Monday, March 26, 2018

SHINSEGAE MAMEE LANCAR PRODUK FOODSERVICE

Kini Lebih Mudah Untuk Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya Shinsegae Mamee Lancar Produk Food Service untuk membantu pengendali makanan menjimatkan masa dan kos disamping mengekalkan kualiti makanan dan keaslian rasa




Kuala Lumpur: Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung dan rojak buah sebagainya memang sinonim dengan industri makanan di Malaysia dan perniagaan makanan, sekiranya di tadbir dengan betul dapat mendatangkan pulangan yang lumayan.

Ia juga merupakan salah satu industri mampu membantu masyarakat “Bottom 40%” (B40) untuk berganjak ke dalam kurungan pendapatan yang lebih tinggi.

Kumpulan B40 yang terdiri daripada golongan berkolar biru, graduan yang menggangur dan berpendapatan rendah, suri rumah dan pesara dengan pendapatan isi rumah median sebanyak RM3,000.

Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sesi panel bersama pihak berkepentingan seperti GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membincangkan golongan B40 boleh berjaya dalam industri makanan.



Dalam sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Haji Jamal Nasir Othman berkata terdapat keperluan untuk 91,000 pekerja mahir dalam Makanan & Minuman menjelang 2020.

Di dalam satu sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Tn Haji Jamal Nasir Othman berkata, terdapat keperluan sebanyak 91,000 pekerja mahir dalam bidang Food & Beverage menjelang tahun 2020.

“Dianggarkan, hampir 1,000 pelatih bidang F&B mengikuti latihan sepenuh masa di GIATMARA setiap tahun. Setakat ini, GIATMARA telah mengeluarkan 10,570 orang chef. Di GIATMARA, kita berharap agar chef-chef yang dilatih ini dapat mengusahakan perniagaan sendiri,” katanya.

Jamal juga menambah bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) melalui GIATMARA telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan pengwujudan usahawan dengan memperkenalkan program-program seperti Mobilepreneur & Mobile Truck selain program Rintis Niaga (inkubator).

“Ia adalah satu polisi kerajaan yang amat baik dalam membantu golongan B40 berganjak kepada M40 (Middle 40%) seterusnya T20 (Top 20%),” kata Jamal.

Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA itu juga berpendapat bahawa kerjasama strategic bersama pemain-pemain industri adalah penting bagi memastikan bahawa kualiti pelatih yang dihasilkan adalah berdasarkan keperluan semasa.

Beliau menambah bahawa GIATMARA berminat untuk bekersama dengan Shinsegae Mamee memandangkan produk-produk Shinsegae Mamee Foodservice yang dilancarkan baru-baru ini menarik dan dapat membantu pelatih-pelatih GIATMARA dari segi penjimatan kos dan masa sambil mengekalkan keaslian rasa makanan.

Di dalam sesi panel yang sama, Eksekutif Chef Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly Ghazali berkata bahawa kebolehan memasak semata-mata tidak dapat membantu seseorang chef untuk berjaya dalam perniagaan makanan.

“Untuk berjaya dalam perniagaan makanan, pemilik perniagaan itu harus bijak merancang masa dan mengawal kos disamping menjaga kualiti makanan yang dihidangkan,” kata Faizul.

Berdasarkan ketiga-tiga perkara tersebut, Shinsegae Mamee telah mengeluarkan 10 produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang diperbuat dengan bahan-bahan asli dan tidak ditambah dengan perisa tiruan dan pengawet tiruan.

“Bila kita dengar perkataan makanan segera, persepsi pertama yang datang ke fikiran kita ialah tak ‘original’. Tetapi, ramai juga chef yang berjaya telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan bahan-bahan segera untuk menjimat kos and masa.

“Walau bagaimanapun, bahan-bahan segera yang digunakan haruslah berkualiti tinggi supaya rasa dan kualiti masakan mereka tidak terjejas,” kata Faizul.



Eksekutif Chef Shinsegae Mamee itu juga menambah bahawa Shinsegae Mamee Foodservice sedang cuba mengubah persepsi bahawa semua makanan segera tidak asli adalah tidak benar dengan mengeluarkan gabungan bahan-bahan segera yang tidak ditambah dengan perisa dan bahan pengawet tiruan agar dapat membantu para peniaga makanan mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan mengekalkan keaslian rasa makanan tersebut.

4 comments:

  1. Ni boleh jadi salah satu menu untuk makan tengahari di tempat kerja ni memandangkan tempat makan jauh.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Tak semeatinya mee segera tu x elok di makan kan. Asalkan kita pandai masak dan ubah rsipi menjadi makanan yang berkhasiat. Bagus Mamee adakan progam macam ni.

    ReplyDelete
  3. Bagus Mamee adakan program macam nie kan SA..

    ReplyDelete
  4. yang takda bahan pengawet la menjadi pilihan org sekarang :) Semua nak sihat hee

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah