Friday, January 26, 2018

Menu Sedap Sepanjang Minggu Ini Antaranya Masak Tempoyak Ikan Patin Air Tangan Abah SA

Hi korang...

Alaaaa...matilanak SA kena kecam lagi sebab letak gambar makanan..hehehe...eh kebetulan hari ni Jumaat kan...esok dah weekend dah...korang takleh kecam SA sebab SA membantu korang- korang cari idea nak masak apa kan...semua gambar kat bawah ni masakan yang SA dan Abah masak dari Selasa ari tu...ye..SA cuti so aktiviti masak -memasak memang berjalan lancar la...the best part lauk Masak Tempoyak Ikan Patin tu Abah SA yang masakkan..special untuk SA tau...haaa...jangan tak percaya..Abah SA terror memancing dan terror jugak memasak..SA mengaku masak Tempoyak memang SA blom pakar lagi...tapi yang abah buat ni...cukup rasa dan cukup segalanya...pelik..macam mana Abah pandai masak lauk Masak Tempoyak Ikan Patin ni...mintak dia ajar nanti la...

Okey jom tengok gambar..sebelum tu sila la sediakan tisu kat sebelah korang eh..


Masak Tempoyak Ikan Patin Air Tangan Abah


Kerang Goreng Berlada - SA masak


Sayur Sawi goreng


Ikan Daun Baru goreng Kicap


Masak Lemak Cili Api Kepala Ikan Jenahak campur Peria

So...

Korang yang minggu ni takde idea nak masak tetiba nak gantung kuali..dah tak yah membazir okey..makan kat kedai tu kang mahal..sedap belum tentu kan..apa kata korang masak je sendiri...pas tu makan la ramai- ramai..ajak adik beradik ke..sedara mara ke atau jiran tetangga ke...makan ramai- ramai selera sedap kan..nak lagi sedap korang tambah la buah sambal belacan ke, goreng ikan masin ke..Kalau korang nak tau gara- gara gambar masak tempoyak ni kawan opis sampai request kat husband dia yang outstation kat area Temerloh..pas tu siap deliver kat opis hari ni..alahai...jangan kecam hakak dik...hahahaha....

Ampun ye kalau ada yang terliur..alaaa..masak -masak simple je ni....

Kejarlah Kehebatan Dengan Susu Dalam Pek Mudah Dibawa

Susu sedia diminum Fernleaf serba baharu menyokong matlamat kehebatan rakyat Malaysia dengan 100% kebaikan susu dari New Zealand


Sempena pelancaran susu UHT sedia untuk diminum yang terbaru, Fernleaf menggalakkan warga Malaysia untuk mencapai kehebatan masing-masing dengan disokong oleh semangat pasti-boleh dan 100% kebaikan susu dari New Zealand.

Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia sewaktu pelancaran produk baru menjelaskan bahawa setiap individu memerlukan sedikit kehebatan dalam kehidupan masing-masing. “Sama ada sampai ke tempat kerja tepat pada masa, mendukung anak anda atau mengangkat barangan yang dibeli, bersenam dan mengangkat beg sekolah, kita memerlukan daya mental dan fizikal dalam bentuk tenaga dan semangat untuk menjalankan kehidupan harian!” Ong berkata.



“Dengan kebaikan susu 100% di mana-mana sahaja anda berada, Fernleaf berharap untuk menggalak warga Malaysia dalam mengejari kehebatan setiap hari, terutamanya sewaktu bekerja atau meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga,” tambahnya.

Susu Fernleaf yang kini disediakan dalam pek UHT baharu dan mudah adalah sesuai untuk seisi keluarga. Dilengkapkan dengan nutrien-nutrien penting seperti protein, vitamin A dan D serta kalsium, susu ini membantu warga Malaysia meningkatkan pengambilan nutrisi dan tenaga di mana-mana sahaja mereka berada dan bersedia untuk mencapai kehebatan masing-masing.

2nd from the left – Mr. Goh Eu Jeen (Senior Brand Manager of Fernleaf Malaysia), Puan Manisya Bte Ismail (Co-operative Affairs Manager of Fonterra Brands Malaysia), Ms. Lim Siew Poh (Marketing Manager of Fernleaf Malaysia), Ms. Karen Ong (Marketing Director of Fonterra Brands Malaysia), Mr. Jose Miguel Porraz Lando (Managing Director of Fonterra Brands Malaysia & Singapore), Ms. Jessie Foo (Sales Director of Fonterra Brands Malaysia) & Puan Megawati (Director of New Product Development, Scientific and Regulatory Affairs of Fonterra Brands Malaysia)


Ketika menjelaskan tentang sumber dan pengeluaran susu Fernleaf, Ong berkata: “Ramai pengguna tahu bahawa susu Fernleaf berasal dari New Zealand. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa Fernleaf disokong oleh rangkaian yang besar yang komited ke arah kecemerlangan tenusu. Syarikat induknya, Fonterra, merupakan syarikat nutrisi tenusu global yang dimiliki oleh 10,500 peladang dan keluarga mereka yang disatukan dengan matlamat bahawa kecemerlangan tenusu dapat membawa perubahan”.

Ong menjelaskan bahawa Fonterra yang berkembang pesat meliputi empat buah benua memiliki persamaan dalam standard mutu tenusu mereka yang ketat. Komitmen inilah yang menjadikan Fernleaf, jenama susu tepung keluarga No. 1 di Malaysia sebagai Trusted Goodness™ para ibu Malaysia untuk keluarga mereka.



“Sepanjang 30 tahun yang lepas, Fernleaf membawakan kebaikan tenusu dari ladang-ladang kami di New Zealand kepada para keluarga di seluruh Malaysia dan menyediakan nutrien yang menyumbang kepada diet yang sihat dan seimbang.

“Sama seperti para peladang Fonterra yang menyokong kebaikan susu untuk memperbaiki kehidupan, Fernleaf percaya dengan kuasa tenusu New Zealand tulen untuk membawa perubahan dalam membina Malaysia yang lebih sihat,” Ong menambah.



Untuk menggalak rakyat Malaysia dalam mencapai kehebatan, Fernleaf menjemput warga Malaysia tidak kira umur untuk menyertai acara pendakian yang pasti dapat meningkatkan semangat mereka. Cabaran pendakian dinding dan aktiviti menarik lain menanti di LG Oval, Pusat Membeli-belah 1 Utama dari 10 hingga 14 Januari - jadi sertailah warga Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk menangani cabaran ini!

Dapatkan susu UHT Fernleaf untuk diri sendiri dan keluarga anda, jadikan kebaikan tenusu dari New Zealand memastikan anda 100% bersedia untuk mencapai kehebatan! Susu ini didapati di pasar raya hiper, pasar raya dan kedai-kedai di seluruh negara pada harga RM5.70 bagi satu set empat pek (200ml setiap pek) dan RM6.60 bagi setiap pek 1 liter.



Susu UHT Fernleaf didapati dalam tiga pilihan yang lazat - penuh krim, rendah lemak dan coklat - untuk memenuhi setiap cita rasa yang berbeza dalam keluarga.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fernleaf, layari dan 'suka' Fernleaf Facebook untuk kemas kini yang terbaru.



Tentang Fernleaf
Sepanjang 30 tahun yang lalu, Fernleaf memberikan khasiat tenusu yang terbaik dari ladang New Zealand ke Malaysia, menyediakan susu yang berkhasiat bagi para keluarga agar mereka dapat mengekalkan diet yang sihat dan seimbang. Dengan pengalaman dalam industri ini selama lebih daripada seabad lamanya, Fernleaf percaya bahawa kualiti datangnya secara terus dari sumber. Hanya susu segar daripada lembu yang diberi makan rumput, digabungkan dengan sistem perladangan yang canggih dan ketelitian dalam setiap langkah pengeluaran, dapat menjanjikan anda salah satu standard khasiat tertinggi dalam produk tenusu.   

Tentang Fonterra Brands
Fonterra merupakan peneraju global dalam khasiat tenusu – pembekal bahan tenusu yang digemari pelbagai syarikat makanan terkemuka dunia. Fonterra juga mengetuai pasaran dengan jenama tenusu pengguna sendiri di New Zealand, Australia, Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin. Fonterra merupakan ko-operasi yang dimiliki peladang dan merupakan pemproses susu terbesar di dunia. Ia juga merupakan salah satu pelabur terbesar di dunia dalam kajian dan inovasi tenusu, berasaskan kepakaran dalam bidang tenusu selama beberapa generasi untuk menghasilkan lebih daripada dua juta tan produk tenusu, ramuan tenusu sampingan nilai, ramuan istimewa dan produk pengguna bagi 140 buah pasaran. Fonterra Brands Malaysia memulakan operasi pada tahun 1975 di Shah Alam. Kini, ia mempunyai dua buah pusat penghasilan, Susumas dan Dairymas, dan jumlah sebanyak 700 orang pekerja sepenuh masa yang membawakan khasiat tenusu yang terbaik kepada warga Malaysia, dengan penuh dedikasi.

Kesemua produk tenusu oleh Fonterra Brands Malaysia disahkan Halal oleh New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT), yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diperuntukkan dalam MS1500:2009, standard antarabangsa yang digunakan oleh JAKIM. Fonterra Brands Malaysia turut mematuhi standard industri tempatan dan antarabangsa termasuklah HACCP, Veterinary Health Mark, ISO 9001:2000 dan GMP. Fonterra di Malaysia dikenali dengan jenama-jenama terkemuka nya seperti Anlene, Anmum (Materna, Essential dan Lacta), Fernleaf, Calciyum, Chesdale dan di bawah bahagian perkhidmatan makanannya, Anchor Food Professionals, ia dikenali dengan Anchor, Mainland dan Perfect Italiano.

Thursday, January 25, 2018

Kenapa SA pilih Grab Car?

Hi korang,

Makin sibuk SA sejak akhir- akhir ni...lambat bersiaran dengan takde schedule entry...nasib badan bila semua yang penting rosak, broadband rosak dan laptop rosak..masa plak agak takde nak pi settlekan..sementara ni guna je dulu handphone. harap hujung bulan ni boleh pi settle satu- satu prob. SA cadang nak terminate broadband yang ada sekarang ni dan nak amik DIGI broadband plak..senang skit.


Gambar dari google


So hari ni SA nak cerita tentang Grab Car. Kenapa SA lebih suka pilih Grab Car berbanding taxi biasa kalau balik ke Seremban? Aplikasi perkongsian kereta yang sangat popular di Malaysia kini sememangnya menjadi pilihan ramai. Berbeza dengan kemudahan teksi yang sedia ada..SA memilih Grab Car sebab keselesaan dan keselamatan. Bukan SA menghina atau memperlekehkan teksi sedangkan sebelum ni SA memang memilih teksi sekiranya tiada pilihan. Cuma keadaan dan selenggaraan teksi agak mengecewakan. Masalah keselamatan, kebersihan dan keselesaan penumpang makin teruk berbanding dengan Grab Car yang hanya menumpukan kepada pemilik kenderaan bawah 5 tahun sahaja dan seharusnya menepati syarat- syarat wajib Grab.

Sebab utama SA memilih Grab Car.

  1. Grab Hanya ada di 6 buah negara ASEAN iaitu Malaysia, Singapore,Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam
  2. Grab menawarkan 3 jenis perkhidmatan iaitu Grabcar, Grabhitch dan MyTeksi
  3. Kadar tambang Grab adalah TETAP
  4. Keselamatan Terjamin
  5.  Aplikasi Grab menyediakan STAR RATING terhadap GRABCAR DRIVER
  6. Grab menawarkan banyak diskaun dan promosi
  7. Kebebasan untuk memilih pemandu dan kereta pada satu- satu masa

Sekarang SA memang dah selalu gunakan Grab Car kalau kat Seremban. Malas nak fikir part parking better naik Grab Car je..sebelum ni terpaksa la tunggu lama kalau Abah SA ada urusan dan lambat jemput..lepas ni tak perlu Abah jemput selalu sebab dengan Grab Car SA sampai cepat je kat rumah dengan selamat dan tambang pun berbaloi..cuma bawah RM10 je compare dengan teksi biasa RM20- RM25. Melampau kan walau teksi takde meter dan takde aircond. Keadaan teksi pulak dah uzur sangat. Nak bantah tak boleh dan SA ada pengalaman bila mintak tukar teksi lain SA balik kena marah..hahaha... Dari bayar banyak tu baik SA isi minyak kereta Abah je..ye tak..

Bagusnya Grab Car, selain perkhidmatan yang memberangsangkan, ianya menunjukkan kemajuan dalam perkhidmatan awam walau menerima banyak bantahan oleh pengusaha teksi. Pada SA semua hak individu untuk memilih samada Teksi atau Grab Car. Zaman sekarang semua memilih keselesaan dan keselamatan. Cuma kesian pada pelanggan Grab Car, adakala terpaksa naik jauh sikit untuk elakkan perhatian atau sindiran pemandu teksi. Apapun Grab Car banyak membantu mereka- mereka yang kehilangan pekerjaan malah membantu mereka yang ingin menambahkan pendapatan pada zaman ekonomi yang tinggi sekarang ni.

Untuk sesebuah negara yang maju SA sokong aplikasi Grab Car ini sebab sangat memudahkan..

Jom pilih Grab Car...

Wednesday, January 24, 2018

Light Dinner Di Siam Siam Boat Noodles Seremban Gateaway

Hi korang...
Isnin lepas selepas settlekan hal mak..SA singgah kejap kat Siam Siam Boat Noodles..sebelum ni pernah makan Boat Noodles kat Seremban Prima berdua dengan Dania kan..kali ni SA bawak Dida dan jugak Mommy dia...saje nak belanja diorang makan..nak-nak Dida tu jarang keluar jenjalan kan..bukan main seronok lagi dia bila mama cakap cepat siap..kita pergi makan boat noodles..

SA first time singgah Seremban Gateaway ni..so far menakjubkan la sebab most of the shop memang tempat lepak..ada Mc Donald lama dah area tu dan ada shoplot penuh ngan premies makanan..ada western restaurant, ada Cibiuk Indonesian Cuisine, Texas Chicken dan banyak lagi la yg SA x berapa nak ingat..kena explore lagi ni sebab SA tengok Seremban Gateaway ni jadi tumpuan selepas waktu bekerja..terdapat jugak spa dan gym kalau tak salah.

Jom tengok gambar yang sempat SA suruh Dania snapkan untuk SA


Bahagian depan Siam-Siam Boat Noodles


Mama dan Dania


Dida dan Mommynya


Ok time for ordering


Anak dara ni bukan main lagi pose


Tgok la tu ha..happy betul dia


Nak amik gambar dengan elephant..kakak Dania layankan aje


Mama pun pose sekali..


Thai Coffee..


Noodles yang SA order


Boleh habis ke...


Fishball spicy mee


Dry curry noodles


Kakak Dania dapat makanan x toleh dh..


Sangkaya Steamed Bread


BBQ Beefball


Boat Dimsum


Settle semua

Burppp....

Hahaha...

Walau order tak banyak tetap sedap dan settle sekejap je..pergi dengan perut kosong memang hasilnya macam gambar diatas la..SA x sangka Dida suka betul makan kat Boat Noodles ni..nanti nak bawak dia makan yang kat Seremban Prima plak sebab menu kat Siam Siam Boat Noodles ni tak sama dengan yang kat Boat Noodles lain..SA teringin nak minum coffee yang sedap kat Boat Noodles..ingatkan sama je macam boat noodles lain..rupanya tak sama ..ada la coffee kat sini tp x menepati citarasa SA..

Actually okey je..boleh je makan..sedap pun sedap cuma tak sama..maybe sebab SA dah biasa makan kat Boat Noodles...so out of expected menu-menu kat Siam Siam Boat Noodles...tak kisah lah kan...janji diorang semua happy dapat makan-makan..

Next time kita pi makan lagi eh..


Monday, January 22, 2018

Balm Bayi Tok Syed | Balm Berasaskan Bahan Semulajadi Halal Lagi Suci

Warisan Herba Mengeratkan Ikatan Kekeluargaan Sejak Berzaman

Assalamualaikum...

Masalah selsema, kembung perut sangat sinonim sekiranya kita ada anak kecil kan. SA teringat dulu masa Dania kecil memang selalu hadapi masalah ini. masa tu tak banyak la balm atau apa jua  extra solution untuk masalah melanda anak kita. Ada tu memang ada la cuma tak banyak macam sekarang.Zaman sekarang produk balm untuk bayi banyak dah di pasaran. SA pun tak boleh ingat dah nama setiap produk.

Baru- baru ini SA diperkenalkan dengan Balm Bayi Tok Syed. Balm Bayi Tok Syed ini adalah solution kecil bagi setiap isi rumah bagi melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat.Balm serbaguna yang diproses di kilang bertaraf GMP ini diadun dengan bahan semulajadi dan bukan hanya dikhususkan untuk bayi malah semua peringkat usia pengguna. SA sendiri telah gunakan balm ni dan ternyata sangat sesuai dengan SA. SA kalau sejuk sangat mula la rasa tak selesa dan rasa nak di serang asthma. Tapi sejak sapu Balm BayiTok Syed ni setiap malam SA dah mampu tidur dengan lena. Rasa selesa sangat sebab haruman Lavender yang terdapat dalam Balm Bayi Tok Syed ni sememangnya bersifat menenangkan. SA memang sangat- sangat rekomen produk ni untuk korang yang mengalami masalah macam SA. 


Balm Bayi Tok Syed didatangkan dengan kotak exclusive


Setelah melalui beberapa peringkat R&D, didapati bahan- bahan utama yang terkandung di dalam balm ini dapat memberikan kesan yang baik kepada mereka yang menggunakannya. Ini kerana sebagahian besar bahan terkandung di dalam balm ini diperkaya dengan bahan- bahan halal, suci dan merupakan warisan herba sepanjang zaman. Berikut merupakan bahan- bahan semulajadi Balm Bayi Tok Syed.

BAHAN SEMULAJADI KANDUNGAN BALM TOK SYED

1.BEESWAX

Beeswax atau Lilin Lebah mempunyai zat tersendiri untuk kulit.Ianya memiliki sifat anti bakteria,inflamasi dan antivirus yang dapat dimanfaatkan untuk membantu keradangan pada kulit.


2.MINYAK KELAPA DARA

Ramai yang mengetahui tentang kelebihan Minyak Kelapa Dara.Ia juga diadun di dalam Balm Bayi Tok Syed yang berupaya melembabkan kulit tanpa sebarang kesan sampingan.


3.MINYAK BUNGA MATAHARI

Minyak bunga Matahari mengandungi Vitamin E dan Asid lemak Omega 6 yang tinggi dan ianya sangat efektif untuk urutan luar.Bijinya diekstrak seimbang dengan nutrien yang dibekalkan oleh minyak ini.


4.PATI MINYAK LAVENDER

Dijadikan sebagai fungsi utama untuk mengurangkan tekanan kerana bauan yang terdapat pada Pati minyak lavender mampu memberikan ketenangan .Ia adalah salah satu aromaterapi yang bukan sahaja memberikan ketenangan malah kebaikannya untuk demam dan selsema juga sangat terbukti keberkesanannya



size yang comel boleh disimpan dalam tas tangan


Membantu Melegakan Batuk, Selsema & Hidung Tersumbat


Bau pun sangat best serta menenangkan

Cara Penggunaan Balm Tok Syed


  1. Sapukan balm dan urut perlahan- lahan pada tapak kaki
  2. Sapukan balm dan urutan perlahan di belakang badan
  3. Sapukan balm dan urutan perlahan di dada
  4. Boleh juga disapukan di bahagian "T"muka.

Testimoni 


Maklum balas mereka yang telah menggunakan produk Balm Bayi Tok Syed yang rata- rata sangat berpuas hati.











Bagi memastikan pembelian korang adalah yang asli, sila layari web www.toksyed.com/ori dan masukkan nombor siri yang terdapat pada hologram di atas kotak produk. Bagi korang yang membeli dari agen atau pengedar sah korang akan mendapat kod login akaun untuk pertama kali. Simpan maklumat login korang untuk pembelian seterusnya. Laporkan kepada pihak HQ sekiranya terdapat keraguan dengan status keaslian produk. Kena ingat ye..terdapat juga produk tiruan dan ianya adalah sangat- sangat berbahaya.



Harga Sekotak Balm Tok Syed 

RM80.00
Size: 45 gram


Tok Syed Distribution Sdn Bhd juga mengalu-alukan mereka yang ingin mencari pendapatan secara online atau Offline dengan menjadi pengedar Balm Bayi Tok Syed ni. Korang boleh Whatsapp  HQ seperti no  yang tertera di bawah.

Sememangnya produk Balm Bayi Tok Syed perlu ada dalam setiap rumah dan SA sangat- sangat rekemen. Balm Bayi Tok Syed merupakan Warisan Herba Mengeratkan Ikatan Kekeluargaan Sejak Berzaman.


 Pembelian dan pertanyaan boleh layari website seperti di bawah

Website
http://www.toksyed.com/

Page Jualan
http://www.toksyed.com/product/balm-bayi

Pengedar
http://www.toksyed.com/stockist

Facebook
https://www.facebook.com/toksyedori

Instagram
https://www.instagram.com/toksyedori/

Contact HQ
0168262990

Sunday, January 21, 2018

Baju Kurung Online, Rezeki Dania Nampaknya....

Hi korang....

Selamat berhujung minggu..macam sekejap je kan nak habis weekend...SA plak tgh x berapa nak sihat...dengan sedikit semput..dengan demam dan migrain..dugaan betul..hari ni SA nk citer pasal baju online..sapa yang suka beli baju online..boleh dikatakan semua suka kan..sekarang senang je..semua dihujung jari..SA jarang beli baju online..bukan tak suka..cuma selalu akan hadapi masalah bila beli online ni..ukuran dh betul bila dah sampai kat tangan jadi x berkenan pulak..

Baru- baru ni SA beli baju kurung LisaAdam gara-gara terpengaruh dengan adik bongsu..kebetulan harga tengah murah kan..SA pilih Kurung Lisa size S..RM99 exclude postage..tawakal la beli.. dengan harapan cantik sama macam dlm gambar...


Bungkusan yang sampai


Pink dia lembut


Imej dalam gambar..

Apa yang x kena?

Takde apa yg tak kena mungkin bukan citarasa SA kot potongan baju tu..dalam gambar nampak memang cantik..SA lupa gambar biasanya terkesan oleh lighting..then takpe la..SA ok je..balik rumah SA cuba dan rasa tak selesa..size senua ok..x tu nak cakap macam mana tak selesanya..SA memang kalau beli online atau beli baju dah siap memang ada sedikit masalah..maybe lebih selesa ambil ukuran sendiri kat tailor kot...

Rezeki anak dara SA la nampaknya..dh ada dh baju raya dia sepasang..senang...last year ada tempah baju kat kazen kat kampung..tak pergi ambil lagi...next week la ambil..

Moral of the story tak semua baju online sama ukuran dengan badan kita..seeloknya tempah atau beli di butik designer itu sendiri kan..SA x kata beli online tak bagus..kalau kena dengan ukuran badan memang satu bonus..kalau tak..satu pembaziran di situ kan..kalau ada anak dara macam SA okey la..boleh je bagi anak dara..Takde la rasa rugi atau ralat sangat kan..boleh juga jual semula di Carousell atau platform online lain..tapi harga tak dapat balik harga yang kita beli sebab dah jadi secondhand..lepas tu naknkena tunggu lama jugak sebelum terjual..ye tak?

Saturday, January 20, 2018

First Time Dania Ke The Mines Shopping Centre

Hi korang...

Alaaaa...malunya nak up citer dah basi ha...tapi tak pe kan...sebab tak share lagi..aci la eh....hehehe...kisah SA cuti tahun seminggu habiskan cuti..itupun tak habis gak la..ada 5 hari lagi carry forward..entah bila nak habiskan...orang lain cuti berpuluh- puluh hari carry forward..SA baru ada 5 hari dah bising kan...hehehe...so cuti seminggu tahun lepas SA habiskan masa dengan Dania je..pas tu SA pindah rumah sewa...itu je la kegunaan cuti masa tu...memang cuti sekolah hujung tahun lepas tak kemana pun SA dan Dania..banyak faktor- faktor menghalang especially kewangan dan kesihatan mak...takpe la..nanti kita pi jenjalan lagi erk..

So nak cerita la pagi selasa tu kami dah gerak ke Serdang..eh dah kenapa pi situ..sebenarnya SA nak bawak Dania melawat UPM..dah kenapa plak kan...Dania ni bercita- cita nak masuk Universiti..tinggi cita- citanya sampai nak rasa dunia universiti macam mana..sebelum ni dia dah pi melawat ngan rombongan sekolah tapi tak rayau habis...so papa to be plak memang student UPM dulu..then nak bawak la dia berjalan masa tu..sementara menunggu mama bawak plak jenjalan kat The Mines..turun je dari komuter kami berdua amik grab pi The Mines Shopping Mall..bertahun la mama x jejak ke situ..dulu best la..sekarang dah takde apa dah kat situ...



Dalam komuter dari Seremban


Amik gambar konon2 traveller backpacker...


One more pose


Minah ni tinggi la...hahaha...dh sampai The Mines bergambar depan props Christmas..orang tak ramai sebab hari biasa kot..


pose la kakak..mama ok je..


Cantik props kat sini


Ada rusa kaler gold..


pose lagi sampai muntah


Satu lagi


Selfie ngan mama sekeping


Masih wujud sungai buatan dan jugak boat a.k.a ferry


curik2 amik gambar dia lagi


Abaikan mama yang agak gemuk time ni..spare tyre banyak timbul


Gambar ni cantik..


tak tau la masih beroperasi ke tak..SA pernah la naik 2-3 kali kot...

masa SA up kat IG/FB gambar ni..ramai yang mengimbau kenangan..kenangan bercinta la..kenangan belajar lepak sini la..kenangan dating tgok wayang la kat The Mines..Sebab kat sini agak popular dulu..antara shopping mall yang dikunjungi ramai orang dan menjadi pilihan...SA pun dha lupa apa hal SA pi sini..dating la kot masa tu tak ingat...hahaha...tapi tak banyak berubah pun..yang berubah cuma tenant mall ni dah bertukar la..dah macam- macam yang diorang jual..kalau dulu barang branded je..sekarang dah campur2....

Kisah jalan- jalan ni tak habis lagi...ada banyak lagi...nanti SA sambung eh...selamat berhujung minggu korang.....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah