Tuesday, March 27, 2018

Cabaran Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu Dengan Eucerin

Cabaran Bebas-Jerawat  Dalam Masa 14 Hari Dengan produk Eucerin


Hi korang...

Meh rapat- rapat sikit dengan SA..ni nak cerita sikit tentang masalah kulit muka khas untuk yang mengalami masalah jerawat dan kulit berminyak macam SA. Dulu kulit muka SA tak macam ni tau..tapi sebab mengada pergi buat rawatan muka terus kulit muka jadi teruk. Apabila berdepan masalah jerawat dan radang kulit, pengguna kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Namun, sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan.  Bagi menangani masalah ini, Eucerin®, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.



Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT merupakan product yang berbentuk pelembab untuk kulit berminyak dan berjerawat. Produk ajaib ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit. Menarik kan? Jom SA perkenalkan korang dengan kehebatan product ini.


Packaging comel boleh di bawa ke mana- mana sahaja anda pergi..


Tekstur yang lembut dan tidak berminyak serta tidak mengandungi sebarang haruman


KULIT MUKA SA SEBELUM MENGGUNAKAN  Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT.


Nampak jelas kan kulit muka SA agak berminyak dengan beberapa jerawat dan kesan jerawat.paling teruk jerawat akan muncul bila SA period



Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada:

Sepuluh peratus  Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu  AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;

Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;

Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam, pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak.

CABARAN 14 HARI SURIA AMANDA

SA menyahut cabaran 14 hari menggunakan product  Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT.

Dan hasilnya korang tengok la sendiri. Walaupun tidak 100 peratus berubah tetapi dah nampak sedikit perubahan. Pada hari pertama SA gunakan sedikit letak krim keatas jerawat dan terasa sedikit pedih. Seterusnya sampai la SA tidak merasa apa- apa dan semakin selesa. Hasilnya...Sekarang kulit muka dah kurang berminyak, cerah dan jerawat pun dah tinggal kesan sahaja..nampaknya cabaran ini berjaya SA sahut. Cuma kena pakai produk ni dengan lebih konsisten untuk result yang lebih menggembirakan.





Terkini...jerawat dah kurang kan? 


Sedikit info tentang  Pro ACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT

Product penjagaan muka yang telah berada di pasaran sejak 100 tahun lalu dan mermerupa antara product yang paling dipercayai di seluruh dunia. Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif Pro ACNE yang terdiri daripada pencuci muka, pelembab, skrub, serum dan pelembab siang.

Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®

Sila layari :

Laman Web : www.eucerin.my
Facebook : www.facebook.com/EucerinMY

35 comments:

  1. Nampak lah kak perubahan dia. Bagus kan eucerin pro acne ni. Recommended to all.

    ReplyDelete
  2. nampak perubahan SA tu,memang bagus eucerin pro acne ni.. nanti boleh usha gak la

    ReplyDelete
  3. Akak produk ni sesuai dari usia berapa? Kalau berjerawat ni belia - belia aje. Saya dah tua ada jerawat nasi tu bleh guna ke? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..sesuai semua usia..umur akak dah 40 tahun dah ruby..hahahaa...macam ruby tua dari akak plak..

      Delete
  4. Cik en pakai pon berkesan. Ms tu de jerawat tumbuhhh.. apply2 hilang x smpao 2 hari

    ReplyDelete
  5. wahhh menarikk semakin muka glowing..nak try juga la kat muka ana ni..:)all the best

    ReplyDelete
  6. Ramai yg guna produk ni kan.. Kalau boleh pudarkan parut jerawat dengan jeragat nak sgt mencuba.. Tgk bhn yg digunakan kira ok lah ni..

    ReplyDelete
  7. dlm seminggu ni ada pula jerawat bertebaran kat dahi ni...bole try ni kot

    ReplyDelete
  8. nampak juga perubahan.. maknanya mmg terbaikla produk ni kan SA? sllu ingt T3 dan Oxy je boleh hilangkan jerawat, ternyata Eucerin pon boleh.... bolehlah target nk beli Eucerin pula pasni,,,

    ReplyDelete
  9. Macam saya la jerawat naik bila terlupa cuci muka atau cuci tak bersih. Kalau bab muka ni memang menghantui sikit sebab tak yakin nak berhadapan dengan orang. Boleh la tengok produk ni pulak nanti.

    ReplyDelete
  10. Wah hanya dengan masa 2 minggu je muka akak memang nampak la beza. Boleh la cari produk ni kat pasaran. nak juga rawat kembali kulit muka yang tua tambah dah tua.

    ReplyDelete
  11. wahh..dah review. kami esok lah nak up dah. Ok lah ..pudar parut jugak

    ReplyDelete
  12. Wow. Dah 100 tahun rupanya. Kulit irra ada parut2 jerawat...nk juga hilangkan hitam2 kesan jerawat..huhuhu

    ReplyDelete
  13. Memnag beat pakai ProAcne kak SA sebab yak berminyak pun. Hari tuh jerawat tumbuh sampai tiga ketul kat muka. Sekejap je hilang dan tak tinggalkan parut kangsung

    ReplyDelete
  14. Selalu juga membaca review dan testimoni produk ni sebelum ni. Nampaknya ramai yang berpuas hati! Kesan jerawat akak tu pun nampak dan makin pudar! Bagus ni!

    ReplyDelete
  15. Hebat juga 14 hari dah nampak kesan. Normally produk lain akan sarankan penggunaan sekurang-kurangnya 3 bulan... Ni kalau pakai konsisten mesti hasilnya lagi memberangsangkan

    ReplyDelete
  16. Wah, bestnya kak. Muka akak nampak glowing lah sekarang.

    ReplyDelete
  17. tak sangka dah 100 tahun. baca review dari mrk yg pernah guna rata2 ckp berkesan

    ReplyDelete
  18. Wah 14 hari dah nampak perubahan. Bagusnya produk ni. Boleh cuba ni. Senang tenyeh bila ada jerawat. Kecik pun kecik. Mudah bawa pergi mana2

    ReplyDelete
  19. Wahhh nampak beza sebelum dan selepas pengunaan... hilang semua jerawat tu kan!

    ReplyDelete
  20. Not bad lah kak, untuk benda yang 2 minggu dah berkesan macam ni. Sesuai sangat untuk kes last minit ke apa.

    ReplyDelete
  21. wah dah seratus tahun ke produk eucerin ni ? i dah pakai so far kat jerawat tu memang merasa dia punya pedih tu.. tapi jerawat macam cepat mati so best gila..

    ReplyDelete
  22. Pernah nampak produk ni..tapi tak pernah lagi mencuba. Memang nampak kulit muka SA bersih je sekarang. Untuk anak umur 14 tahun rasanya boleh kot pakai sb anak sis jerawat naik teruk kat muka, macam2 dah pembersih pakai tapi tak hilang2 jugak

    ReplyDelete
  23. flawless gitu nampak wajah muka SA. Bestkan ada produk mcm ni..boleh tambah keyakinan diri kita sebagai perempuan :-)

    ReplyDelete
  24. Best Bngat kak...mmg jerawat hilang dan bintik putih cpt keluar

    ReplyDelete
  25. samalah kak. Bila nak period je mulalah ada jerawat bagai. masalahnya masa remaja dulu muka bersih je, jerawat pun segan nak datang. tapi bila dah 30s ni *batuk-batuk* gatal pula dia nak timbul dekat muka.

    ReplyDelete
  26. Lain orang, lagi kesesuaiannya pada satu-satu produk kan..ini mungkin sesuai utk SA..makin meletup la SA lepas ni - jm23.com

    ReplyDelete
  27. Wah bestnya SA dapat cuba produk bagus macam nie..

    ReplyDelete
  28. ok.. cemburu.. haha.. akak. kita pun kulit berminyak dan jerawat.. sampai nak cuba apa2 produk pun takut.. tp nampak akak try ok boleh la cuba pasni..

    ReplyDelete
  29. before pregnant aritu memang ciktom pakai produk eucerin...memang bagus pakai utk kulit berminyak dan berjerawat mcm cik tom..SA pakai pun nmpk perubahan..makin kurang jerawat..

    ReplyDelete
  30. Mmgbest pkai ni..jerawat senang kecut n muka pun kurang oily

    ReplyDelete
  31. I think one of my friends would really like this product from Eucerin- she also has oily skin and is always concern if the product would work on her pimples. This looks good so will share it with her as well.

    ReplyDelete
  32. Nak komen tak tahu sebab tak pernah cuba produk ni. Apa-apapun moga SA mendapat hasil yang terbaik disebalik penggunaan produk ini.

    ReplyDelete
  33. Wahhhh makin smooth lah skin kak SA nnti. Ramai kata produk ni bagus dan nampak kesan yg positif. Sesuai yg muka berjerawat mesti cepat hilangkan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah