Friday, January 26, 2018

Kejarlah Kehebatan Dengan Susu Dalam Pek Mudah Dibawa

Susu sedia diminum Fernleaf serba baharu menyokong matlamat kehebatan rakyat Malaysia dengan 100% kebaikan susu dari New Zealand


Sempena pelancaran susu UHT sedia untuk diminum yang terbaru, Fernleaf menggalakkan warga Malaysia untuk mencapai kehebatan masing-masing dengan disokong oleh semangat pasti-boleh dan 100% kebaikan susu dari New Zealand.

Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia sewaktu pelancaran produk baru menjelaskan bahawa setiap individu memerlukan sedikit kehebatan dalam kehidupan masing-masing. “Sama ada sampai ke tempat kerja tepat pada masa, mendukung anak anda atau mengangkat barangan yang dibeli, bersenam dan mengangkat beg sekolah, kita memerlukan daya mental dan fizikal dalam bentuk tenaga dan semangat untuk menjalankan kehidupan harian!” Ong berkata.



“Dengan kebaikan susu 100% di mana-mana sahaja anda berada, Fernleaf berharap untuk menggalak warga Malaysia dalam mengejari kehebatan setiap hari, terutamanya sewaktu bekerja atau meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga,” tambahnya.

Susu Fernleaf yang kini disediakan dalam pek UHT baharu dan mudah adalah sesuai untuk seisi keluarga. Dilengkapkan dengan nutrien-nutrien penting seperti protein, vitamin A dan D serta kalsium, susu ini membantu warga Malaysia meningkatkan pengambilan nutrisi dan tenaga di mana-mana sahaja mereka berada dan bersedia untuk mencapai kehebatan masing-masing.

2nd from the left – Mr. Goh Eu Jeen (Senior Brand Manager of Fernleaf Malaysia), Puan Manisya Bte Ismail (Co-operative Affairs Manager of Fonterra Brands Malaysia), Ms. Lim Siew Poh (Marketing Manager of Fernleaf Malaysia), Ms. Karen Ong (Marketing Director of Fonterra Brands Malaysia), Mr. Jose Miguel Porraz Lando (Managing Director of Fonterra Brands Malaysia & Singapore), Ms. Jessie Foo (Sales Director of Fonterra Brands Malaysia) & Puan Megawati (Director of New Product Development, Scientific and Regulatory Affairs of Fonterra Brands Malaysia)


Ketika menjelaskan tentang sumber dan pengeluaran susu Fernleaf, Ong berkata: “Ramai pengguna tahu bahawa susu Fernleaf berasal dari New Zealand. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa Fernleaf disokong oleh rangkaian yang besar yang komited ke arah kecemerlangan tenusu. Syarikat induknya, Fonterra, merupakan syarikat nutrisi tenusu global yang dimiliki oleh 10,500 peladang dan keluarga mereka yang disatukan dengan matlamat bahawa kecemerlangan tenusu dapat membawa perubahan”.

Ong menjelaskan bahawa Fonterra yang berkembang pesat meliputi empat buah benua memiliki persamaan dalam standard mutu tenusu mereka yang ketat. Komitmen inilah yang menjadikan Fernleaf, jenama susu tepung keluarga No. 1 di Malaysia sebagai Trusted Goodness™ para ibu Malaysia untuk keluarga mereka.



“Sepanjang 30 tahun yang lepas, Fernleaf membawakan kebaikan tenusu dari ladang-ladang kami di New Zealand kepada para keluarga di seluruh Malaysia dan menyediakan nutrien yang menyumbang kepada diet yang sihat dan seimbang.

“Sama seperti para peladang Fonterra yang menyokong kebaikan susu untuk memperbaiki kehidupan, Fernleaf percaya dengan kuasa tenusu New Zealand tulen untuk membawa perubahan dalam membina Malaysia yang lebih sihat,” Ong menambah.



Untuk menggalak rakyat Malaysia dalam mencapai kehebatan, Fernleaf menjemput warga Malaysia tidak kira umur untuk menyertai acara pendakian yang pasti dapat meningkatkan semangat mereka. Cabaran pendakian dinding dan aktiviti menarik lain menanti di LG Oval, Pusat Membeli-belah 1 Utama dari 10 hingga 14 Januari - jadi sertailah warga Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk menangani cabaran ini!

Dapatkan susu UHT Fernleaf untuk diri sendiri dan keluarga anda, jadikan kebaikan tenusu dari New Zealand memastikan anda 100% bersedia untuk mencapai kehebatan! Susu ini didapati di pasar raya hiper, pasar raya dan kedai-kedai di seluruh negara pada harga RM5.70 bagi satu set empat pek (200ml setiap pek) dan RM6.60 bagi setiap pek 1 liter.



Susu UHT Fernleaf didapati dalam tiga pilihan yang lazat - penuh krim, rendah lemak dan coklat - untuk memenuhi setiap cita rasa yang berbeza dalam keluarga.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fernleaf, layari dan 'suka' Fernleaf Facebook untuk kemas kini yang terbaru.



Tentang Fernleaf
Sepanjang 30 tahun yang lalu, Fernleaf memberikan khasiat tenusu yang terbaik dari ladang New Zealand ke Malaysia, menyediakan susu yang berkhasiat bagi para keluarga agar mereka dapat mengekalkan diet yang sihat dan seimbang. Dengan pengalaman dalam industri ini selama lebih daripada seabad lamanya, Fernleaf percaya bahawa kualiti datangnya secara terus dari sumber. Hanya susu segar daripada lembu yang diberi makan rumput, digabungkan dengan sistem perladangan yang canggih dan ketelitian dalam setiap langkah pengeluaran, dapat menjanjikan anda salah satu standard khasiat tertinggi dalam produk tenusu.   

Tentang Fonterra Brands
Fonterra merupakan peneraju global dalam khasiat tenusu – pembekal bahan tenusu yang digemari pelbagai syarikat makanan terkemuka dunia. Fonterra juga mengetuai pasaran dengan jenama tenusu pengguna sendiri di New Zealand, Australia, Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin. Fonterra merupakan ko-operasi yang dimiliki peladang dan merupakan pemproses susu terbesar di dunia. Ia juga merupakan salah satu pelabur terbesar di dunia dalam kajian dan inovasi tenusu, berasaskan kepakaran dalam bidang tenusu selama beberapa generasi untuk menghasilkan lebih daripada dua juta tan produk tenusu, ramuan tenusu sampingan nilai, ramuan istimewa dan produk pengguna bagi 140 buah pasaran. Fonterra Brands Malaysia memulakan operasi pada tahun 1975 di Shah Alam. Kini, ia mempunyai dua buah pusat penghasilan, Susumas dan Dairymas, dan jumlah sebanyak 700 orang pekerja sepenuh masa yang membawakan khasiat tenusu yang terbaik kepada warga Malaysia, dengan penuh dedikasi.

Kesemua produk tenusu oleh Fonterra Brands Malaysia disahkan Halal oleh New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT), yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diperuntukkan dalam MS1500:2009, standard antarabangsa yang digunakan oleh JAKIM. Fonterra Brands Malaysia turut mematuhi standard industri tempatan dan antarabangsa termasuklah HACCP, Veterinary Health Mark, ISO 9001:2000 dan GMP. Fonterra di Malaysia dikenali dengan jenama-jenama terkemuka nya seperti Anlene, Anmum (Materna, Essential dan Lacta), Fernleaf, Calciyum, Chesdale dan di bawah bahagian perkhidmatan makanannya, Anchor Food Professionals, ia dikenali dengan Anchor, Mainland dan Perfect Italiano.

16 comments:

  1. Okey, balik kerja org jap lagi nak singgah pasaraya. Nak cari. Ni dah Ada pack macam ni, barulah semangat sikit nak minum susu.

    ReplyDelete
  2. Ju membesaer dengan susu Fernleaf ni, bila nmpk ni mmg mgimbau kenangan =D
    Salam Jumaat sis

    ReplyDelete
  3. Senang nye dah ada susu kotak fernleaf. Abam Naufal memang minum susu tepung fernleaf family pun. Sebab dia tak manis macam susu tepung lain.

    ReplyDelete
  4. wah.. dah ada dalam kotak macam ni. memang senang la nak bawak, nak beli..

    ReplyDelete
  5. susu baru fernleaf..yeayyy nk cr nanti

    ReplyDelete
  6. Bolehlah cuba dengan pack terbaru ni.. ;)

    ReplyDelete
  7. Packaging baru yang comel dan menarik perhatian :D

    ReplyDelete
  8. Baru tau dah ada dalam kotak macam nie, nak cari lah nanti..

    ReplyDelete
  9. Sedap fernleaf ni. Tapi bestnya dah ada dalam kotak macam ni. Memang beli ni jela nanti

    ReplyDelete
  10. Bagus dah ada susu dalam kotak. Senang nak bawa ke mana saja.tak perlu susah payah bancuh lagi

    ReplyDelete
  11. Senang dah ada susu kotak fernleaf.kalau nak cpt xperlu nak bancuh2 dah. Beli yg kotak je. Seisi keluarga boleh minum sama.

    ReplyDelete
  12. khaty masa kecik-kecik dulu suka la minum susu ni sebab arwah tokwan suka beli, kadang-kadang ratah macam tu ja.sedap

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak minum susu ni..

    ReplyDelete
  14. Sedap juga susu fernleaf nie.. Dah pernah rasa.. Anak-anak Sha pun suka..

    ReplyDelete
  15. masa kecik ika selalu minum susu ni. dh besar ni jarang dh minum hee

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah