Tuesday, May 24, 2016

Alas Perut Juga Walau Tiada Selera..

Hi korang...

Hari ke 2 bersiaran secara langsung dari IJN, alhamdulillah lepas buat procedure Engiogram semalam mak nampak cergas dan kuat...now tengah tunggu keputusan dari Doktor Pakar Bedah mengenai tarikh mak kena buat bypass. Yes mak kena buat bypass dalam masa terdekat ni sebab 3 salur darah ke jantung dia tersumbat. Satu dah masukkan belon untuk buka laluan so tinggal 2 yang tersumbat betul dan perlu di bedah..mula2 dengar semalam ada 2 salur tersumbat. Reaksi mak? pada mulanya semalam mak macam tak percaya dan sedikit terkejut..of course mak menangis jugak tapi kena la coolkan mak. Aku takde pengalaman bab pujuk memujuk tetapi diberi kekuatan untuk handle situasi ni atas pertolongan nurse yang bertugas.Bagusnya kakitangan kat sini..sangat- sangat membantu.

So hari ni apa je aku buat kat sini...abah malam tadi standby jaga mak...aku datang pagi ni konon nak tukar shift. Semalam siap belikan abah baju baru...suka betul dia...kat rumah pagi tadi tak sempat sarapan..so pergi la kat cafe IJN ni...pun takde banyak pilihan...ambik je apa yang ada untuk alas perut...


Mee Kari RM4.50

Tak habis pun...takde selera sebenarnya...

Tengahari temankan abah makan kat cafe jugak..sian abah lapar...berselera nampaknya dia makan tadi.


Aik...

Yer aku pun makan...tapi takde rezeki bila ikan bakar yang aku pilih tadi tak elok ikannya...macam ikan tu dah lama...ada bau sikit..well knowing aku yang tak suka nak buat bising..lagipun orang ramai dalam cafe ni...aku tak sentuh pun ikan tu..takut sakit perut...abah nak pergi tukarkan untuk aku..aku cakap tak payah la abah..rezeki along ini je hari ni..takpe...bukan salah diorang pun...namapun cafe..sure ada masalah kecik macam ni...so aku makan jer la nasi sikit ngan lauk tauge kasar tu ha...cukup sekadar alas perut..tak lapar pun sebenarnya...cuma temankan abah makan....

okey la korang...doakan mak aku boleh keluar petang ni...rehat kat rumah...then siap sedia untuk operation plak....

Jumpa lagi nanti di lain entry.....

7 comments:

  1. makan sikit pun jadi janji alas perut

    ReplyDelete
  2. Moga mak SA cepat sembuh hendakNYA.

    ReplyDelete
  3. Bukan rezeki.. semoga Allah permudahkan hidup sis, seperti mana sis permudahkan hidup orang lain..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah