluar dari sini dan bagi laluan kat orang lain yang masih beratur plak...SA jenis tak pandai dan tak tenteram kalau tengah makan nampak orang ramai beratur...cepat jer perasaan tak sampai hati tu tiba...lepas tu kami dua beranak balik ke hotel...padahal ada jalan dekat..pi masuk ikut Jonker Walk semula...hari dah senja dah kan...Anak dara u nak kejar solat maghrib..mama eh tengah cuti first day..korang bayangkan berjalan dengan keadaan tak selesa dan emosi terganggu...Apapun we have fun la sebenarnya...nak- nak Dania....SA layankan aje apa dia nak buat....balik hotel mandi- mandi..SA layan tv dan whatsaap lepas tu terus tido...

Okey kita sambung part 5 plak..


6 comments:

  1. seronok jalan2 backpackers..byk yg boleh dilihat & pose2..

    ReplyDelete
  2. Dah puas berjalan dalam kepanasan dan kepenatan, pekena cendol memang sedap. kalau dah kata sedap boleh juga try kat sini kalau ke melaka. kuew teow kalau pedas sedap lah :)

    ReplyDelete
  3. seronok jalan2 backpacker ni..anak dh besar sronoklah. seronok tgk muka dania tu

    ReplyDelete
  4. dah nampk mcm two bestfriend on holiday :)

    ReplyDelete
  5. cantiknya gambar dania yg kononnya berjalan tu kak.. cantik tempat akak pergi tu

    ReplyDelete
  6. saya suka Cendol Kampung Hulu ni..tiap kali pergi mesti makan yang durian..hihihi..sekarang dah ada kat JB, senang laa nak beli kalo mengidam

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah