Cabaran Bebas-Jerawat Dalam Masa 14 Hari Dengan produk Eucerin
Hi korang...
Meh rapat- rapat sikit dengan SA..ni nak cerita sikit tentang masalah kulit muka khas untuk yang mengalami masalah jerawat dan kulit berminyak macam SA. Dulu kulit muka SA tak macam ni tau..tapi sebab mengada pergi buat rawatan muka terus kulit muka jadi teruk. Apabila berdepan masalah jerawat dan radang kulit, pengguna kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Namun, sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan. Bagi menangani masalah ini, Eucerin®, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.
Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT merupakan product yang berbentuk pelembab untuk kulit berminyak dan berjerawat. Produk ajaib ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit. Menarik kan? Jom SA perkenalkan korang dengan kehebatan product ini.
Packaging comel boleh di bawa ke mana- mana sahaja anda pergi..
Tekstur yang lembut dan tidak berminyak serta tidak mengandungi sebarang haruman
KULIT MUKA SA SEBELUM MENGGUNAKAN Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT.
Nampak jelas kan kulit muka SA agak berminyak dengan beberapa jerawat dan kesan jerawat.paling teruk jerawat akan muncul bila SA period
Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada:
● Sepuluh peratus Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;
● Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;
● Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.
Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam, pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak.
CABARAN 14 HARI SURIA AMANDA
SA menyahut cabaran 14 hari menggunakan product Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT.
Dan hasilnya korang tengok la sendiri. Walaupun tidak 100 peratus berubah tetapi dah nampak sedikit perubahan. Pada hari pertama SA gunakan sedikit letak krim keatas jerawat dan terasa sedikit pedih. Seterusnya sampai la SA tidak merasa apa- apa dan semakin selesa. Hasilnya...Sekarang kulit muka dah kurang berminyak, cerah dan jerawat pun dah tinggal kesan sahaja..nampaknya cabaran ini berjaya SA sahut. Cuma kena pakai produk ni dengan lebih konsisten untuk result yang lebih menggembirakan.
Terkini...jerawat dah kurang kan?
Product penjagaan muka yang telah berada di pasaran sejak 100 tahun lalu dan mermerupa antara product yang paling dipercayai di seluruh dunia. Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif Pro ACNE yang terdiri daripada pencuci muka, pelembab, skrub, serum dan pelembab siang.
Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.
Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®
Laman Web : www.eucerin.my
Facebook : www.facebook.com/EucerinMY






































