Thursday, January 25, 2018

Kenapa SA pilih Grab Car?

Hi korang,

Makin sibuk SA sejak akhir- akhir ni...lambat bersiaran dengan takde schedule entry...nasib badan bila semua yang penting rosak, broadband rosak dan laptop rosak..masa plak agak takde nak pi settlekan..sementara ni guna je dulu handphone. harap hujung bulan ni boleh pi settle satu- satu prob. SA cadang nak terminate broadband yang ada sekarang ni dan nak amik DIGI broadband plak..senang skit.


Gambar dari google


So hari ni SA nak cerita tentang Grab Car. Kenapa SA lebih suka pilih Grab Car berbanding taxi biasa kalau balik ke Seremban? Aplikasi perkongsian kereta yang sangat popular di Malaysia kini sememangnya menjadi pilihan ramai. Berbeza dengan kemudahan teksi yang sedia ada..SA memilih Grab Car sebab keselesaan dan keselamatan. Bukan SA menghina atau memperlekehkan teksi sedangkan sebelum ni SA memang memilih teksi sekiranya tiada pilihan. Cuma keadaan dan selenggaraan teksi agak mengecewakan. Masalah keselamatan, kebersihan dan keselesaan penumpang makin teruk berbanding dengan Grab Car yang hanya menumpukan kepada pemilik kenderaan bawah 5 tahun sahaja dan seharusnya menepati syarat- syarat wajib Grab.

Sebab utama SA memilih Grab Car.

  1. Grab Hanya ada di 6 buah negara ASEAN iaitu Malaysia, Singapore,Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam
  2. Grab menawarkan 3 jenis perkhidmatan iaitu Grabcar, Grabhitch dan MyTeksi
  3. Kadar tambang Grab adalah TETAP
  4. Keselamatan Terjamin
  5.  Aplikasi Grab menyediakan STAR RATING terhadap GRABCAR DRIVER
  6. Grab menawarkan banyak diskaun dan promosi
  7. Kebebasan untuk memilih pemandu dan kereta pada satu- satu masa

Sekarang SA memang dah selalu gunakan Grab Car kalau kat Seremban. Malas nak fikir part parking better naik Grab Car je..sebelum ni terpaksa la tunggu lama kalau Abah SA ada urusan dan lambat jemput..lepas ni tak perlu Abah jemput selalu sebab dengan Grab Car SA sampai cepat je kat rumah dengan selamat dan tambang pun berbaloi..cuma bawah RM10 je compare dengan teksi biasa RM20- RM25. Melampau kan walau teksi takde meter dan takde aircond. Keadaan teksi pulak dah uzur sangat. Nak bantah tak boleh dan SA ada pengalaman bila mintak tukar teksi lain SA balik kena marah..hahaha... Dari bayar banyak tu baik SA isi minyak kereta Abah je..ye tak..

Bagusnya Grab Car, selain perkhidmatan yang memberangsangkan, ianya menunjukkan kemajuan dalam perkhidmatan awam walau menerima banyak bantahan oleh pengusaha teksi. Pada SA semua hak individu untuk memilih samada Teksi atau Grab Car. Zaman sekarang semua memilih keselesaan dan keselamatan. Cuma kesian pada pelanggan Grab Car, adakala terpaksa naik jauh sikit untuk elakkan perhatian atau sindiran pemandu teksi. Apapun Grab Car banyak membantu mereka- mereka yang kehilangan pekerjaan malah membantu mereka yang ingin menambahkan pendapatan pada zaman ekonomi yang tinggi sekarang ni.

Untuk sesebuah negara yang maju SA sokong aplikasi Grab Car ini sebab sangat memudahkan..

Jom pilih Grab Car...

20 comments:

  1. Nani pun prefer naik grab lagi lagi bila ada promo. Mudah dan selesa :)

    ReplyDelete
  2. yeay..jom join DIGI.. :)

    tak penah try grab..selalu uber je...

    ReplyDelete
  3. Ju xperna pakai service grab, sebelum ni guna Uber shja =)

    ReplyDelete
  4. ramai jugak kawan-kawan miza buat part time grab car.

    ReplyDelete
  5. GrabCar memang murah, benefit pada customer

    ReplyDelete
  6. Saya belum pernah merasa naik grab car walauphn suami sndri bawa grab

    ReplyDelete
  7. Ana banyak kali juga guna service grab car ni. So far semua memuaskan. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  8. sama la SA.....nak g mana2 mesti guna grabcar jer...

    ReplyDelete
  9. Baguslah dah ada pilihan dan persaingan.

    ReplyDelete
  10. Betul..dah beberapa kali guna grab car..rasanya better dari teksi..harga fix & rasa selamat sikit naik grab..sbb ada rating driver kan..jadi driver pun tak ada la nak buat tak tentu hala ke apa..

    ReplyDelete
  11. Zaman sekarang ni bukan tak nak naik taxi tapi bila fikir yang mudah, tidak membebankan dan murah...better grab car

    ReplyDelete
  12. Siqah pernah naik GrabCar masa di Penang tahun lepas. Bagus sebab boleh bagi rating. Cepat sampai dan pemanduan pun berhemah.

    ReplyDelete
  13. Kak Sue tak pernah lagi naik Grab Car, tapi macam senang kan kalau nak kemana-mana kalau Abang Man tak dapat hantar.. ehehe..

    ReplyDelete
  14. Kat Kuantan skrg dah ada Grab Car, kalau kereta sendiri meragam, memang naik grab je. Mudah dan murah gak la. Janji tak menakutkan bila naik sorang2 hiks

    ReplyDelete
  15. lom lagi aida guna servis grab car ni, SA.
    in shaa Allah one day.
    as at now lom timbul keperluan.
    jiran aida, dia tak reti drive.
    asben dia bisnes.
    recently baru aida tau. everyday now dia dan anak-anak balik tghari naik grabcar dari sekolah ke rumah.
    kebetulan dia cikgu. anak-anak sama sekolah :)
    nampak sgt memudahkan...

    ReplyDelete
  16. oooo..baru tahu grab ni hanya ada di asean. baguslah ada kemudahan macam ni, senang nak bergerak ke sana ke mari

    ReplyDelete
  17. Tak pernah cuba lagi menggunakan grab car (kalau ikut kawan pernahlah tapi sendiri nak guna tak pernah lagi)

    ReplyDelete
  18. Tak pernah cuba lagi grab car nie.. Dwkat area Sha ini tak ada orang buat..

    ReplyDelete
  19. sekarang lagi mudah dgn adanya grab. of course kita gunakan grab teksi and kemudahan awam yang lain sebaiknya :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah