Wednesday, May 25, 2016

Goreng- Goreng dan Campak - Campak Jer..

Menu Mudah, Simple Dan Jimat Masa

Hi korang..Buntu kadang- kadang tak tau nak masak apa kan...aku bercuti 3 hari jaga mak kat IJN...esok dah mula kerja dah...alhamdulillah keadaan mak dah beransur baik..cuma kami sekeluarga masih menanti tarikh untuk buat pembedahan...takpe itu nanti aku update kemudian...jom aku share menu yang sempat aku masak hari ni...

1. Ikan Kembung Goreng Berlada

Bahan- bahan
  1. Ikan kembung 2 ekor ( potong 2 )
  2. Bawang kecik 3 biji*
  3. Bawang putih 4 biji*
  4. Cili Api 15 biji*
  5. Sos Tiram
  6. bahan bertanda * ditumbuk kasar
Cara2 masak

  1. Goreng Garing ikan kembung ( dah masak ketepikan)
  2. tumis bahan yang ditumbuk kasar sampai naik bau
  3. dah agak garing sikit masukkan sos tiram
  4. tak perlu tambah garam sebab sos tirem dah masin dah
  5. masukkan ikan goreng tadi dan gaul2
  6. sedia untuk dihidang


2. Kacang Buncis Goreng Campur Udang

Bahan- bahan


  1. Kacang buncis potong serong
  2. udang 4 ekor ( kalau dapat udang kertas yang kecik2 tu bagus)
  3. Bawang merah dihiris
  4. bawang putih dihiris
  5. cili api di hiris ( ikut suka)
Cara2 Masak

  1. tumis bahan dihiris tadi dengan sedikit minyak
  2. dah naik bau dan garing masukkan udang
  3. masukkan kacang
  4. letak air skit
  5. perasakan dengan garam
  6. siap..sedia dihidang



Ini jer la yang terdaya aku masak dan share dengan korang hari ni...

Badan penat sangat...memang penat bila duduk lama- lama kat hospital...tapi nak buat macam mana bila mak sendiri sakit kan...

Korang masak apa hari ni?

Ingat nak berwordless wednesday jer...tapi macam kejam plak...dah biasa ada entry kat blog kan...

Selamat mencuba ye korang...mana tau ramai yang takde idea nak masak apa..

Menu ni pun sesuai untuk berbuka dan bersahur nanti....

Happy Birthday Si Kembar Adeliya & Aressa

25 May Genap Si Kembar 5 Tahun


Hi korang...

Lambat sikit bersiaran hari ni...penat masih tak hilang...so tanpa lengahkan masa jom kita wish birthday anak buah aku si kembar...HAPPY BIRTHDAY SI KEMBAR...kali ni sambutan buat kat tadika..ini sambutan yang pertama..lom sambutan kat rumah lagi Sabtu nanti..takde la buat majlis besar..just sambutan antara kami satu family je...jom la kita tgok gambar yang ibu diorang whatsaap pagi tadi...happy betul keduanya...kalau bab birthday memang acara tahunan yang di tunggu2 kan...


cake ice cream diorang...sedap plak mama tengok buah2 tu ha...


aih...over plak Aressa pose macam tu...Adeliya macam biasa control ayu malu2 princess konon


seronoknya sambut birthday ngan kawan2 tadika kan...mama dulu takde pun sambut kat tadika..x merasa de...


dah kenapa Aressa buat muka plak tu...


bergambar dengan cikgu masing2..well tgok keterujaan si kembar tu ha...


yeay potong kek...ekceli ada video..malas plak aku nak tepek kat sini sebab tenet lembab


Amboi Adeliyaaa...feeling2 princesss....


pandai Adeliya bagi kawan2 kek...dah besar dah anak mama ni...


semua dapat goodies pack kan...

Birthday adalah Acara Tahunan Yang Di Tunggu- Tunggu


Alhamdulillah...

Selesai sambutan kat tadika...semua happy...sampai ke sudah asyik cakap pasal besday jer ari ni...dengan pesanan...

" hari ni birthday kakak ngan adik kan ibu, kalau birthday mama belikan baju princess tak ?"

oh tidakkkkkkk....kenapa mama...kenapa?

tau la mama belum bagi hadiah lagi kan....beli or cari pun tak lagi ni....aduyaiiiii...kopak la mama.....

Budak2 zaman sekarang ni demand lebih la....nyampah tau....

By the way...Selamat Hari Lahir Si Kembar...semoga membesar menjadi anak yang solehah, bijak dan sentiasa menyenagkan hati ayah dan ibu....


love,

Mama

Tuesday, May 24, 2016

Rahsia Tahi Lalat Pada Tubuh Badan, Baca aje Percaya Jangan

Hi korang.....

Semua orang pasti mempunyai tahi lalat pada anggota badan. Setiap tahi lalat yang tumbuh di anggota badan anda mempunyai maksud tersendiri kepada personaliti anda. Di bawah ini ada rahsia disebalik tahi lalat pada tubuh badan. Sekadar untuk bacaan je, bukan untuk dipercayai....

gambar dari google


Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita

Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan

Rahsia Tahi Lalat Pada Leher di tengah - Tercapai cita-cita

Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong

Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki

Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan

Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kiri - Malas dan suka duduk

Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kanan - Suka berhibur, boros

Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur

Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kiri - Kurang kuat berusaha

Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita

Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan

Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun

Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kanan - Cerdas dan cekap

Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kiri - Cerdas dan sopan santun

Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya

Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia

Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat

Rahsia Tahi Lalat Pada atang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Rahsia Tahi Lalat Pada Pada hidung - Banyak rezeki

Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kanan- Jujur dan baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur

Rahsia Tahi Lalat Pada Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama

Rahsia Tahi Lalat Pada Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua

Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan

Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kiri - Baik budi

Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kanan - Suka menolong dan baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kiri - Ramai yang suka

Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat

Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kanan - Suka menolong

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik

Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan

Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia

Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan

Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan

Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kiri - Menepati janji dan rajin

Rahsia Tahi Lalat Pada Pipi kanan - Ramai teman

Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kanan- Ramai yang suka

Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kiri - Ramai teman

Rahsia Tahi Lalat Pada Ubun-ubun - Kurang jujur

Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat - Cerdas, tangkas, tekun

Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan

Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kanan - Dapat mengatasi masalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kiri - Berani, jujur dan sabar

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya

Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan

Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kiri - Serba baik bekerja

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat

Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf

Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta

Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya

Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka

Kelopak mata kanan bawah - Agak malas

Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana

Alas Perut Juga Walau Tiada Selera..

Hi korang...

Hari ke 2 bersiaran secara langsung dari IJN, alhamdulillah lepas buat procedure Engiogram semalam mak nampak cergas dan kuat...now tengah tunggu keputusan dari Doktor Pakar Bedah mengenai tarikh mak kena buat bypass. Yes mak kena buat bypass dalam masa terdekat ni sebab 3 salur darah ke jantung dia tersumbat. Satu dah masukkan belon untuk buka laluan so tinggal 2 yang tersumbat betul dan perlu di bedah..mula2 dengar semalam ada 2 salur tersumbat. Reaksi mak? pada mulanya semalam mak macam tak percaya dan sedikit terkejut..of course mak menangis jugak tapi kena la coolkan mak. Aku takde pengalaman bab pujuk memujuk tetapi diberi kekuatan untuk handle situasi ni atas pertolongan nurse yang bertugas.Bagusnya kakitangan kat sini..sangat- sangat membantu.

So hari ni apa je aku buat kat sini...abah malam tadi standby jaga mak...aku datang pagi ni konon nak tukar shift. Semalam siap belikan abah baju baru...suka betul dia...kat rumah pagi tadi tak sempat sarapan..so pergi la kat cafe IJN ni...pun takde banyak pilihan...ambik je apa yang ada untuk alas perut...


Mee Kari RM4.50

Tak habis pun...takde selera sebenarnya...

Tengahari temankan abah makan kat cafe jugak..sian abah lapar...berselera nampaknya dia makan tadi.


Aik...

Yer aku pun makan...tapi takde rezeki bila ikan bakar yang aku pilih tadi tak elok ikannya...macam ikan tu dah lama...ada bau sikit..well knowing aku yang tak suka nak buat bising..lagipun orang ramai dalam cafe ni...aku tak sentuh pun ikan tu..takut sakit perut...abah nak pergi tukarkan untuk aku..aku cakap tak payah la abah..rezeki along ini je hari ni..takpe...bukan salah diorang pun...namapun cafe..sure ada masalah kecik macam ni...so aku makan jer la nasi sikit ngan lauk tauge kasar tu ha...cukup sekadar alas perut..tak lapar pun sebenarnya...cuma temankan abah makan....

okey la korang...doakan mak aku boleh keluar petang ni...rehat kat rumah...then siap sedia untuk operation plak....

Jumpa lagi nanti di lain entry.....

Monday, May 23, 2016

Fatin Nuraisya Juara Clever Girl Malaysia

Hi korang,

Dah tamat dah realiti tv Clever Girl Malaysia ni malam tadi kan...tahniah buat peserta Clever Girl dari Kelantan yang dipilih sebagai Juara. Fatin Nuraisya juara Clever Girl Malaysia yang pertama.



Shah Alam: Peserta berasal dari Kelantan, Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi selepas menewaskan tiga peserta lain untuk memenangi program realiti 'game show' Clever Girl Malaysia (CGM) malam ini.

Fatin berjaya memikat hati juri untuk mengatasi Lam Wai Chuin (Jane dari Perak), Mary Jospehine Muhammad Houston (Mary,Pahang) dan Arina Mohd Fairin Lum (Arina, Selangor).

Ariana pula terpilih sebagai naib juara membolehkannya membawa pulang wang tunai RM10,000.
Final CGM yang siarkan secara langsung melalui TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, menyaksikan Jane meraih markah terendah pada pusingan pertama dan tersingkir serta-merta.
Dua finalis yang mencatat markah rendah bertarung di pusingan kedua dalam cabaran fizikal dengan pemenang mara ke pusingan akhir.

CGM yang dihoskan Alif Satar dan disiarkan secara langsung melalui TV3, adalah program menampilkan 14 peserta dari 14 negeri dan hanya empat peserta layak ke pusingan akhir selepas 10 minggu berentap.

Semua soalan kuiz CGM disediakan Mensa Malaysia (The High IQ Society).

jom skodeng biodata Fatin Nuraisya

Biodata Fatin

Nama penuh: Fatin Nuraisya Bt. Mohd Hanipha
Umur: 28 Tahun
Asal: Kelantan
Pekerjaan: Peguam
kredit: Harian Metro
kredit: Instagram Fatin Nuraisya

Temankan Mak Di IJN

Hi korang..

Aku cuti 3 hari bermula hari ni..mak akan jalani procedure Angioram, masukkan kamera dalam saluran nadi nak check jantung mak kalau ada saluran darah yang tersumbat dan blocking injap jantung mak..kesian mak...mak agak takut nak jalani procedure ni...so malam ni aku akan teman mak sebab takut mak lemah sikit lepas procedure ni kan...walau mak nampak tegap tapi mak tetap perlukan bantuan...insyaallah mak akan keluar ward Rabu nanti.

ward kat IJN ni selesa sangat...fully aircond

Aku setia standby kat katil mak ni tunggu sampai mak selesai...ahli keluarga tak boleh nak teman kan...so...kena la tunggu. Tak boleh nak kemana- mana...kalau nak pi beli makanan pun kejap2 je...cafeteria dah la jauh plak tu...

Pretz n' Beanz Cafe Kini Di Buka Di Bangsar

PRETZ N' BEANZ BANGSAR KINI DIBUKA

Hi korang...

Buntu tak tau nak lepak mana? Tak tau nak dinner kat mana? Jangan pening...berita baik untuk korang yang berdekatan dengan Bangsar..jom ler terjah Pretz n' Beanz...yer betul..dah bukak dah kat Bangsar...dekat memang la dekat ngan opis aku tapi kat area sini korang tau jer la...parking memang hazagebedah...hazab..solutionnya..masuk Bangsar Village...bayar pun bayar la...tau jer la kalau kawasaan happening kan...tapi masalah parking memang tak membantutkan tujuan utama aku ke sini. Memenuhi undangan orang kuat Pretz n' Beanz si Aliff Aiman..maka ke sini la aku minggu lepas makan malam...

Tentu korang tak sabar nak tengok apa yang menarik di Pretz n Beanz Bangsar kan? jom ikut aku terjah...


Di hadapan Pretz n' Beanz Bangsar...tak susah cari pun..terpampang besar tu ha...


hiasan dalaman yang agak cozy...tenang jer...konsep ala- ala hipster skit...dan yang penting korang nak lepak after office memang sesuai...even nak chill out malam- malam pun ok kat sini... 


buku menu


sempoi jer kan ruang ni...relax dan santai sangat


kaunter pelbagai dessert yang menarik minat anak tekak aku...


hiasan dalaman dan susun atur yang simple tetapi menarik..


lukisan- lukisan yang dihasilkan oleh pelukis dari Korea..cantik sangat tau...


sesetengah restoran tak menyediakan tandas untuk pelanggan kan? tapi di Pretz n' Beanz memang ada disediakan tandas..so tak perlu risau kalau ada urusan yang emergency


 ilustrasi yang menarik perhatian

jom kita tengok  makanan yang terdapat di Pretz n' Beanz Bangsar



 Pilihan Pretzel Pizza yang pelbagai flavour, ada 7 inch dan 10 inch


Waffle With Ice Cream


Antara yang menarik di Pretz n' Beanz
Volcano Chocolate Cake With Ice Cream...aku dah pernah cuba dan memang sedap..


Java Coffee yang awesome


Aku adalah penggemar pasta aglio alio...


tu diaaa...Aglio Alio Prawn Spaghetti..pssttt...udang besar2 tau...hahaha...


Flammkuchen Pizza


this is a must try uollsss....keistimewaan pizza disini adalah pizza tetap lembut walau dalam keadaan sejuk, mana tau kalau korang nak bawak balik ke kan..itu keistimewaan pretzel pizza yang korang tak dapat di mana- mana..


kasik pose dulu sebelum makan..
  

Blueberry Cheese Cake


Sedap...melting...apa lagi nak cakap...sedap betul di tekak aku..puree Blueberry dia pun sedap..


Hidangan Pretzel adalah keutamaan kan..so kita rasa plak Pretzel diorang yang famous..
Pretzel : Sour Cream Onion Flakes


Promosi pretzel sampai hujung bulan ni dari pukul 3-5 petang harga pretzel mereka adalah RM1.00...apa tunggu lagi korang....terjah Pretz n' Beanz Bangsar sementara promosi masih ada...


Kalau datang sini jangan lupa order Aglio Olio Prawn Spaghetti...sedap uolls


Aku dah terjah cawangan Bangsar...korang bila lagi?



info selanjutnya sila layari media sosial mereka :

Facebook :



Instagram :


Email :



No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru,
56100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telefon : 03-22019026


love,

Suria Amanda

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Hi korang...
Sambil aku tunggu mak kat IJN ni...dari tak buat apa2..jom support GA rakan blogger Mialiana....mana tau ada rezki nanti kan...


Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Soft LaunchTransbella Supplement Untuk Mencerahkan Dan Mencantikkan Kulit Keluaran Zenia Niaga

Hi korang...

Di zaman serba moden ini produk kecantikkan banyak di pasaran dan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Rata- rata ramai yang memasarkan product mereka dan bersaing hebat untuk membuktikan product mereka antara yang terbaik. Turut tidak melepaskan peluang adalah produk keluaran Zenia Niaga iaitu Transbella dan Transgluta. Kedua- dua produk ini merupakan Supplement Anti Penuaan yang terkenal dan halal serta mendapat pengiktirafan GMP Certified serta kelulusan dari KKM.

Baru- baru ini aku berpeluang ke Majlis Perasmian Transbella bertempat di Teh Tarik Place The Mines. Majlis yang serba meriah dengan tema warna Purple dan di meriahkan lagi dengan kehadiran Diva Terhangat iaitu Azwan Ali selaku pengacara majlis.Turut hadir memeriahkan suasana adalah Atita Haris iaitu Duta Produk Transbella. Siapa tak kenal beliau kan..terkenal sebab mempunyai ramai pengikut di Instagram..

Jom aku bawak korang ronda di sekitar majlis eksklusif ini..




Sempat hadirkan diri memeriahkan suasana



Wajah manis orang kuat Transbella dan Transgluta iaitu Founder Anny Ariffin dan jugak partner Suraya Sulatin...


product Transbella & Transgluta



Transbella merupakan tablet yang berkhasiat yang berfungsi untuk mencantikkan serta memutihkan kulit wajah. Menjadikan kulit wajah anda cerah, cantik dan berseri

Mengandungi  :

  1. Ekstrak Yis - Pengganti Glutathione 5 X lebih cerah, sumber vitamin B12, Anti penuaan terbaik di dunia, membuatkan kulit lebih anjal, cerah dan gebu, nampak mulus serta segar berseri- seri
  2. Ekstrak Sakura - Meningkatkan pengluaran Kolagen, melembapkan kulit, mengatasi wajah kusam
  3. Serbuk Mutiara - Memutihkan muka dan badan, Menghapuskan jerawat, membaiki struktur kulit, menghilangkan kulit berminyak, melambatkan proses penuaan, mengecilkan liang pori
  4. Vitamin C- mempercepatkan kadar penyembuhan pada permukaan kulit yang luka, mematikan pigment hitam, melicinkan kulit, melembutkan kulit, mematikan sel- sel lama dan memperbahrui sel- sel baru
  5. Collagen Tripeptide - Anti aging,merawat kulit dengan cepat, melembab dan mencerahkan kulit, memutihkan gigi, menghilangkan kedutan di wajah, menghilangkan dark spot dan bekas jerawat serta membantu rambut dan kuku jadi sihat
Siapa yang boleh consume?

Dah tentu la wanita berumur 16-60 tahun, lelaki serta ibu mengandung ( kandungan berusia 6-9 bulan)  dan wanita yang menyusukan anak lebih dari 6 bulan



Info tentang Transgluta, kepada korang yang allergik kepada kolagen, korang boleh consume transgluta ni sebab produk ni lebih tertumpu kepada pemutihan seluruh badan..pengambilan 1 biji sehari dan diwajibkan minum air yang mencukupi..

Harga Promosi Transbella RM69.90 (Free Postage) 
Harga Promosi Transgluta RM80.00 (Free Postage)


ini la Diva fofular Azwan Ali....Ekceli AA pun dah consume Transgluta tau...product ni bukan untuk wanita sahaja tetapi lelaki pun sesuai...


Salah seorang testimonial yang berjaya Cik Intan Dayana di beri penghormatan untuk berkongsi pengalaman consume product Transgluta. Perubahan ketara membuktikan kejayaan dengan pengambilan yang konsisten


Atita Haris turut berkongsi pengalaman beliau...tinggi lampai dan cantik orangnya...muka pun flawless...


antara aktiviti menggamatkan suasana majlis tersebut..korang tau je la AA kan...

Dengan pengambilan yang konsisten serta disiplin yang tinggi insyaallah hasil yang korang inginkan boleh dikecapi dalam masa yang singkat...Dah ramai yang berjaya ye...korang tunggu apa lagi...jangan risau..produk ini selamat dan tiada kesan sampingan...

Tak percaya?? well...kita ada testimonial berjaya...jom tengok kejayaan mereka



__________________________________________________________________________________

Kenangan sepanjang majlis pelancaran..pada majlis ini juga merupakan medan pertemuan para blogger yang dah lama tak jumpa dan baru pertama kali berjumpa..seronok jumpa diorang dan seronok jumpa kawan- kawan baru...


Dengan Blogger Nory Zulkefli


Dengan blogger Mimy Hamid..ni kali ke 3 aku jumpa dia..


Partner untuk product ni  Suraya Sulatin...first time jumpa...


Diva AA


Blogger Alyza Fisol..pun first time jumpa


Ida Baharum, Anilwanina, Moon, Cik Lily Putih dan beberapa lagi yang aku baru je kenal..tak ingat nama plak...


Last But not least...we had a blast that day....


Hotline : 013-6915915 / 019-3173715


Love,

Suriaamanda



Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah